Dituduh Miliki Dadah : Tony Eusoff Akui Kesilapan Dan Sedia Menerima Hukuman

Hiburan

Dituduh Miliki Dadah : Tony Eusoff Akui Kesilapan Dan Sedia Menerima Hukuman

Sejak beberapa hari lepas,  berita mengenai aktor  Tony Eusoff yang  pernah membawakan watak sebagai  P.Ramlee yang diheret ke mahkamah di Singapura atas tuduhan memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Advertisement

Tony ditahan di balai ketibaan bas penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura.

Tony dipercayai memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.

Menyedari ia sudah menjadi perhatian ramai, Tony Eusoff menerusi akaun Facebooknya semalam telah memuat naik status memohon maaf kepada semua pihak dan mengakui kesilapan beliau.

Malah, beliau juga bersedia untuk menerima sebarang hukuman atas tindakannya itu.

Salam sejahtera,

Saya Tony Eusoff, dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kepada semua terutama pada seluruh ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan , pihak media dan tidak lupa sekalian peminat di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei serta Australia atas kejadian yang berlaku pada saya kebelakangan ini.

Saya sedia maklum dan mengaku bahawa perbuatan saya tempoh hari memang boleh mengundang salah dan akan menyalahi peraturan yang ada. Ingin saya tekankan di sini bahawa, kejadian ini berlaku tiada sebab lain kecuali atas kecuaian dan tidak kematangan saya berfikir pada waktu itu.

Sedar akan tindakan tersebut boleh memberi pengaruh yang negatif kepada umum terutama golongan generasi muda kita dan saya amat menyesalinya. Dengan itu saya redha serta bersedia untuk menerima hukuman yang mungkin dijatuhkan sekiranya disabit dengan kesalahan.

Saya berjanji atas nama Tuhan, tidak akan saya persiakan peluang yang ada sama sekali hikmah dari kejadian ini dan akan saya manfaatkan untuk bertaubat serta membetulkan diri ini demi keluarga, rakan-rakan serta peminat saya yang tersayang.

Sekali lagi, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf dari semua pihak. Segala doa, nasihat dan teguran semua amat saya hargai.

“Please keep me in your thoughts and prayers”

Terima Kasih

Ikhlas dari,

Tony Eusoff

Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda sehingga $20,000 dolar Singapura (RM57,775) atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah. Sebutan semula kes berkenaan akan dibuat di Mahkamah Negara, Singapura pada 12 April ini.

Sumber Berita : Astro Awani & Facebook Tony Eusoff

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...