Written by Bella | November 8th, 2016

Baru-baru ini pelakon popular Zul Ariffin sekali lagi dilabelkan sombong apabila ada mendakwa beliau menolak permintaan peminat  untuk bergambar ketika berada di sebuah restoran di Tuaran, Sabah.

Berita itu diviralkan oleh peminat itu sendiri yang merupakan pengusaha restoran tersebut.

Menerima pelbagai komen negatif dan sindiran, Zul akhirnya telah tampil menafikan isu viral itu dan menyifatkan ia adalah satu fitnah terhadap dirinya. Zul tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikenali sebagai Olenz Aziz kerana telah menjejaskan reputasi serta imejnya.

Ya, memang betul saya ada penggambaran di Sabah ketika itu dan telah singgah di restoran tersebut untuk makan tengahari bersama dua orang rakan dan kru produksi. Seorang pelayan wanita datang ambil order kami dan kali kedua dia ke meja kami dan beritahu pemilik restoran mahu belanja kami makan. Kami senyum dan cakap “okay”.

Kali ketiga, dia beritahu pemilik kedai telefon dan mahu bergambar dengan saya. Saya beritahu kepada dia kami mahu makan dahulu dan minta tunggu sebentar. Seingat saya, tidak keluar langsung ayat ‘please respek, saya tak selesa’ seperti yang didakwa oleh pemilik restoran berkenaan di Facebooknya.

Pada awalnya Zul enggan memikirkan hal berkenaan tetapi keadaan menjadi lebih tegang apabila beliau terus dikecam. Zul mula tertanya apakah motif sebenar pengusaha restoran berkenaan menipu orang ramai.

Mula-mula saya anggap ini perkara kecil sebab itu saya tidak memberikan sebarang kenyataan, tetapi makin dibiarkan makin melampau. Agaknya dia sedang berseronok dengan tuduhan palsu yang dia buat.

Semasa kejadian pemilik restoran tidak ada pun di situ. Saya ada saksi bersama saya, kalau saya ambil tindakan terhadap dia rasanya teruk dia nanti. Dia menipu dan menulis status berbaur provokasi? Apa motif dia? Adakah untuk mendapatkan publisiti murahan ataupun tujuan viral?

Menurut Zul, beliau ke Sabah untuk penggambaran Tombiruo dan filem tersebut adalah berkenaan penduduk di negeri tersebut serta tuduhan Olenz Aziz itu adalah sesuatu yang sangat serius dan melampaui batas.

Jadi, logik atau tidak saya tidak hormat orang Sabah? Sedangkan saya perlu bekerjasama dan mendalami cara hidup mereka di sana.

Tindakan dia menjejaskan nama baik dan prestasi saya. Kalau dia mahu popular, saya boleh buat dia popular. Komen dia  berbaur hasutan dan saya tidak boleh terima.

Kadang-kadang kita tidak sedar ada kelakuan kita mengguris hati orang lain. Apa yang sebenarnya terjadi hanya Zul dan Olenz sahaja yang tahu.

Sumber Berita : Astro Gempak

45 responses to Dikatakan Sombong Dan Tidak Mahu Bergambar : Zul Ariffin Dakwa Pengusaha Restoran Menipu

  1. Aku says:

    Sembang ar lu Zul.

    18

    0
    • Anonymous says:

      poyo nympah…baik undi sharnaaz.

      10

      5
      • amoi says:

        Zul, dulu aku minat ko sbb lakonan ko mmg superb…tp dpt tahu perangai ko mcm sampah, so, sila pegi mampos! bkn 1 2 kali dgr perangai ko berlagak gini…dah byk kali..sendiri mau ingat lah kalau ko nak lama dlm industri ni..

        22

        0
  2. Anonymous says:

    Tp pelik.. kalaupn owner tu xad. Bkn staff lain pn nk bergmbr ke? Tp xad stu pn gmbr. Lg stu ak rs zul ni mcm poyo. Patut ko dtg rumah org..siap org tu belanja..ap salahnya kalu bergmbar trus time org tu mintak. Or at least ingtkn la balik staf tu lps mkn “encik td kta nk bergmbr, kita sudh abis mkn..jom mari kt bergmbr”. ???? Hard to believe kot ko zul..tolg la jgn budget diva sgt.

