Written by Bella | November 30th, 2015

Tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh pertunangan mereka,  Akim dan Stacy membuat keputusan untuk mempercerpatkan tarikh perkahwinan mereka  pada bulan Februari tahun hadapan selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua belah pihak.

Akim memberitahu beliau akan mengadakan dua majlis sahaja iaitu majlis akad nikah di kediaman Stacy di Sabah, manakala majlis resepsi akan berlangsung di rumah keluarga Akim di Johor Bahru.

Kami percepat tarikh nikah iaitu pada Februari depan kerana saya tidak mahu bertunang lama-lama kerana kalau ikutkan perkenalan kami bukan baru, kami sudah enam tahun berkawan.  Bagaimanapun, tarikh nikah saya akan umum bila kad jemputan siap untuk diedar tidak lama lagi.

Menurut Stacy pula , keputusan mereka  membuat persiapan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat  itu juga disebabkan mahu mengelak fitnah.

Saya setuju kerana kami sudah lama berkawan dan yang penting keluarga sudah setuju. Lagi pula saya rasa tidak manis bertunang lama-lama kerana kami sering keluar bersama, walaupun atas urusan kerja ia boleh menimbulkan fitnah.

Benda yang baik tidak salah untuk dipercepatkan apatah lagi jika pasangan itu ingin mengelak daripada fitnah bukan? Semoga segala persiapan hari bahagia Akim dan Stacy berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online

20 responses to Elak Fitnah : Akim Dan Stacy Nikah Februari Tahun Depan

  1. Pekerja Gomen says:

    Langkah yang bijak…
    Congrats

    0

    0
  2. hijau says:

    malam td tengok separuh akhir juara lagu, tengok stacy tak macam selalu nampak remaja dan comel je.mungkin dia nak nampak lebih matang dan dewasa sesuai dengan status yg bakal dia sandang tak lama lagi.pakaian pun w/pun masih agak seksi tapi dah kurang sikit. harap stacy akan berubah ke arah lebih baik sedekit demi sedikit. kepada akim semoga tabah membimbing stacy, salah seorang artis yg betul2 menunjukkan kesungguhan dlm perhubungan.

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    tahniah,x sabar tggu wedding dyorg ni…

    0

    0
  4. minah jambu says:

    stacy takot akim kena rampas ngan artis jambu yg lain pasal stacy bukan Nye jambu sangat

    0

    0
    • Jenah says:

      Stacy tak jambu, tp dia cantik n alhamdulillah dia dah masuk islam. Kau ni mesti peminat akim kan, pastu jeles sebab diorg nk kahwin dah, sabar ye ;)

      0

      0
  5. Jenah says:

    Stacy tak jambu, tp dia cantik n alhamdulillah dia dah masuk islam. Kau ni mesti peminat akim kan, pastu jeles sebab diorg nk kahwin dah, sabar ye ;)

    0

    0
  6. mrs pip says:

    congrats … langkah yg bijak …. no bad gossip …

    0

    0
  7. neutral says:

    minat sangat dgn stacy dan akim…moga lancar niat utk bersatu tanpa diganggu org yg berniat tdk baik utk merosakkan hubungan..pasti lancar semua kerana restu dr keluarga…..moga murah rezeki dan diberkati kehidupan pada masa akan datang….love stacy

    0

    0
  8. Mat K says:

    InsyaAllah berkekalan hendakNya. Muka pun dah hampir sama.

    0

    0
  9. kutu says:

    macam ni la matang..respect sbb dah ada target.
    bukan mcm kapel tu..kehulu kehilir di heret sane sini..
    kejap kapel kejap putus..kapel balik..
    tp tak de planning nk kawen.

    semoga bahagia hingga akhir hayat..
    kepada stacy, sy percaya anda boleh menjaga akim dan menjadi isteri yg solehah.
    dalami ilmu agama islam inshaaAllah semoga dipermudahkan segala2..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    party is over buat stacey.

    0

    0
  11. Alhamdulillah tk lama je tu Akim, jgn kasi pecah dulu. Peliharalah selaput dara stacy baik baik sebelum smpi waktunya.

    0

    0
  12. hamba Allah says:

    tahniah uolls . apa2 pun semoga diberkati Allah . dan dipermudahkan segala urusan . amin .

    0

    0
  13. Sekadar Bertanya says:

    Alhamdulillah, tak sabar nak tgk Stacy dgn Akim kahwin!!

    Btw nak tanya, anak angkat Stacy tu convert to Islam ke tak ek? Sorry, cuma sekadar bertanya sbb terfikir jugak tadi bila tgk gambar anak angkat dia.

    0

    0