Dua kali di “boo†oleh penonton ketika Datuk Seri Vida mencadangkan nama Elly Mazlein agar diserap masuk menggunakan imuniti, penyanyi berkenaan bagaimanapun tidak terasa hati diperlakukan begitu. Elly faham bahawa setiap artis mempunyai peminatnya masing-masing.
Saya perasan sejak minggu kelima konsert GV3 lagi saya di boo apabila Datuk Seri Vida mencalonkan nama saya untuk diberikan imuniti. Saya tak berjauh hati kerana saya faham penyokong dan peminat mesti menyokong artis kegemaran masing-masing.
Sebenarnya semua peserta GV3 rapat persis adik-beradik. Apabila di ‘boo’, saya tak rasa apa-apa kerana semua pertandingan memang begitu malah saya tak marah pun penyokong artis lain walaupun sebelum ini mereka asyik menyalahkan peminat saya.
Bergelar anak seni, Elly akui beliau tidak boleh cepat melatah dan harus mempunyai hati yang kuat serta tabah apabila berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam dunia hiburan.
Sebagai anak seni, jangan cepat sentap dan mesti sanggup berdepan dengan apa saja cabaran. Hati mesti keras, kental dan kebal.
Pada masa yang sama, Elly ingin mengucapkan terima kasih kepada program GV3 kerana rezekinya kini bertambah selepas menyertai rancangan tersebut.