Written by AbangNara | October 23rd, 2014

Terujanya Abang Nara tengok mak ayah yang membawa anak-anak mereka ke uji bakat Dugrostar. Masing-masing muka ‘excited’. Dugrostar yang dianjurkan oleh Dugro ini adalah bertujuan untuk mendorong kanak-kanak mencungkil potensi diri mereka sepenuhnya dan mempamerkan bakat mereka kepada seluruh negara! Tak sabar rasanya nak tunggu anak Abang Nara si Aariz tue besar. Nanti boleh bawak dia sertai Dugrostar!!!

dugrostar

tengok tue barisannya. Ramai sungguh

Dengan Dugrostar, kanak-kanak berpeluang untuk menjadi bintang. Peluang ini terbuka kepada kanak-kanak dalam dua kategori berasaskan umur: tiga hingga enam tahun dan enam tahun lebih hingga 10 tahun. Peserta dalam setiap kategori umur boleh menyertai dalam tiga segmen ini – menyanyi, menari, bermain alat muzik atau gabungan kesemua bakat ini, serta membuat persembahan secara individu atau berkumpulan sehingga seramai enam orang. Hmmm. Anak Abang Nara setakat nie yang Nampak jelas bakatnya ialah kehebatan menendang bola. Boleh kira ke?

dugrostar

comelnya 4 kanak-kanak ini

Penyertaan Dugrostar yang bermula pada 21 Ogos lalu telah pun tamat pada 12 Oktober baru-baru ini. . Kira-kira 6,000 kanak-kanak telah tampil menunjukkan bakat masing-masing. Banyak rupanya kanak-kanak di Malaysia ini yang mempunyai bakat menyanyi, bermain alat muzik dan juga menari. Kini sudah tiba masanya untuk peringkat akhir Dugrostar yang akan berlangsung di 7 buah negeri. Seramai 280 kanak-kanak berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang berjumlah RM175,000.

dugrostar

Di kesempatan ini, Abang Nara nak mengajak anda semua untuk menyaksikan peringkat akhir Dugrostar yang akan berlangsung seperti di bawah:-

KB Mall, Kelantan 24-25 October 2014
Plaza Merdeka, Sarawak 31 October-2 November 2014
Sunway Pyramid, Selangor 31 October-2 November 2014
One Borneo, Sabah 8-9 November 2014
Mahkota Parade, Malacca 7-9 November 2014
KSL Mall, Johor Bahru 7-9 November 2014
Queensbay Mall, Penang 13-16 November 2014

Abang Nara pasti akan pergi yang kat Sunway Pyramid untuk melihat sendiri bakat kanak-kanak Malaysia. Yang penting, kena bawa anak dan isteri sebab banyak aktiviti menarik yang akan berlangsung. Ada pertandingan mewarna, ada Dugrostar Dance, main pasir, face painting dan macam-macam lagilah. Sambil anak Abang Nara memenatkan diri bermain segala aktiviti yang disediakan, bolehlah Abang Nara tengok aksi kanak-kanak Dugrostar di atas pentas. Tak sabar rasanya!!!

dugrostar

Setiap pemenang di setiap lokasi akan menerima hadiah-hadiah yang amat menarik. Nampak gayanya Abang Nara pun dah kena mula latih Aariz mulai sekarang. Tahun depan kalau ada lagi Dugrostar, bolehlah kami turut serta. Mana tahu boleh menang hadiah yang sangat awesome ini:-

Tempat pertama : RM5,000.00 + trofi + sijil
Tempat kedua : RM3,000.00 + trofi + sijil
Tempat Ketiga : RM1,000.00 + trofi + sijil
Ke 4 hingga ke 20 : Hadiah saguhati + sijil

Bukan itu saja, kepada mereka yang betul-betul nak sertai Dugrostar tapi terlepas tarikh pendaftaran, boleh juga turun ke Dugrostar roadshow tu! Penganjur Dugrostar akan menyediakan booth yang dinamakan Dugrostar Studio (Wild Card) di semua pusat membeli-belah yang Abang Nara tersenarai di atas. Pendaftaran adalah percuma! Untuk menyertai, anak-anak boleh menari, menyanyi atau lakukan apa-apa yang boleh menunjukkan bakat anak-anak untuk pertandingan ini. Penganjur akan pilih seorang pemenang daripada kumpulan 3 hingga 6 tahun dan seorang pemenang daripada kumpulan 6 hingga 10 tahun masing-masing daripada 7 lokasi tersebut untuk memenangi wang tunai sebanyak RM1000 bagi setiap kategori!

dugrostarAbang Nara suka sangat dengan inisiatif Dugrostar daripada Dugro ini. Program seumpama ini pastinya akan membantu anak-anak kita menjadi lebih kreatif. Kadangkala anak-anak kita ini bakatnya jauh lebih hebat daripada apa yang kita sangkakan. Dugrostar boleh menjadi platform untuk mereka menunjukkan kehebatan sebenar. Jangan kita selaku ibu bapa pula yang terkejut dan terkesima apabila melihat persembahan mereka. Jom ramai-ramai kita meriahkan peringkat akhir Dugrostar dengan menghadirkan diri ke lokasi berdekat. Maklumat lanjut layari www.dugrostar.com.my.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Dugrostar Peringkat Akhir Sudah Tiba, Jom Ramai-Ramai Meriahkan

    • abang yang tak bangang says:

      wahai nara muka indon, cepat lah update pasal lara baby schawal. lembab lah ko ni nara. pastu mula lah nak copy paste blog orang. dasar muka indon mkan duit haram atas fitnah. kesian.

      0

      0
  1. saya says:

    hok aloh

    0

    0
  2. Amir says:

    tendang bola pun ok abg nara..ajar aariz prektis timang bola. ala-ala freestyler :)

    0

    0
  3. Fyda Noh says:

    Bagus juga kalau ketengahkan bakat kanak2, tapi sekarang banyak sangat program hiburan yang melalaikan. Itu yang risau tu

    0

    0
    • Dugong says:

      Klau mcm kita ibubapa perlu melihat dari segi nilai2 agama & persekitaran supaya jgn terlalu mengikut & terpengaruh dgn program hiburan yg menampil bakat yg kadang2 melalaikan.

      0

      0
  4. Farah says:

    Event macam ni bagus untuk bagi konfiden pada anak-anak.

    0

    0