Dikritik Semakin Teruk Selepas Pulang Daripada Haji : Nabil Ahmad Sifatkan “Keyboard Warrior” Kurang Kasih Sayang Dan Tiada Akal

Hiburan

Dikritik Semakin Teruk Selepas Pulang Daripada Haji : Nabil Ahmad Sifatkan “Keyboard Warrior” Kurang Kasih Sayang Dan Tiada Akal

Nabil Ahmad sejak beberapa bulan ini sering menjadi mangsa kritikan dan tomahan “keyboard warrior” dimana mereka sering mengkritik perangai  beliau semakin menjadi-jadi selepas pulang daripada menunaikan haji.

Buat Nabil, seseorang itu tidak berhak untuk menilai amal kebajikan orang lain dan menganggap “keyboard warrior” yang sering memberikan komen negatif sebagai mereka yang kurang kasih sayang.

Advertisement

Siapa mereka hendak menilai saya sampai sebegitu sekali? Saya hanya cari makan sahaja, untuk anak-anak dan isteri. Saya tak ganggu orang pun. Tetapi kalau sampai macam itu sekali kata-kata mereka, soalnya ialah, siapakah mereka untuk menilai amal dan kebajikan orang lain?

Mereka adalah sejenis keyboard warrior, tidak ada manfaatnya dan memang kerjanya suka buat fitnah. Saya ambil kata-kata Prof. Dr. Muhayya. Dia ada cakap, orang yang jadi keyboard warrior ini adalah orang yang kurang kasih sayang. Orang jenis ini tiada kawan, tiada perhatian keluarga dan bermasalah dengan diri mereka sendiri, habis semua orang dia hendak serang .

Bayangkan, mereka tiada kawan, tidak mendapat perhatian keluarga, bermasalah dengan diri sendiri, habis semua orang dia nak ‘serang’. Saya jadi kesian orang macam ni.

Ditanya adakah Nabil sempat untuk membaca segala komen dan kutukan yang dilemparkan kepadanya, ini jawapan nabil :-

Saya nak baca pun tidak ada masa sebab sibuk dengan kerja dan urus keluarga. Yang bercakap kosong sebegitu, itu bukan masalah saya lagi dah. Ia tak jadi kudis pun pada diri saya. Mereka itu tidak berakal, bawa-bawalah bertaubat. Mereka ini yang patut dekatkan diri dengan Tuhan.

Saya percaya, apabila kita bekerja secara profesional, banyak orang yang akan sokong kita. Banyak orang yang akan suka dan faham akan tanggungjawab yang kita pikul.

Tetapi, golongan seperti ini bukan jenis bercakap kepada media dan mereka simpan rasa suka dan respek mereka itu sendiri sahaja. Yang bercakap, yang buat bising tak tentu arah ini hanyalah sebanyak dua peratus sahaja. Inilah kelompok orang yang hendak menyaksikan kita jatuh merudum yang akan sentiasa ada rasa tak puas hati.

Bukan mudah untuk terus kekal dalam industri hiburan, memang akan ada sahaja pihak yang akan cuba menjatuhkan seseorang itu apatah lagi dengan wujudnya media sosial sebagai medium untuk “keyboard warrior” mengkritik setiap tindak-tanduk artis.

Sumber Berita: Uutusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...