Written by AbangNara | July 26th, 2016

Sekarang ini satu Malaysia sedang demam filem Kabali yang dilakonkan oleh superstar Rajinikanth. Buat yang tidak tahu, filem ini turut menyaksikan kemunculan pelakon-pelakon Malaysia iaitu Rosyam Noor, Norman Hakim dan Zack Taipan. Ia ada satu perkembangan yang sangat bagus. Bukan senang untuk pelakon Malaysia mendapat tempat di industri filem antarabangsa, walaupun sekadar mendapat watak kecil sahaja. Namun begitu, kerana promosi yang agak kuat, ada pihak yang salah faham dan menganggap watak Rosyam Nor di dalam Kabali adalah peranan utama.
rajinikath kabali

Susulan itu, penerbit drama, Mohd Noor Kadir menerusi akaun Facebooknya telah mengkritik pembabitan Rosyam Nor di dalam filem Kabali. Abang Nara boleh bayangkan kekecewaan Mohd Noor yang menyaksikan watak Rosyam Nor di dalam filem Kabali sekadar tempelan sahaja. Mohd Nor turut mendakwa Rosyam Nor sekadar menjadi props dan atau pasu bunga bernyawa di dalam filem itu dengan hanya sesekali mengeluarkan dialog “yes” dan “no”.
rajinikath kabali

Namun Rosyam Nor tidak berkecil hati dengan kritikan tersebut. Bagi beliau, watak kecilnya di dalam filem tersebut diharap akan menjadi batu loncatan. Kata Rosyam Nor:-

Apabila saya dikritik, ertinya orang sayangkan bakat saya dan mereka tahu tahap kemampuan saya dalam lakonan. Saya tak salahkan mana-mana pihak, terutama peminat yang kecewa apabila menonton filem itu. Saya juga tidak berkecil hati dengan Mohd Noor kerana dia ada hak untuk mengkritik.

Pada usia 49 tahun sekarang, inilah kali pertama saya dapat peluang begini. Setiap perkara bermula dengan kecil sebelum menjadi besar. Begitu juga kerjaya saya. Saya hanya dikenali di Malaysia. Jadi, walaupun watak kecil dalam ‘Kabali’, saya terima kerana ingin mencuba. Kalau dibandingkan saya dengan Rajinikanth, bagaikan langit dengan bumi.

Saya bersyukur kerana berpeluang berlakon bersamanya dan bersama-sama menjayakan babak pergaduhan dengannya

rajinikath kabali

Biasalah awal-awal dapat watak kecil. Walaupun dah hero di Malaysia, di peringkat antarabangsa tiada siapa yang mengenali kita. Dapat watak tempelan pun dah cukup bagus. Perlahan-lahan kayuh. Insya Allah lepas ini akan dapat watak yang lebih bagus. Mana tahu dalam 4,5 tahun lagi akan ada pelakon Malaysia yang menjadi hero filem antarabangsa. Siapa tahu kan? Sama-samalah kita tunggu. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Dikritik Hanya Pegang Watak Kecil Dalam Kabali, Rosyam Nor Tak Kecil Hati

  1. nok gebuzzz says:

    ok la tu…ada jugak!

    0

    0
    • kentut taik nasi lemak menuju hati says:

      kena kritik tu …kira oklah ..sebab org sedar
      n cool jee rosyam ni..bagus jugaklah

      0

      0
    • Orang Cerdik says:

      Oh Rozana

      Masih tentangmu
      Seberapa besar lagi selalu memikirkanmu
      Seberapa lama lagi bisjut & royi ini menjelajahi setiap waktu
      Rasanya jejaka bangla ini tak ingin tahu apakah bisjut & royi itu

      Malam tadi bangla bermimpi
      Mimpi tentang RM10K lagi
      Kau datang menghampiri jejaka bangla ini
      Menggenggam bisjut & royi
      Seakan kau tak mau lepaskan bisjut & royi dari cengkaman bangla

      Nak bisjut?
      Nak 10K?

      0

      0
    • adoh jebot says:

      bagus la rosyam noor punye mentaliti. ular berbisa x akan hilang bisanya hnye kerana mnyelusuri akar.
      shame on you kadir. emulate rosyam. be humble. jgn nk sebok save face x brtmpt. chillexx.. sip sikit. muahhh muahhh ciked

      0

      0
    • kutu says:

      itu menunjukan orang luar pandang bakat rosyam..walaupun watak pak pacak tp antarabangsa tu.bakat yang dihargai.
      bukan mcm mentality org kita..dah tua sikit cakap hero tua lah sesuai watak bapa lah.sedihh..

      sy percaya bukan duit yg rosyam kejar tp pengalaman bekerja dgn produksi luar negara yg diimpikan. lagi2 superstar rajinikan..

