Eina Azman Terima Wang Hantaran RM77,000 & Sebuah Kereta Chevrolet Camaro

Hiburan

Eina Azman Terima Wang Hantaran RM77,000 & Sebuah Kereta Chevrolet Camaro

Bertemakan Bollywood, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina, 19 tahun telah pun selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, di Hotel Grand Hyatt kira-kira jam 9.03 malam. Lafaz nikah telah dilakukan sebanyak 2 kali dengan bapa Eina sendiri yang telah menikahkan pasangan ini. Eina dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan Bollywood mereka.

eina azman

Advertisement

Menariknya Eina Azman bukan sahaja menerima wang hantaran sebanyak RM77,000 tetapi turut sama menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning sebagai salah satu hantarannya. Untuk makluman, pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalas 9 dulang hantaran kepada pihak lelaki.

eina azman

Tahniah diucapkan kepada Eina Azman yang kini telah pun memegang gelaran Datin Paduka susulan perkahwinan ini. Abang Nara sokong berkahwin di usia muda sekiranya memang berkemampuan. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


eina azman

eina azman
eina azman
eina azman
eina azman
eina azman
eina azman
eina azman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...