Written by serenity | October 10th, 2012

Sudah lumrah bila selebriti kacak mempunyai peminat, dan bukan perkara luar biasa bila ada di antara peminat-peminat ini yang merupakan peminat fanatik. Fanatik sehinggakan selebriti yang berlakon sebagai kekasih selebriti kacak tadi menjadi sasaran untuk dicemburui.

Begitulah yang terjadi pada Elfira Loy yang mengakui dirinya dicemburui peminat-peminat Randy, terutamanya yang masih muda, kepada Mangga Online.

Mereka macam jeles kerana sangat meminati Randy. Dalam komen-komen di laman sosial ada yang mengatakan tidak menyukai saya kerana mereka anggap Randy tu kekasih mereka. Saya faham situasi itu kerana mereka meminati Randy.

Saya tak kisah sebab bagi saya itu tandanya mereka sebenarnya menerima lakonan saya sehingga berasakan lakonan kami sebagai realiti.

Saya akui… saya sendiri meminati Randy dan tak missed menonton drama Cinta Kirana lakonnnya dulu. Tapi saya jatuh cinta pada wataknya bukan kepada Randy Pangalila.

Rasanya ramai yang setuju Randy dan Elfira mempunyai kimia tersendiri yang menyebabkan gandingan mereka seronok dan natural untuk ditonton.

Bagaimanapun, hasil tinjauan kami, tidak kurang juga peminat-peminat Indonesia yang mengagumi kecantikan Elfira yang dikatakan ada iras pelakon remaja Indonesia, Yasmine Wildblood.

nurulabma Ga cantik? Gila kaleeee. Sekali pandang gw liat dia kaya Yasmine Wildblood tauuu

Satu lagi perkara menarik tentang Elfira yang dia tidak kisah dikenali dengan imej kening tebal.

Saya tak naklah cukur kening sehingga halus macam orang lain. Ya.. saya ada juga trim sikit kat hujung-hujung tapi masih kekalkan ketebalannya. Tak kisahlah…

Sebenarnya peminat saya pun tak suka kalau saya nipiskan kening. Dulu pernah sebuah majalah touch up gambar saya sehingga nampak saya berkening halus, memang berubah muka saya dalam majalah itu. Ada peminat yang tak suka dan tanya balik.. di mana Elfira yang berkening tebal tu?

Daripada situ saya tahu, ada juga yang menyukai saya dengan kening tebal ini. Sebab itu saya tak kisah sangat. Lagipun ia memberi kelainan saya berbanding orang lain.

Macam itulah karakter orang yang yakin dengan diri sendiri dan patutlah dipuji. Elfira juga dikatakan tidak ada masa memikirkan tentang teman lelaki dan kini menuntut dalam jurusan komunikasi dan seni di sebuah kolej.

Untuk info, drama bersiri lakonan Elfira dan Randy akan bersiaran di Astro Ria mulai 8.30 malam, setiap Isnin mulai 29 Oktober ini. Tengok jangan tak tengok! Saksikan prebiu drama ini di sini:

Kredit gambar, Twitter Elfira Loy.

40 responses to Elfira Loy Dicemburui Peminat Randy Pangalila, Kekal Dengan Imej Kening Tebal

  1. Anonymous says:

    akuuuuuuuuuu 1sttttttttttt!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
    • Masamnyaaa.. bau ketiak abang Nara says:

      Bukan ke nama dia dulu Elfira Roy? yang pergi tukar jadi loy apepasal pulak???

      0

      0
      • hafidz says:

        memang loy la…..

        0

        0
      • kecoh siak says:

        janganlah cukur kening anda ER. :'(
        ER sangat cantik. cantik semulajadi.
        pada anda semua yg ada kening serabut camna pon, jgnlah cukur. anda semua cantik. :’)

        0

        0
      • elfiera salah seorng bakal penganti heroin2 yg terdahulu... says:

        elfiera ni mmg lawa dn cantik pn..kening aslinya lain dr yg lain..tu yg buat tarikan kuat..lakonanny pn dgn gayany sendiri mengikut watak..orngny pn tk sombong..lg sorang yg lebih kurang sama baya dia tu atau bawah umur sikit dr dia eyka farhana yg sekarang ceritany tngah ditayangkn ditv9 citra juwita 8.30mlm tu pn cantik asli gak dn comel mcm anak patung dgn mata besarny yg lawa tu..lakonanny pn tk prnh mengecewakn..bakal penganti fasha dgn seangkatan dgnnylh ni..elfiera ni apa tkny peminat2 randy tk cemburukn dia..biasalh orng yg ada rupa dn nk2 msih muda remaja ada je bnyk yg cemburu…termasuklh peminat2 artis dn artis2 lain jgk..agakny peminat2 randy risau peminat2ny nnti ramai yg lari pergi ke elfiera dn peminat elfiera bertambah2 jgk..apapn tk kisahlh..harap elfiera teruskn sikap boleh terima dn bersabar dgn kuatny..dugaan apapn biasalhkn ada dimana2 je..harap elfiera dn yg lain2 jg brjaya dlm bidang mereka…

        0

        0
      • .
        ORANG YG TANYA NAMA LOY MESTI SEKOLAHNYA TAK HABIS. TAK PANDAI BUAT RESEARCH. MAIN SERKAP JARANG. MEREMPIT DAN JADI BOHSIA.

        0

        0
      • Ko Kesah says:

        sape yg jeles itu namanya dak2 kuar hingus 24 jam, nara x kose mak nak jeles dgn mat indon..