    86

    0
    • bkn nak kata laa…Mmg zul arippin ni sombong & belagak…Better lg Shah Jaszle…Dia penah shooting kat tmpat keje aku…Aku nampak dia lalu depan aku masa tu…Aku tegur dia nak mintak bergambar dgn dia…Dgn polite dia jawab “sorry sgt lg sejam sy turun bwh balik nnt kita ambik gambar” Lps beberapa2 jam tu…mmg dia turun bawah siap ketok pintu ofis aku lg tanya “sapa yg nak tgkap pic td…jom sy dah free” Even dia byk gossip tp sgt2 humble & tak sombong dgn peminat…Salute sgt dgn Shah Jaszle…Kepada zul arippin…Jgn jd diva sgt….sbb awk pun xdela femes mana pun…

      9

      0
  3. Norin Hani says:

    Pengalaman sy 2 kali jumpa zul ariffin.. sy bknlah peminat tegar dia cuma bg sy dia langsung x sombong. First jumpa dia kt tv3 bandar sri utama tu time nmpk dia terus ajk dia bergambar, dia tgh laju je berjalan tp dia berhenti dan senyum pd kitorg then layankan je kitorg nk ambik gmbr. Pastu dia jalan laju2 blik pastu sy x puas hati gmbr x cantik then sy pggil dia lg sekali, dia berhenti tgh berjalan laju.. dia layankan lg kitorg.. siap selfie ngan kitorg. Xde plak sombong berlagak spt didakwa walhal dia tgh nk cpt sbb nmpk dia jalan tergesa2.. lg skali jumpa dia mase dia datang karnival aritu. Dia layan peminat dia baik sgt2..

    3

    39
    • Kak marr says:

      Ko kre org yg btuahla dik dpt selfie ngñ julripin ni..si julripin ni lyn awek2,ank2 dara yg ade rupa je,kalo staf kt kdai mkn,mkcik2 biase die xlyn sb not his taste..xbekenan aku dgn die nih,kalo blakon ckp pn dgr xdgr je,yg ske die pn bdk2 bru up je..kalo bkak tv de drama die blakon aku trs ttp atau tkr chanel,xbminat lgsg nk tgk..maapla ye julripin tp tula hakikatnye

      17

      0
    • EIJAN says:

      ko ni macai zul yg suka mengada2 kan cerita,series sampahnya cerita rekaan ko ni…

      6

      0
    • Noni says:

      tu mmg tmpt yg dia mesti layan peminat..terpaksa la layan.

      11

      0
    • ayoi says:

      laaa…sure laa die gmbr dgn ko dh tntu jmpe kat TV3….ntah2 time tu tgh ade event…kroh kroh kroh…nk mampus die kerek kat situ??wartawan rmai siot…sure nti x psl2 kuar melodi…kah kah kah….nk puji pn agak2 laaa cik kak oii…cb ko jmpe die dkt shopping mall ke kat kdai mkn ke rs2 die layan x ko??

      2

      0
  4. Didie says:

    Pernah nmpk die dkt kl sentral..
    Ramai yg bergambar dgn die masa tu..
    Tengok elok je lyan org yg ajk die bergambar..
    Mungkin die ad sebab x bergambar masa dkt restoran tu..
    Die pun manusia biasa..

    14

    2
    • Anonymous says:

      Haah. Mybe dia sgt letih dan lapar. Sp tau. Klu aku..lapar dan letih pun. Mmg boleh jd singa. Dia pun manusia.

      17

      1
  5. Masmona says:

    Dan kesimpulannye…zul ni berlagak ramah kat tmpt yg dia rasa ad wartawan …cntoh mcm sri pntas tv3…atau karnival…nak tgok sikap poyo dia sbenar ko mintak brgmbr kat tmpt yg xde wartawan…rasa nak bg penampor jek muka jantan ni..

    40

    0
  6. juripin says:

    Eh tapi bukan dulu pun pernah ada kan kes dia yang macam ni, yang sombong minta respek katanya jaga “privasi ibu” beliau time tu kalau tak silap. Hai Zul.. fool your fan once, shame on you, fool them twice… shame on you la jugak lagik.

    16

    1
  7. manusiahalimunan says:

    penipu zul nii..jgn caya..kami semua dah kena..sembang lebih..

    15

    0
  8. Juju says:

    Dah di belanja makan…nak bergambar pon tak boleh…boleh blah lah zul.
    Boleh tak peminat2 jangan hadap bergambar dengan artis????

    15

    0
  9. Anonymous says:

    Orang sabah ni sangat lurus, sngat ikhlas dan sngat pemurah….. jadi tolong lah datang Sabah be more friendly yaa…

    24

    0
  10. Mimmo says:

    Who on earth wud believe in u zulpin..?
    Kalo owner xde..cmne staff tue bole ckp yg owner nk blnja ko mkn..??owner dia turunkn wahyu ke kt staff dia bgtau..??

