Eina Azman & Suami Buat Perangai Di Stesen Minyak?

Hiburan

Eina Azman & Suami Buat Perangai Di Stesen Minyak?

Kalau kereta Myvi, Proton atau Honda memang kita tidak akan tahu siapa pemiliknya. Namun kalau kereta anda agak unik seperti kereta Chevrolet Camaro, memang senanglah orang nak tahu. Kalau tak silap kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning ini diterima oleh Eina Azman sebagai hantaran ketika majlis perkahwinannya dahulu. Menariknya semalam, Abang Nara menerima informasi yang kereta ini telah di’parking’kan di salah satu pam stesen minyak sementara pasangan ini dengan jayanya pergi makan Subway.

kereta eina azman

Advertisement

Perkongsian gambar di atas telah menjadi viral di Twitter dengan ramai yang mengecam tindakan pasangan pengantin baru ini. Rasanya ia adalah ‘common sense’ untuk tidak meninggalkan kereta anda di pam minyak terlalu lama kerana ramai lagi orang yang nak menggunakannya, lebih-lebih lagi pada malam Ahad di mana esoknya adalah hari bekerja. Lagipun kalau tak silap Abang Nara, stesen minyak ada menyediakan kemudahan parking berasingan untuk mereka yang ingin lepak lama di situ.

eina azman

Sama-sama kita nantikan reaksi dan maklumbalas daripada Eina Azman mengenai hal ini. Masih belum lagi diketahui kebenarannya. Mana tahu ada pihak yang cemburu dengan kereta mahal milik mereka berdua lalu dengan sengaja mengada-adakan cerita. Namun kalau betul mereka melakukan perkara ini, sesungguhnya ia agak memalukan lebih-lebih lagi dengan status mereka sebagai orang kenamaan. Sumber Twitter @advreds.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...