Written by AbangNara | September 2nd, 2015

Ramai yang terkejut apabila berita Asfan ditumbuk oleh adik iparnya di KLIA semalam tersebar. Kalau Abang Nara jadi Asfan, lagilah terkejut. Tak pasal-pasal sedang menunggu kepulangan isteri dan anak-anak tercinta di airport, tup-tup hingga sedas dua tumbukan di muka. Susulan kejadian ini, ramai yang membuat spekulasi tentang layanan Asfan terhadap isterinya. Desas-desus bertiup kencang yang Asfan mengabaikan isteri sekaligus menimbulkan kemarahan adik iparnya.

asfan ditumbuk

Namun Asfan menjelaskan yang selama ini perkahwinannya selama 3 tahun bersama isteri (Ain Sakinah) adalah bahagia. Malah isterinya sendiri tidak pernah mengadu tidak bahagia. Kata Asfan:-

Sepanjang tiga tahun berkahwin dan dikurniakan 2 cahaya mata lelaki, isteri saya tidak pernah mengadu tidak bahagia. Walaupun bukan kaya raya, saya masih mampu menyediakan kediaman selesa untuk keluarga dan cukup makan pakai.

Sejak ada dua anak, saya hantar kain ke dobi dan sebelum keluar bekerja, saya siapkan makan minum kerana dua anak saya itu. Kalau ada perselisihan faham pun, biasalah suami isteri, tetapi saya tidak pernah naik tangan.

Jika isteri saya tidak bahagia hidup dengan saya dan rasa diabaikan, dia boleh buat laporan pada jabatan agama. Tidak dinafikan rutin harian saya agak sibuk apatah lagi turut mencipta lagu. Itu tidak bermakna saya mengabaikan dia. Saya juga tiada perempuan lain.

Apapun yang berlaku dalam rumah tangga saya orang lain tak boleh masuk campur. Lainlah kalau isteri saya kena sepak terajang. Andai Bil tak puas hati, tak perlu sampai pukul saya. Dia turut terajang kereta saya sehingga lampu pecah dan saya melarikan diri bagi mengelakkan keadaan semakin keruh.

Hubungan saya dengan Bil sebelum ini biasa-biasa saja. Saya tidak tahu apa punca sebenar dia bertindak demikian dan andai ada bukti apa kesalahan saya, sila kemukakan.

asfan

Secara jujur, tindakan menumbuk abang ipar (atau sesiapa sahaja) adalah satu tindakan yang agak melampau. Lebih-lebih lagi jika tiada perbincangan dilakukan sebelum itu. Biasalah hubungan suami isteri ada pasang surut, namun campur tangan dan menggunakan kekerasan terutamanya oleh orang lain untuk menyelesaikannya sepatutnya adalah langkah terakhir. Apa pun, hanya mereka yang tahu perkara sebenar terjadi. Masing-masing punya justifikasi tersendiri. Apa kata anda? Sumber Harian Metro.

P.S: Kuala Lumpur dahulu vs sekarang

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 responses to Ditumbuk Oleh Adik Ipar, Asfan Nafi Abaikan Isteri

  1. Anonymous says:

    Hal suami isteri… Ipar2 xperlu lah masuk campur… Sibuk je…

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      Kalau takde isu….
      Camna nak masuk blog Nara…
      Bila dh masuk blog Nara… semua org tanya…
      Sape dia ni?? Sape dia ni??
      Secara tak langsung org tak sengaja kenal dia…
      Padahal sebelum ni muka pun mcm tk pernah tgk kt tv.

      At least ada strategi pemasaran la ko ni…
      Yg ko bil air kenapa daaaaa? Sibuk tull…
      Bukan kakak ko kena pukul pun…
      Ni mesti bil air dah lama tak bayar…
      Air sampai naik kepala….. ekekek…

      Anyway… strategi masuk nara berjaya…
      Skang aku dh kenal
      Kang cakap tak kenal ada plak anon sekor tu ngamuk2 marah..
      Marah kita tak kenal retis…

      0

      0
      • Korang ni Artis ker? says:

        Walaupun aku dah baca kisah dia ni… tapi kalau ditanya sejam kemudian… sapa diorg ni, aku dah tak ingat… So? Nampak tak? Walaupun dah masuk BN, tapi tak der nilai untuk diingati. TAK ADA SAPA PEDULI PONNN…

        Artis ketuhar sejuk beku ni tak yah ler letak dalam gosip BN.

