Setiap kali slot Akasia TV3 muncul dengan drama baru, pasti pelbagai reaksi yang diterima. Terbaru, drama Hati Perempuan lakonan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad mendapat maklumbalas yang berbelah bahagi. Ada yang positif, ada yang negatif. Diadaptasi daripada novel yang tajuknya sama, drama Hati Perempuan mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama seperti drama-drama yang sebelumnya. Tema yang diangkat ialah kahwin paksa.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan drama ini kerana watak Mia Ahmad sebagai Yuhanis yang bersikap kurang ajar terhadap suaminya, Tengku Zaril. Walaupun sudah berkahwin, sering bercakap dengan nada suara tinggi, merajuk tak kira tempat. Yang peliknya Tengku Zaril lakonan Syarul Ridzwan begitu tabah memujuk isterinya itu. Lepas itu masalah boleh selesai kalau berterus terang tapi sampai ke sudah pendam perasaan je. Kalau cakap terus mesti setel segala masalah (tapi tak jadi lah drama plak kan?)
Penggemar drama Hati Perempuan pula menyatakan yang drama ini romantis dengan aksi-aksi memujuk oleh Tengku Zaril. Tidak kurang ramai yang memuji Yuhanis kerana ketegasannya selaku seorang perempuan. Bagi mereka, Yuhanis cekal, tabah dan ada pendirian yang tersendiri. Tidak kurang yang menggemari drama ini kerana ke’sweet’an pasangan ini. Sama cantik dan sama padan katanya.
Apa pula pendapat anda? Adakah drama Hati Perempuan ini sweet tahap caramel atau mengarut tahap gaban? Adakah drama sebegini terutamanya yang diadaptasi dari novel perlu diteruskan? Adakah romantis sebegini yang dimahukan dalam perkahwinan? Wujudkan suami yang tak henti-henti memujuk isterinya walaupun diherdik dengan kasar? Kongsikan di ruangan komen.