      0

      0
  2. luklu says:

    tamil movie..xkan nak suh jadi hero plak….

    0

    0
  3. Anonymous says:

    alahai..be professional ler..contohi artis2 hollywood tu walaupun nama dah besar tapi jadi watak tempelan seminit pun xkisah..ni bukan pasal glamor ni pasal teamwork

    0

    0
    • kentut taik nasi lemak menuju hati says:

      sokong u anonymous..
      dorang yg dah glamer pun baik2 jee

      0

      0
  4. Selena bullshit #team kim k says:

    Filem keling bukan main support… bila aku suggest kim k dtg malaysia bagi ceramah psal kecantikan bukan main lagi fans selena tu cakap ” buat apa dtg malaysia kim k seksa x boleh tutup aurat”. Abis tu ko ingat selena bullshit tu suka sangat lah pakai baju mcm tu … ko ingat x seksa ???

    0

    0
    • kentut taik nasi lemak menuju hati says:

      ehh… cool je lah… relax2 .. kim k memang cantikkkk !!!!

      tengok keeping up with the kardashian .. love it..
      kim k ni baik n cool je..
      dorang tu bukannya nak halang kim k.. kim k je tak nak pergi sini kot..dia kan sibuk shooting

      0

      0
      • Anonymous says:

        Baik n cool ????
        Orang yang baik n cool x kan buli orang lain.

        0

        0
      • Selena bullshit #team kim k says:

        Kpd anonymous..
        Kim k buli sape ? Buli bff selena bullshit ni si taylor swift ? Hey ni kim k lah.. taylor bitch penipu tu memang patut pun kena buli.. berlagak innocent konon. kim k of course lah support husband dia..kanye lah yg buat taylor bitch tu famous.. nk harapkan lagu taylor bitch tu sama jer genre dgn selena.. lagu meleleh giler btg.. x sedap langsung woiii !!!!!!!!@@@@@!!!!!!!!!!!!!! Anon bodoh ni ada depan aku aku tarik rambut…. geram betu? aku !!!!

        0

        0
        • Anonymous says:

          Kanye West tu lah yang patut stop stalk Taylor Swift, tahun ni dah berapa kali Kanye tu asyik Taylor je memanjang.. Kanye ajak Taylor duet..Taylor tolak, Kanye like pic Taylor, Kanye buat fake Taylor naked..tepek dalam MV dia, sekarang ni Kim K plak masuk campur.

          0

          0
    • Anonymous says:

      nak wat apa dgn Kim K? dia nak tunjuk apa kat malaysia ni? tunjuk dia bogel adalah.. bangang ini org

      0

      0
  5. el says:

    tak belakon dan tak tonton cerite macam ni, tak rugi pon

    0

    0
  6. Aouuk says:

    Ok je Datuk…kumpul experience. Biasalah mana2 bangsa pun yg ‘own’ major cerita tu. Kalau boleh nk kita jd motor je. Diorg jd hero langit dan bumi. Korang tgk zang ziyi tu pun watak dia belakon dgn org pitih sekadar jd mangsa pemerdangan manusia kengkonon bumi amarika tu semua org bergadai nyawa terhegeh2 china nk dtg. dia watak utama org yg terhegeh2 nk dtg. Dia pun dah byk tolak belakon dgn org puteh. Ana n the king, takat jaga gajah je kita ada watak pun.. Cuba kita plk buat citer…ambik org puteh/asing tempelan jd sukurity guard n pencuri, talam 8 muka..biasalah citer n realiti..

    0

    0
  7. Oit says:

    Ok la.. Drpd hanez suraya yg x ada job lgsung..

    0

    0
  8. whosebadsinbad says:

    Aku suka abg Rosyam Nor ni acting…baik leh…jahat leh…wlaupun tak hensem tapi jadi hero pun boleh…humble wlaupun berpengalaman…true anak seni…lagipun bini satu je abg Rosyam…relax je;)

    0

    0
    • susher says:

      loike ur statement, “lagipun bini satu je bg Rosyam”….ahkak terasa dik oiiiii

      0

      0
    • ulala says:

      Haha i know rite. rosyam dh lamaa giler dlm industri ni.. jmpe bnyk org n pompuan2 n retis2 yg lg cuantik ..but still thru ups and downs bini satu je. atruly hero. Hopefully he will stay awesome like this. ameen.