        0

        0
    • Artis ke korang ni hah?? says:

      Err….maaf… nak kena bertanya gak ni. Korang ni saper huh? Camner bleh dapat masuk ruangan gossip artis ni? Mmg kerja artis eck? Kesian aku… aku tak kenal.

      Korang report polis jer laaaa…. x yah nak lapor apa2 kat media… serius… korang tak top… aku tak kenal. Sebab bila korang lapor kat media, korang dah curi ruang dan membazir kuota internet aku. Sebab nak baca pasal artis, korang punya kisah pon kena loading sekali… aduh… membazir kuota internet aku jer. So, harap lepas ni tolong report polis dan sebagainya yer… eck?

      0

      0
    • minah jambu says:

      kan minah jambu dh cakap komen yg kelmarin tu si bini dia ni suka ngadu2 hal laki ngan adek dia si jantan tk berape nk hensem niii babtu adek si betina ni naik angin tk tentu pasal tkde usul periksa teros dia rembat abang ipar dia kt airport eeee cm gini punye jantan tk payah ada bini la..nanti ngan bini2 kena rembat pasal dia dh biasa rembat orang !

      0

      0
  2. kak long habibi says:

    BErsabarla asfan. kenapa perlu mencabar adik ipar untuk menyatakan kesalahan asfan. nanti jadi lagi keruh. adalah lebih baik asfan bersabar saja dan memafkan kesalahan adik ipar asfan .darah muda memang begitu

    0

    0
  3. aku says:

    perihal rumah tangga ni lebih baik jgn ada orang ketiga yg masuk campur..andai ada apa2 permasalahan yg mmg x dapat diselesaikan lebih baik ke pejabat agama utk minta kaunseling..mcm kes asfan ni..bil dh mnjatuhkan maruah asfan..selesai kn je la di rumah x perlu di tempat awam..

    0

    0
  4. wanita biasa says:

    tau la kau tu adk ipar, tp tak payah nak masuk campur la hal rmhtangga org lain.. laki dia yg bg dia makan pun, bkn kau!! klu laki dia tinggalkan kakak kau & 2 anak dia tu kau blh ke bagi makan diorg????
    Aku pnh ada dlm situasi adik aku maki aku dpn suami aku & hampir2 nak pukul aku hanya krn sebab yg paling remeh.. Suami aku pun kene maki sekali.. Tp salute pd suami aku, ckit pun x melawan sbb xnak hal jd besar.. Aku pmpuan, adik aku lelaki.. Sgt memalukan bila lelaki maki & nak pukul wanita yg lemah mcm aku..

    Aku pnh dgr ceramah agama klu suami ikut ckp bini, adik beradik akan bergaduh!!

    p/s: Wlupun kau adik aku, aku akan tuntut benda nie kat AKHIRAT!!!

    0

    0
    • yana says:

      Aku pun camtu gak.. Adik aku yg bajet konon2 jantan (tomboi) dan pembela suka masuk campur urusan rumahtangga aku.. Sib baik suami aku jenis malas nak layan sbb dia kata kalau dilayan kita pon akan bodoh cam dia gak.. Dia jeles sbb rumahtangga kami ttp utuh walau macam2 dikutuk dan difitnah.. sampai dorang fitnah suami aku guna bomoh utk tundukkan aku.. Padahal aku tak suka tunjuk kalu aku marah or gaduh ngan suami depan org, nak tutup aib rumahtangga aku.. so sbb tu dorang tuduh aku kena bomoh sbb dorang nampak aku cam ikut kata suami aku.. Sbb tu sampai skang dia tak kawin..

      0

      0
      • Aku says:

        Kau jangan kaitkan hal ni pulak dengan tak kawin. Aku terasa ni sebab aku pun tak kawin-kawin lagi.

        0

        0
        • yana says:

          Aku bukan cakap kat ko.. aku cakap kt adik aku yang kong hajo tu.. Dahla sumer kawan2 dia jenis cam jantan (tomboi) cam dia gak.. Nama faridah dipanggil farid.. ada yang nama mamatlah.. meluat aku ngan kengkawan dia nie.. tu pasal dia tak kawin.. sbb dok berkawan ngan pengkid..