        0

        0
        • jesica jawai says:

          cpa2 yg cmburu tnda nye dia rsa dia 2 x cntik…klau nk k0men orng…c’min dlu mka kauorng…thank’s…t0 elfira…d0n’t u dngar ckap orng…truskn usaha anda sbagai her0in malaya…g0odluck 2 u…i’m supp0rt u 100 prcn…mmmuuaahh…>

          0

          0
    • alahai says:

      berapa ketinggian elfira ni eh?

      0

      0
      • ................................................ says:

        dia masih muda remaja lg…nnti2 tinggilh tu…tunggu dn sabar jelh.. tp klau tk tinggi2 gak bila umur meningkat dewasa tk boleh buat apalhkn..dh tahap tinggi dia takat tu..nk buat mcmmn nntikn..ah bg sesiapa yg nk tinggi apakata cuba bergayut lama2 tangan atas palang2 ke kat dahan2 pokok ke atau kat mn2 jelh..tk pn makan kekacang jenis hijau banyak2 dn yg pnting minum susu bnyk2..mesti ada perubahan..klau tk pn masa cari pasangan jodoh nnti cari yg tinggi2..nescaya anak cucu cicit tk pendek dn kemetot je…tp orng2 asia ni mmg kbnyakkny tahap ketinggianny mmg tk bnyk yg tinggi2kn..terpaksalh gak terima jelhkn…jnji hati dn akal tk pendek dn cetek..tp tinggi tetap nmpak cntik dn kena je pakai apapn…kn…he..he..heee….;)

        0

        0
      • pisces says:

        haha.. teringat cerita chibi maruko chan.. dia kononnya nak bergayut kat pokok untuk nak jadi tinggi.. sekali dalam otak dia, bukan badan dan kaki yang tinggi, tapi tangan je yang memanjang.. hahaha.. lucu btl bila fikirkan pemikiran budak2 :p

        0

        0
  2. Alif Aria says:

    harap elfira jadi artis yg baik.. goodluck….

    0

    0
  3. ........... says:

    artis indon jer..x ada cemburu pn..randy ni pn bknya ensem pn..biasa2 jer..

    0

    0
  4. Juliana says:

    sekali tgk muka si randy ni cam shah jazle pun ada… tak minatlah….

    0

    0
  5. Nada Cinta says:

    Muka dorg hampir sama kut. Eh?

    0

    0
  6. cik mie says:

    ya ampun..ai mmg suka sgt budak Elfira ni,kening tebal pun lawo..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Kening nipis sgt mcm da x nmpak seri muka..i loikeee kening elfira unik gitewww ~

    0

    0
  8. Pan Chan says:

    Kening nipis sgt mcm da x nmpak seri muka..i loikeee kening elfira unik gitewww ~

    0

    0
  9. tiassundagirl says:

    RANDY & ELFIRA ,both of them acting is really natural , GOOD LUCK 4 both of u

    0

    0
  10. BUBIBU says:

    jgn buang trademark kening tebal dik ye..
    Elfira Loy keep it up the good work.
    say no no no to controversy.
    suka sgt kalau ada Elfira berlakon :)

    0

    0
  11. cikikaka says:

    dgn randy pun nak cemburu… pelik!! tapi elfira mmg cantik…

    0

    0
  12. johnjeninz says:

    Smart kening minah ni…..aku suka sebab cam kening Shin Chan hahaha…

    0

    0
  13. ......... says:

    elfira ni cantik pada keningnya..muka dia ni ada mcm umi aida skt…

    0

    0
  14. Syasya says:

    Sweet nya gambar mereka berdua ne.. Semoga sukses selalu untuk anda berdua

    0

    0
  15. LULU LALA says:

    OMG .. hensemnya randy nih … mmg minat kat die … lagi elok tgk citer nih dari AKU TERIMA NIKAHNYA YANG LUCAH … TGK JGN TAK TGK CITER NIH ….

    0

    0
  16. jeng says:

    mcm yasmin wildblood?tadi baru aku pg google artis indon tu,x same langsung dgn elfira nie.takde artis lain ke weyh?

    0

    0
  17. gituuu says:

    xpayah lah cukur kening tu….kening elfira dah cantik sngt..biarlah owng nak cakap apa…..janji lakonan elfira ok…i like u elfira….

    0

    0
  18. Anonymous says:

    sama cantik sama padan

    0

    0
  19. pengomen says:

    Tak abeh2 die ngn randy..boring…

    0

    0
  20. Nayli says:

    betol2 she’s totally gorgeous with her thick eyebrows….and she’s a talented young actress too..go go elfira…

    0

    0
  21. joyah89 says:

    jeles ngn randy?? yewww!

    0

    0
  22. Tasyaz says:

    Kak Elfira dan abg Randy mmg padan… Mcm pnang di belah dua… Hehe… Kenape x kahwin je eh..?? Haha… Hrp jdi kenyataan lhar… Amin…

    0

    0
  23. nelly says:

    kak.elfira brp kah ktnggian akak????

    0

    0
  24. Anonymous says:

    kaka saya baha haua kaya saua lagu saya

    0

    0
  25. nina says:

    saya kamu saya saja /?????

    0

    0
  26. nina says:

    saku cara jaln saya uan kaya pan gambar gaya

    0

    0
  27. lalalili says:

    bukan ke cukur kening tu haram ke dalam islam.terime je anugerah dari Allah.

    0

    0