Elly Mazlein Nafi Diri Terlalu Sensitif

Hiburan

Elly Mazlein Nafi Diri Terlalu Sensitif

Elly Mazlein ataupun kini lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom melalui episod kontroversi yang agak hangat sepanjang bulan ini. Bermula daripada kes beliau tarik diri di GV 3 sehinggalah dilabelkan sebagai selebriti yang hanya berdrama di atas pentas dan kemudiannya dikatakan menjadi bahan sindiran oleh seorang pengacara popular.

Advertisement

Pada masa yang sama Elly turut menerima kecaman daripada netizen yang menganggap beliau terlalu sensitif dalam beberapa isu yang melibatkan dirinya.

Namun, menurut Elly beliau seorang yang mudah bertolak ansur dan tidak terlampau sensitif seperti yang didakwa.

Takkanlah tiba-tiba saya nak sensitif tidak tentu hala apabila dikaitkan dengan cerita-cerita tertentu. Saya bukannya budak-budak lagi, sudah jadi emak budak pun. Apatah lagi ketika ini, pada saat saya diterima semula dalam industri hiburan sudah pastilah saya mahu berbuat baik dengan semua orang.

Tambah Elly, beliau tidak pernah mahu berdrama ataupun berpura-pura manja.

Mungkin ada orang yang tidak boleh menerima pendekatan saya yang dikatakan lembut dan manja itu. Tapi nak buat macam mana, itulah diri saya yang sebenar.  Saya bukannya sengaja nak buat-buat lembut di depan khalayak. Itu yang orang ingat saya ini kuat ‘propa’ dan penuh dengan ‘drama swasta’ sepanjang masa.

Nak buat macam mana, saya tak boleh nak memuaskan hati semua orang. Terpulanglah penilaian mereka. Saya tidak berdrama dalam hal membabitkan periuk nasi saya. Saya juga bukan jenis meminta simpati orang dengan suratan takdir yang berlaku dalam kehidupan saya.

Ramai sebenarnya tidak gemar membaca artikel tentang Elly tetapi mungkin apa yang kita nampak di kaca tv tidak sama dengan realiti sebenarnya. Cuba kalau anda berada di tempat Elly, tentu anda juga akan tertekan apabila dihentam daripada setiap sudut.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...