Elizabeth Tan Didakwa Tidur Dengan VIP

Hiburan

Elizabeth Tan Didakwa Tidur Dengan VIP

Elizabeth Tan, gadis yang mula menempa nama menerusi lagu cover di YouTube dan kini mula menapak dalam industri hiburan tempatan, sudah dihimpit kontroversi dan gosip yang cukup panas.

Advertisement

Penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu Knock Knock didakwa telah meniduri seorang VIP. Walaubagaimanapun, beliau telah menafikan dakwaan liar itu.

Saya tak pernah buat buat perkara macam itu. Bila family saya tahu mengenai perkara ini, mereka dengar dan tergelak. Saya minta maaf kalau ada orang salah faham. Saya harap one daysaya boleh buktikan yang saya tak buat perkara sebegini.

Mempunyai wajah yang jelita dan manis, Elizabeth juga telah dituduh melakukan pembedahan plastik.

Saya tidak pernah buat apa-apa pada muka saya. Perkara ini bermula di Instagram apabila ada peminat yang cakap saya buat pembedahan muka.

Elizabeth Tan merupakan artis bukan berbangsa Melayu yang mempunyai potensi cukup besar untuk menjadi penyanyi yang hebat. Anggap sahajalah kontroversi tersebut berpunca daripada iri hati orang yang tidak senang melihat anda berjaya. Apa yang penting, kami respect beliau tidak mudah melatah dengan hal sebegini.

Kredit Foto: Instagram Elizabeth Tan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...