    Citer ko sombong ngn peminat nie bknnya sekali dua timbul..da byk kali..aq tggu je nk tgk filem ko nie bakal box office ke x..dok wt taek je mnjg ngn peminat..ko ingt dorg hadap nk perabihkn duit utk ko pnye filem..?dream on laa

    15

    0
    • memememiiiraaaa says:

      kecewa betol aku…kenape lah die yg jd hero tombiruo ni..aku plak peminat novel ni..so mst la excited nk tgk novel ni difilemkan..bile tgk peranga
      i hero stress plak kite.

      6

      1
  11. Luna gojes says:

    Kak ipar aku pnah jmpe die ni n mintak begambar..tp die buat x tau n teros blah..die mmg sombong pun

    17

    0
  12. jamilah says:

    rakyat malaysia
    bleh tak jgn hadap sgt dgn artis
    buat bodo je pls,
    aku jump yusry ngan lisa tu
    mcm poyo je lisa tu cover2 muka igt aku nak sgt ambik gamba dgn dia
    aku buat bodo je uols…lalu sama jalan jelah
    malas la nak memuja retis ni..tak dapat apa pung

    51

    0
    • Cik tata titi tutu says:

      Lisa mmg sombong beb. Tahap dewa. Mak dia ijau la. Eh… tp mak lisa ok.

      9

      1
    • greenfingers says:

      Kan.. tlgla jgn kemaruk sgt nk bergambar dgn artis. Aritu masa aku kerja bhg advertisement, mmg mcm2 peel artis ada. A few artis mcm Erra fazira, erma fatima, aaron aziz, diorg ni professional n xsombong. Maleh nk cerita artis yg sombong. Tp nk cite ada satu ari tu kat studio recording, aku nampak samsul yusof tgh duk sorang2 kat sofa. Aku buat dek je mcm xda perasaan apa2, lgpun aku duk igt dia ni mamat poyo. Tp last2 dia senyum hormat kat aku, bgus syamsul ni.

      18

      0
    • Anonymous says:

      Dia tak tau ko pon retis dlm dunia ko kan? Mcm ko hadap nk bgambar dgn dia kan?

      0

      0
    • angel says:

      betul..ramai bgtau lisa sombong.. dan adik sendiri pernah tgk dia menyombong… zizan pon sama..dia jalan sebelah aku duk kaver2 muka…takut aku nak mtk amik gambo lettew.. eh sorry xhadap…dgn abg nuar zain aku hadap la..hahhaa

      3

      0
  13. peminat blogger BNara says:

    ermm mcm2 hal .. ajak selfie aje kut, x perlu la nak bermoody.. kene sedar awak tu hampir semua orang kenal, bukan x kenal… x seronok laa ade artis mcm ini

    5

    0
  14. sentap says:

    klo menteri2 yg ajak bergmbr mesti mau kan…biasa la artis kuat propa…

    2

    0
  15. anti si poyo says:

    peeegi da jul aripin….mamat poyo…bru tuhan nk bg rezeki sikit dh eksen…peeegi daaa

    6

    0
  16. Anonymous says:

    pelakon memang macam tu….tapi memang die ni sombong…macam hebat sangat..contohi la siti nurhaliza….

    5

    0
  17. natalie says:

    Tetap tk paham. kalau Zul taknak amek gmbr skalipun tak payah lah owner restaurant tu viral kan status. mcm tgh frust je tk dpt amek gmbr. lepasnie mesti ramai yg singgah restaurant tu.

    Agi 1, kalau da kasi dia mkn FOC, makna tu da ikhlas. status yg dia tulis, “takpe saya halalkan” mcm tk masuk akal. Jadi sebab dia tanak amek gmbr, trus niat baik dari ikhlas kasi dia mkn FOC, trus jadi tk ikhlas ke? bukan nye Zul tanak byr pun.

    Bukan peminat Zul pun… tapi rasanya kalau artis tanak bergambar, terima je la. tak payah nk sedih frust lepaskan geram viral kat social media jatuhkan maruah artis tu. tk baik.

    kita fikir positive je. kalau semua kakitangan restaurant tu nk bergambar sorang demi sorang, bler masa nye Zul tu nk mkn , nk rehat. ingat tk letih ke shooting. mana tau semalaman shooting ke. tk cukup tidur ke. kita pun tk tau. mungkin kata2 Zul nmpk mcm kasar dan sombong, da tu personality dia kalau btlla dia ckp gitu, kita tutup je sebelah telinga.

    tk paham ngan org yg suka besarkan perkara yg kecik dekat social media. based on 1 incident je, krg da judge dia kutuk dia. kdg2 waiter and owner restaurant pun sombong jgk bler berbual dengan customer. kalau da penat lapar smua, kita tkde control over apa kita buat kdg2. kita tutup aib org, Allah akan tutup aib kita. malah rezeki pun Allah akan kasi.

