Fuh~~ Patah tumbuh hilang berganti. Hilang pakwe lama, pakwe baru boleh dicari. Amacam pantun 2 kerat Abang Nara? Ini semua gara-gara 2 keping gambar yang dikongsi oleh pembaca BeautifulNara menerusi Facebook. Di dalam kedua-dua gambar tersebut, kelihatan seseorang jejaka sedang memeluk pinggang Hanez Suraya dengan begitu mesra sekali. Adakah ini kekasih baru Hanez?
Gambar di bawah pula lebih “daring” apabila si jejaka kelihatan seperti sedang membisikkan sesuatu ke telinga Hanez. Mungkin dia sedang cuba menghidu bau syampu yang digunakan oleh Hanez. Nampak khusyuk semacam kan?
Adakah Hanez Suraya sudah menemui pengganti selepas putus dengan Awi Rafael baru-baru ini? Atau ini sekadar lakonan di dalam video klip atau drama terbarunya? Hanya Hanez sahaja yang tau. Kalau sudah ada kekasih baru, meraunglah pakwe-pakwe di luar sana yang menyimpan perasaan kepada Hanez. Tak gitu?
P.S: Dapatkan produk-produk kosmetik, penjagaan kulit, beg tangan dan minyak wangi pada HARGA TERBAIK hanya di Best Buy World Malaysia. Dijamin harga yang paling rendah anda pernah lihat. Pasti anda akan teruja!!! LIKE Facebook Best Buy World Malaysia sekarang atau layari www.my.bestbuy-world.com untuk lihat sendiri dengan mata anda.