Written by Bella | November 24th, 2016

Tidak mahu terus difitnah dan dikecam keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrimnya, pelakon yang terkenal menerusi drama Dia Semanis Honey, Nadya Syahera  mendedahkan beliau telah bernikah dengan Fizul Nawi pada 25 September lalu.

Mereka berkenalan selama lapan bulan sahaja dan majlis pernikahan Nadya dan Fizul diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran keluarga rapat kedua-dua pihak.

Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama. Lalu dengan persetujuan keluarga, kami dahulukan yang wajib sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan pada pertengahan tahun depan.

Alhamdulillah, kami sekarang bebas pergi ke mana saja. Dengan peminat juga senang saya nak jawab yang kami sudah menikah. Bagaimanapun, pernikahan ini belum ramai yang tahu jadi Fizul muat naik gambar di Instagram dan membuat sedikit coretan mengenai status kami.

Buat Nadya apa salahnya untuk mengumumkan perkara yang baik.

Hubungan kami sudah halal jadi tiada apa yang nak disembunyikan lagi. Perkara yang baik elok diuwar-uwarkan agar tidak lagi menjadi bualan ramai apabila melihat kami keluar berdua-duaan.

Berbicara mengenai perkenalan mereka, Nadya berkenalan dengan Fizul yang merupakan seorang pengusaha cafe dan model sambilan menerusi laman sosial Facebook. Menurut Nadya, keserasian antara mereka juga  adalah salah satu sebab mereka mendirikan rumah tangga awal.

Sumber Berita : Harian Metro

18 responses to Elak Fitnah : Pelakon Nadya Syahera Akui Sudah Berkahwin

  1. kura kura says:

    Alhamdulillah. Tahniah. Semoga bahagia hingga syurga.

    7

    0
  2. Konah says:

    Haritu laki dia tulis kt ig dah setahun bernikah . Ni pulak baru september 2016 .

    3

    0
    • robin says:

      aku rasa bella salah tulis..kalau betul laki dia cakap nikah september 2015 maybe dia patut tulis september tahun lalu..

      3

      0
  3. Anonymous says:

    Bagus lah.. dari berkepit holidays sana sini.. kepit2 tpi x kwin2.. bgus klu dpt keluarga yg peka ttg sekeliling mengelakkan fitnah buah mulut org kn.. nikah je.. lpas tu nk kepit nk holidays nk gambar cni cna pun xde org nk pertikai..

    3

    1
    • Mak jemah jematun says:

      Positive ler konon. Lepastu orang tu post gambar mesra sikit dgn husband dia, mula la tu nak mengata. Suka show off tengah bahagia la apa lah. Dah tu masuk pulak fatwa bagai.

      1

      0
    • yoyo says:

      tapi die ni berlakon tk best..

      1

      0
  4. saya pakai seluar says:

    kan senang gitew nikahh ajo..tak payahler buat persandingan ke ape, move to the next step of life…

    3

    0
  5. Anonymous says:

    yang penting, dah nikah. Tahniah. moga berkekalan ke jannah.

    0

    1
  6. adila says:

    Salah tulis kot..tahun lalu kot dah nikah..sebab tahun lalu masa sy di turki depa bulan madu di sana..depa ada juga upload pic..tp didelete..mungkin sebab2 tertentu kot..semoga berbahagia till jannah

    0

    0
  7. Kiki says:

    Huduh

    1

    2
  8. Rambutan says:

    To bella

    Beza Mahram & Muhrim

    Mahram = Orang yang haram dikahwini

    Muhrim = Orang yang melakukan ihram haji dan umrah

    ????

    7

    0
  9. MINAH says:

    Ape2 jer lah kau dua orang ni.yg pasti restoran dulang tu emas tu ..sila kau ajar staff kau cara layan customer, macam mana kerja kt fnb industry ni.Service failed. Ramai org fed up la dgn service kau.Tak payah pergi restoran mahal, kau pergi kedai2 makan biasa sudah..kau tgk kalau lama org tunggu makanan tak sampai, boss akan cakap sorry lambat sikit. Staff muka kene manis selalu.Jangan ingt artis nak diva2.Hallooo artis jer kot..Mujur makanan sedap.But service teruk org x akan dtg utk kali kedua.Like org cakap beauty without brain

    6

    1
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      Aku penah mkn sna. Mse mule2 buka smpi org dh kenal. Klu lps isyak dh full seat mmg lmbatla order kite sampai. 30 minit komfem ah….dan lebih. Hehe. Tp aku tgk wak doyok slalu dtg. Tgk cmtu je kn sme servis. Pekeje x tambah ke….haih. hehehe.

      1

      0
  10. Anonymous says:

    abang bomba ke?

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Spa dia ney x knal sory

    6

    0
  12. Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

    Mase restoran dulang mas wak doyok mula buka & pre org stat kenal dye. . .slalu jmpe dye lepak restoran tu. Smpi bosan. Hehe. Agaknye dye duk s alam kot. Bese2 je orgnye. Badan & kaki halus keding. . .pempuan skela body cmtu. Hehe. Muke bese2. Ejas2 skit bleh jd model pkaian muslimah. Aku igt spela dye ni. Owner ke. . .rupenyer makwe rakan kongsi restoran tu. Pastu geng hijab stalista. Hehe.
    Camne pn tahniahla. Dye de hak x heboh majlis dye. Pe2 pn status penting bgthu.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Sape dia ni? Belakon cite ape? Artis ke?? Tlg sape2 bgtau aku sape kenal dia ni..tq

    1

    0
  14. plu says:

    suami gay

    0

    0