    1

    20
  18. paco says:

    xpyhla nk gmbr2 sgt..artis xkemana..tax pn xnk byr..pkai kereta rumah besar2

    4

    0
  19. anoy says:

    ada yang kaya beb tahap millionaire.. tak sombong pun

    7

    0
  20. DIVAkau says:

    sudahlah zul dah dua kali kot aku jumpa kau kat airport
    sombong nak mampuih…dari zaman abby abadi lg org tau kau poyo rasa DIVA
    jangan dongak ke atas sgt wei….

    10

    0
  21. kona says:

    memang Zul x ngaku lah. Jatuh reputasi nanti. Masa dia berlakon kat Kedah ni pun, kami nak bergambar dengan dia HARAM..Dah la Zul Ripin byk je alasan ko kan. Aku dari minat terus tak hinggin tgk drama ko. Puiii

    6

    0
  22. miss ina says:

    berbeza sungguh dgn nazim othman..pernah terserempak dgn beliau tgh makan di the curve.. pdhal ms tu mmg dia mmg tgh makan (tgh nk suap ke mulut).. kami bg salam , ckp nak bergambar boleh ke..
    nazim senyum je (dlm hati kurang pasti la..hehe).. beliau ckp “alaaa..org tgh makan la…takpe2, meh2 sini” sambil mintak baby sy utk dia dokong..

    **sy bukan peminat tegar nazim othman, tp da alang2 jmpe retis kan, amek r gamba, tp disebabkan kebaikan dia, sy sgt respect dia..

    7

    2
  23. Anonymous says:

    mcm penyanyi black jugak lah nih..berlagak bile orang nk bergambar..

    3

    0
  24. anoy says:

    ni sama dengan penyanyi black juga la ni. berlagak tak ingat bila ajak bergambar.

    3

    2
  25. Anonymous says:

    Senarai artis yang sombong (setakat yang saya jumpa):
    – Zul Ariffin
    – Ropie Cecupak
    – Faye Kusairi
    – Nora Danish

    (Tambah sendiri kalau ada lagi)

    4

    0
  26. Anonymous says:

    Antara artis yang sombong yang pernah saya jumpa:
    – Zul Ariffin
    – Ropie Cecupak
    – Faye Kusairi

    (Kalau ada lagi, reply di bawah. Mari kita boikot mereka yang sombong tak hengat ni)

    1

    0
  27. anon says:

    Mmg mamat ni sombong. Dulu pun kan ada peminat kata benda yg sama. Sape lah ko zul tanpa peminat. Belum popular mcm aaron aziz lagi, dah menyombong. Artis2 hollywood pun tak sombong mcm ni. Perasan bagus, menyampah…

    2

    0
  28. Anonymous says:

    Nk boikot kononnn..esok filem timbuoijro ni kuar..korang jgk yg berasak2 gi nengok..

    0

    0
  29. akk combi says:

    padan muka korang… jelat sangat.. hadap sangat nak bergambau nagn retis malaysia ni… dia manusia biasa jer pun… klau dia xmo bergambau pun hak dia… da org nak banjer makan dia terima jer la.. x terima kang korang kutuk gak…kalau emo ke memang biasa la.. korang pun kadang mood ke laut gak kan walaupun xde kena mengena ngan orang lain. tah2 kalau korang emo lagi teruk.. cam yg korang komen kat sini. kalau da orang kata x nak tu x yah la nak paksa… nak kutuk2 viral bagai… rezeki dia dari ALLAH bukan korang yg kasi…

    *sori aku bukan peminat ZA.. aku hanya manusia biasa yg kadang pun emo gak.

    1

    0
  30. Tak kuasa says:

    Kate pelepasan cukai utk penampilan diri. Bgi la selfie

    1

    0
  31. nURUL says:

    Sudahla abang oisaya ngan kawan pun prnah kena camni.
    Cakap, adik nak apa? Bz nie! Pdahal main FB kan phone~~

    Nasib kena cabar2 ngan kawan..melepas RM50..HAMPEH

    0

    0
  32. Oang Singapor says:

    Hairan dengan sesetengah orang yang sibuk nak bergambar dgn artis. What’s the point I wonder?? In Hollywood orang setakat minat karya atau lakonan artis kesukaan mereka tapi tak akan nak menggangu privacy artis tersebut lebih-lebih lagi ditempat awam, cuma papparazi aje yg maukan gambar mereka sebab nak jadikan modal untuk menjual pada media cetak demi mencari rezeki mereka. Artis pun orang biasa yg mahukan privacy mereka masing-masing jadi ikuti saja karya mereka sebagai peminat and leave them alone especially in public places when they’re having their “own” time. Just a thought for uuools!

    1

    0