      0

      0
      • Anonymous says:

        haha..tu bagusnya rosyam xtunjuk wife dia..bila pompuan nak dekat sekali tengok wife dia terkejut kot..sendiri undur diri..kalah anak dara u

        0

        0
  9. masyaAllah aku lewat semayang says:

    Cuba dia melenting lepas belakon gila gila remaja dulu..belakon pon keras…faizal hussien belakon memang tip top..tapi dia ni jenis tak putus asa..orang kritik tu macam cabaran untuk dia..tengok skang belakon ada kelas tersendiri..

    0

    0
  10. Budak pemerhati says:

    Cuba baca buku impian jutawan budak setinggan hasil tulisan Datuk. Dia ada cerita bagaimana dia mengambil masa lama untuk dikenali dan sentiasa ingin kekal dalam industri lakonan ini. Biarpun watak kecik dia tetap ambil.

    0

    0
  11. Hohoo says:

    Klu rosyam nor jd hero kang korang tokojut plk.. deiiiiii tambiii yennadeyy : )

    0

    0
    • Positif Je.... says:

      i like your statement…menggeletek tali pusat aku membacanyeee….hehehe….

      0

      0
  12. Anonymous says:

    Abg nara tak nak wat citer pasal laki ina naim jawapan balas pasal mesin basuh,takda peti ais semua tu ke. Dia dah jawab panjang lebar kat fb dia

    0

    0
    • eenaim says:

      dah lama dah abg nara citer dik..hari tu suhaimi post jelir lidah tu hari tu gak nara update kat bn..

      0

      0
  13. CaraMalaysia says:

    yer.. cer citer lgi pasal ina Naim pulak.. sian dia

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Ina Naim tu sapa???

    0

    0
  15. AKU says:

    apesal ko nk kutuk2 brader aku………………..benda kecik jer…tu pn Rajinikanth melutut srh brader aku berlakon tau…….klu idok…sori la…filem tamil tu…..nk ckp pn susah deyyyyyy

    0

    0
  16. fiqa alya says:

    oeang lama kena kritik maintain je..so cool…kalau artis baru dah lama bercakar,mcm sharnaz…eh

    0

    0
    • Anonymous says:

      sbb tu yg senior lg hebat lakonan…apa nk jadi kan persoalan, even pelakon hollywood pun kadang pegang watak few minit pun ok…janji masyukkkk…

      0

      0
  17. natalie says:

    cerita tamil takkan nak rosyam jadi hero kan…agi2 kalau ada rajini… lagipun cerita tamil dan bollywood nie, drg mmg utamakan kaum drg sendiri. makna drg buat movie utk Indian India. Nanti lau rosyam jadi hero, kat india takde org lak nk tgk. Budget da berjuta 1 filem… tapi saya baca yang rajini terkejut yang rosyam setuju untuk walaupun watak kecik. Makna rajini da buat research dan dia suka rosyam berlakon. mana la tau lepas nie, kalau ada rezeki, dpt berlakon agi. Mmg ssh untuk masok perfileman tamil dan bollywood. U must be very open, know the language and always be social. Even Siti da nyanyi ngan A R Rehman. Kita sabar menanti je la. Yang penting Rosyam bole berlakon. tk kayu. and mmg awesomeeeee….. tk hansem takpe tapi dia ttp cute. hehehe…

    0

    0
  18. aih says:

    neruuupuda!! abg rosyam!!….
    abg rosyam daaa!!..
    pedulikan apa orang lain cakap… kira bagus ada dalam filem dari orang lain yang tahu kritik jer tapi tak ke mana pun..

    0

    0
  19. Tryme says:

    Nampak juga rosyam nor dlm cite kabali.. Norman hakim tak sedar langsung bile die muncul

    0

    0
  20. Shira says:

    Tahniah Rosyam! Wpun bergelar jutawan…tidak perlekeh watak tempelan. Kipidap….bukan senang nak senang dan senangkan hati semua org….

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Jgnla melayu jatuhkan org melayu. Tahniah dato…wpun jutawan ttp merendah diri…

    0

    0
  22. WTF says:

    yg dok kutuk rosyam ni citer terbitan die dh smpai ke mana???sesiapa ade info??

    0

    0
  23. Sam says:

    Biar la dia dapat watak kecik ke besor ke.. dari takdo langsung???

    0

    0
  24. X says:

    Pelakon melayu bagi lebih nanti riak.

    0

    0
  25. mak c kina says:

    aku rse MNK bkn kritik mutu lakonan rosyam tp sbb watak yg terlalu kecil bg sorg super star kt msia ni..production kabali ambil pelakon msia cme utk cukup syarat shooting kt msia je..bkn nk ambik sgt pun..
    cme dr sudut lain,ni merupakan 1 perkembangan yg baik la..bg peluang pelakon msia utk ‘keluar’ dr msia..tingkatkan usaha..semoga berjaya

    0

    0