Dihalau Turun Pentas Kerana Bertudung, Marinaatasha Buat Laporan Polis

Hiburan

Dihalau Turun Pentas Kerana Bertudung, Marinaatasha Buat Laporan Polis

Isu yang sangat menarik untuk diketengahkan walaupun penyanyi yang terlibat di dalam kontroversi ini tidak dikenali ramai. Abang Nara memang sedih apabila membaca apa yang terjadi terhadap Marinaatasha. Penyanyi bertudung ini dihalau turun pentas semata-mata kerana penampilannya yang bertudung. Agak pelik kerana perkara ini berlaku di Malaysia yang terkenal dengan kemajmukan masyarakat dan konsep 1Malaysia.

marinaatashaInsiden ini berlaku di majlis makan malam sebuah syarikat hartanah Ahad lalu. Di hadapan 100 orang tetamu, Marinaatasha diarahkan turun dari pentas oleh seorang pegawai kanan syarikat tersebut. Tindakan tidak masuk akal ini bagi Abang Nara memang menjatuhkan maruah Marinaatasha selain ia berbaur rasis dan diskriminasi terhadap wanita bertudung. Kata Marinaatasha kepada Mstar Online:-

Advertisement

Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon dan terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan turun apabila diminta berbuat demikian. Bayangkan perasaan saya diperlakukan begitu hanya kerana pihak penganjur tidak suka penyanyi bertudung membuat persembahan pada acara itu.

Jika benar mereka tidak menyukai saya bertudung mengapa tidak bangkitkan isu berkenaan semasa sesi latihan? Hanya semasa pada majlis berlangsung, seorang pegawai kanan syarikat berkenaan memberitahu imej saya tidak bersesuaian dengan majlis tersebut sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.

Saya tidak faham mengapa tidak dibenarkan membuat persembahan kerana imej saya bertudung sedangkan pengerusi syarikat itu yang turut hadir adalah orang Melayu. Malah beliau mahu saya membuat persembahan tetapi dihalang pihak pengurusan syarikat berkenaan

marinaatasha

Laporan polis telah pun dilakukan oleh Marinaatasha di Balai Polis Kepong pada 19 Januari lalu. Tak sangka pada era penuh maju masih ada pihak yang bersikap sebegini. Diharap perkara ini dapat diketengahkan dan mendapat perhatian daripada pihak sewajarnya. Shila Amzah dan Yuna pun bertudung juga tetapi tak pernah pun dihalau di negara orang. Agak memalukan insiden ini berlaku di Malaysia, sebuah negara Islam.

P.S: Kanak-kanak perempuan 2 tahun mati ditemui di Terengganu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...