Written by AbangNara | January 8th, 2014

Alhamdulillah. Abang Nara perhatikan ramai selebriti wanita yang selepas berkahwin akan berubah daripada segi menutup aurat. Sesungguhnya itu menunjukkan betapa dalamnya rasa hormat mereka terhadap suami tercinta. Terbaru, Ella turut memberitahu yang dirinya sudah bersedia untuk berhijab pada bila-bila masa. Tahniah Ella dan suami!!!

ella sedia pakai tudung

Kata Ella kepada portal GUA:-

Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah. Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja

ella

Pastinya Ella akan tampak lebih manis dan menawan apabila berhijab kelak. Sama-samalah kita doakan agar niat Ella ini dipermudahkan. Abang Nara percaya apabila Ella mengikuti suruhan yang ini, pasti akan dimurahkan rezeki, lebih-lebih bab menimang anak. Ella sendiri pun sedang giat mencuba untuk mendapatkan zuriat sendiri:-

Tidak dinafikan sejak kahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya mengenai perkara ini dan anggap ia sebagai satu doa. InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak.

Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan-rakan artis seperti Umie Aida dan Misha Omar macam seronok saja ada anak angkat. Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat

ella hijab

Semoga Ella dan suami akan dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata kelak. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, semoga perubahan Ela nanti akan dilaksanakan secepat mungkin. Tak sabar nak tengok wajah Ella yang ayu bertambah ayu apabila memakai tudung. Mesti comel!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Ella Sudah Bersedia Untuk Berhijab Bila-Bila Masa

  1. Elli says:

    mati juga akan datang bila-bila masa. :)

    0

    0
  2. Azwaaa says:

    Allahu! cantiknya ciptaan Allah apabila bertutup begini. Kan nampak lebih indah ;)

    0

    0
  3. ziela says:

    kenapa letak gambar kakak ella, jojie.. letak la gambar ella..

    0

    0
  4. Farra says:

    nape??gmbr akak ella..bang nara silap gmbr kot

    0

    0
  5. pening says:

    ella ke ni?mcm jojie je…pening arrrrrrrr!!!!

    0

    0
  6. .................... says:

    tpi kan…sy tengok ella ni pas kawin bju pn x seksi..makin lawa ad la..kalau btl ella nk berhijab…alhamdulilah…ella aku tengok dia berhijab pn memg lawa…harap2 dia leh ikut jejak mcm mizz nina…

    0

    0
  7. zizie says:

    jika kita sudah ke arah berubah dengan berhijab, bukan saja luaran, tapi hati juga harus berubah iaitu lebih kepada ibadah contohnya wajib tunaikan solat dan jangan tinggal. selalu membuat amal jariah. saya doakan agar kak Ella dipermudahkan Allah

    0

    0
  8. not ella's fan..saja menyampuk says:

    yup, ni gambar jojie..
    ella, niat u ke arah kebaikan itu semoga diperkenan Allah..moga cepat2 bertudung dan tak perlulah beritahu khalayak..saya doakan semoga cepat2 lah u & semua wanita Islam lain bertudung. sekurang2nya kita berganjak selangkah ke arah kebaikan..yg lain2 insyaAllah menyusul..amin.

    0

    0
  9. Hafizah says:

    ni jojie laa…

    0

    0
  10. cLn says:

    Ni gambo Jojie la abg Nara oooiiii…agak dah kenape?

    0

    0
  11. alifff says:

    kna la brhijab ….. kpala pon dah memutih ……

    0

    0
  12. nok gebuzzz says:

    ok…mari kite doakan ramai2 semoga pintu hati nyer terbuka tok berhijab….asik ngutuk jer dapat dosa….sekali sekala cari pahala plak…..

    0

    0
  13. bongek says:

    ko ni nara main tangkap muat jek.. lama2 bosan lah baca cerita kau ni.. dah la byk copy paste… gambar pon kau dh tersilap copy.. ni hasil org malas mcm ni la.. hishhh sakit lak hati dgn ko ni nara oiii

    0

    0
  14. Mata Duitan says:

    Alhamdulillah. Ayu betul~

    0

    0
  15. akak kompius says:

    Patutla akak tgk lain jo.jojie rupo ea…

    0

    0
  16. sinabung meletus says:

    kalau niat buat blog sekadar nak dapat hits tinggi & makan duit iklan ginilah hasilnya..
    “marilah bergosip secara berhemah”

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Alhamdullilah.semoga diberkati allah.niat suci ini.

    0

    0
  18. M says:

    itu ella ke bang nara oiii..sah2 tu jojie..main senang jek buat kije..copy paste..malas nak buat write up sendiri..dan malas nak research..jgn menunjukkan kelemahan diri sendiri laa nara..sudah2 laa buat kije atas angin..main copy paste jek dari tahun bawak ke tahun

    0

    0
    • piah says:

      sorry off topik sikit abg nara tapi i slalu terfikir kasi family makan duit blog gosip apa rasanya ye? kadang-kadang kita terbuka aib org lalu jadi sumber pendapatan. marilah kita berusaha berubah ke jalan yg lebih diberkati abg nara. sekadar renung-renungan dan selamat beramal :)

      0

      0
  19. cikaki says:

    nampak sg tnara xkenal jojie…kahkahkah

    0

    0