          0

          0
  5. dia says:

    Hahahaha. Kesian aku tengokkan kau asfan. Tapi, apa pulak cerita kau dengan rena kassim pengacara Wanita Hari Ini tu? Siap pegang tangan kat JPO semua tu. Walaupun kau taklah terkenal mana, tapi orang kenal jugak la kan kau tu sape.

    Walaupun kau tak abaikan makan minum pakai anak bini kau, kau jangan lupa yang dia tu ada perasaan. Belum lagi cerita kau mintak nak hidup asing ke cerai masa bini kau dalam pantang. Dalam pantang anak kau tu kot. Konon dah takde apa2 dengan rena kassim, tapi kantoi jugak ada rupanya. Sedih!

    0

    0
    • Anonymous says:

      dah agak dah mesti ade something yg Asfan ni buat sampai adik ipar dia masuk campur..akak dia kot..kite yg biase ni la tgk adik beradik mkn hati kalau dah tahap melampau mesti ade limit dia jugak..
      Tak kisah la kau anta baju ke dobi ke sediakan makan ke sbb benda tu sebetulnya mmg keje suami..
      Pompuan ni kdg2 bukan nak harta pun..cukup la dihargai dan dihormati.
      Kita tatau kalau isteri dia siang malam berdoa,sbg manusia normal dia perlukan someone utk dia bercerita,instead bercerita dgn org luar..rasenye tak salah dia cerita dgn adik dia sendiri.

      0

      0
    • Bajet lelaki suci - Phuiii says:

      Kantoi..

      0

      0
    • zaza says:

      ooo mcm tu ek…tp xda unsur2 keganasan rumah tngga pon dlm cerita kau, asfan pon still masih nk pertahankan rumah tngga dia,,so pd aq still boleh diselamatkan lg. biasalah tu,ada lelaki kalaw bini mngndung smpai beranak xmo seks,apa lg mkn luar la,, kene hadiah penumbuk tu elok jugak sbgai hadiah kecurangan. hihi.

      0

      0
      • dia says:

        Alaa… Pasal kene tumbuk ni pun aspan ni yang kecoh dalam facebook dia. konon lebam bagai padahal takde pon. aku tengok dia ok je. Memang lah boleh diselamatkan kalau asfan ni tau suami tu maksudnya apa ye dok?
        Aku pon takdelah salahkan asfan 100%. tapi kalau ko la kakak ko dah makan hati bertahun ko nak tunggu lagi ke? dah la macam tu, tipu pulak kata dah takde apa2 hubungan dengan RENA KASSIM tu. tapi, haram tak boleh pakai. jumpa jugak.

        0

        0
        • jantan tak guna says:

          kalo aku pun marah. lg satu yg pmp nama rena kassim tu pun mcm takda jantan lain, suami org kot! pengikut hanez suraya ke?

          0

          0
    • hihihihihiii says:

      reena ?
      mak aihh..muka nampak innocent giler!
      hampeh

      0

      0
  6. ikan siakap says:

    susah nak cakap bila suami dah curang nie. fikir2lah sendiri. berbincanglah dgn cara baik. jangan buat malu hebohkn satu malaysia, lagi2 hal rumahtangga. tak manis.

    0

    0
  7. Mat K says:

    asfan ni dari sekolah macam sial.

    0

    0
  8. hmmp says:

    Hmm. seriously xkenal pon derang ni. baik Asfan atau sape lagi sorang? abg nara main cekup gossip org kot.

    0

    0
  9. FAEZAH MENGILAI NGILAI says:

    betul ke REENA KASIM TU
    HAMJAD
    DASAR SUNDAL PERAMPAS
    MUKA NAMPAK BAIK TPI SUNDAL

    0

    0
  10. Nad says:

    Hoi reena kassim, best ke gelenyar dengan laki orang? Babi

    0

    0
  11. mak sepan busuk says:

    keluarga sepan busuk ni sangap duit…sebab tu sangup speedo si REENA KASSIM tu…kikikikiki si REENA KASSIM sangap jantan…kena sangat la tu

    0

    0