Drama Ariana Rose Tiada Niat Persenda Agama – Ziela Jalil

Hiburan

Drama Ariana Rose Tiada Niat Persenda Agama – Ziela Jalil

Drama Ariana Rose sememangnya menaikkan nama Keith Foo yang membawa watak Tengku Adam. Namun sayangnya telah timbul beberapa kontroversi kerana watak Tengku Adam yang dibawa oleh Keith Foo memerlukannya untuk bersolat dan membaca Al Quran. Untuk makluman, Keith Foo adalah seorang pelakon bukan Islam dan lakonannya sebagai Tengku Adam sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang pihak-pihak tertentu.

keith foo ariana rose

Advertisement

Antara persoalan yang ditimbulkan ialah “tak ada pelakon Islam lain ke sampai kena bagi watak tersebut kepada pelakon bukan Islam?”. Namun menerusi Metro Ahad, penerbit drama tersebut, Ziela Jalil telah tampil untuk memberikan penjelasan mengenai pemilihan Keith Foo sebagai pelakon utama. Kata Ziela:-

Sebelum ini kita melamar Adi Putra untuk memegang watak Tengku Adam tetapi memandangkan waktu itu dia berhadapan dengan isu peribadi, stesen TV meminta saya memilih pelakon lain.

Sebelum kita tawarkan watak itu kepada Keith Foo, banyak pertikaian ditimbulkan pembaca setia novel Wedding Breaker yang diangkat menjadi drama Ariana Rose. Malah mereka kurang bersetuju dengan pemilihan Adi Putra.

Pada mereka yang sesuai memegang watak utama itu adalah Remy Ishak dan Aaron Aziz kerana perkembangan karekter Tengku Adam yang berubah menjadi warak.

Mengejutkan apabila Keith dilamar dan memainkan watak Tengku Adam, ramai pula yang boleh terima. Mereka seperti tidak percaya pelakon yang mula mencipta nama di Indonesia itu mampu melakukannya dan nampak sesuai.

keith foo ariana rose

Mengenai babak Keith Foo bersolat dan membaca Al-Quran, Ziela Jalil berkata:-

Kita harus melihat perkara ini dari sudut lebih besar dan positif kerana apabila kita berdakwah ia tidak seharusnya tertumpu kepada mereka yang beragama Islam saja. Rasullah SAW juga berdakwah kepada yang bukan beragama Islam.

Bayangkan untuk memegang watak Tengku Adam, dia turut membaca buku berkaitan Islam dan mendengar ceramah dari ustaz seperti apa yang digambar dalam Ariana Rose.

Sebagai penganut Islam, kita harus faham hidayah itu milik Allah. Mana tahu kerana drama ini, hidayah sampai kepada Keith.

keith foo ariana rose

Abang Nara tak tahu sangat bab-bab hukum lebih-lebih yang agak “complicated” sebegini. Mungkin ada antara pembaca BeautifulNara yang arif dalam bab ini dan sudi berkongsikan pendapat. Apa pun Abang Nara setuju bab hidayah tersebut. Mana tahu Keith Foo terbuka hati nak memeluk Islam. Bolehlah tukar nama jadi Tengku Adam terus. Sama-samalah kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...