Written by Bella | April 14th, 2015

Gosip mengenai pelawak kasanova yang meminta wanita untuk memberikan foto lucah mereka telah mencetuskan pelbagai spekulasi. Ada yang mendakwa pelawak tersebut adalah Tauke hanya kerana beliau mempunyai sejarah dengan beberapa wanita.

Meskipun sudah berkali-kali beliau menafikan dakwaan tersebut, Tauke  nampaknya sudah tidak mampu untuk bersabar apabila beberapa blog tetap mengaitkan namanya dengan isu berkenaan.

Bagi membersihkan nama beliau, Tauke telah mengambil langkah untuk membuat laporan polis dan ingin menyaman tiga penulis blog yang telah menyebarkan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya di Balai Polis Gombak, Kuala Lumpur pada malam Isnin yang lalu.

Saya terlalu marah sehingga saya membuat laporan polis ke atas tiga penulis blog yang menulis cerita yang tidak benar tentang saya sedangkan saya sudah jelaskan bahawa saya bukan individu yang dimaksudkan itu.

Setakat ini polis sedang buat siasatan dan petang Selasa saya akan berbincang dengan pihak Astro tentang tindakan daripada sudut perundangan yang boleh diambil terhadap mereka.

Gosip ini sedikit sebanyak boleh menjatuhkan imej beliau sebagai pelawak juga terhadap program SATE yang dikendalikan olehnya di ERA FM.

Selama ini saya berdiam sahaja jika mereka tulis cerita buruk tentang saya, tetapi kali ini terlalu melampau kerana ia turut menjejaskan stesen radio dan progam yang saya kendalikan di Era FM.

Saya buat demikian untuk membersihkan nama saya semula dan memberitahu bahawa saya tiada kaitan dengan kontroversi tersebut.

Pada pendapat kami adalah lebih baik untuk wanita yang telah mendedahkan cerita pelawak kasanova itu untuk tampil menjelaskan siapakah identiti pelawak  itu. Jika anda hanya berdiam diri maka pelbagai spekulasi akan berlaku sehingga menglibatkan nama pelawak lain yang tidak bersalah. Jujur sahaja kepada umum, lebih mudah begitu agar ia menjadi pengajaran buat yang lain.

Sumber Berita: mStar Online

12 responses to Difitnah Sebagai Pelawak Kasanova: Tauke Jambu Buat Laporan Polis Saman Penulis Blog

  1. mskim says:

    yg pmpuan tu pn knape la nk mnyusahkn org lain…ko bgtau je la dgn siapa ko msj…ini dah melibatkan bnyk pihak….mnjtuhkn maruah org yg xbersalah…..kalau xnk trus trg dr mule xpyah nk dedahkan msj tu…..

    0

    0
    • Hida says:

      perempuan tu melayan . apa kes.

      kalau baca msg dia. bukan bertepuk sebelah tgn.

      dia takut la kalau dia bagitahu sapa pelawak tu, sat g pelawak tu dedahkan segala msg yg lain, terus pompuan tu malu jugak.

      kan..

      0

      0
  2. Jerald says:

    I know this site gives quality dependent articles or reviews and extra data, is there any other web page which provides these stuff in quality?

    site (Jerald)

    0

    0
  3. zaza says:

    yg sbnrnya tauke nk publisiti.dpt liputan media. tu je.

    0

    0
  4. mojo says:

    reporter baru nak kumpul duit ngan berita nie.kalau tak napa tak siarkan terus terang.dah sah2 jumpa perempuan tu.

    0

    0
  5. aduiii... says:

    aduiiii..biar jela..xyah la kita berteka teki sangat..sapa dia..sapa dia…yg penting bukan kita n ahli keluarga kita….okkkkkkkkkkkkkkkkk

    0

    0
  6. Damn says:

    Eh Tauke..ko igt polis nk lyan ke bnda2 remeh cm ni,?pooorahhh..mreka lg ske bc gossip mcmni.aku yg wat rport org gne kad kredit aku pn dah 6 thun beb..pe yg aku dpt,bnyi cngkerik adalahh.polis tgh TDO tu,jgn lh kjutkn diorang.aku psan jgn lh bzir msa ko tu.klu x salah,nk tkut pe.

    0

    0
  7. akucakap says:

    betul cakap zaza, saja nak cari publisiti. eh kalau tak salah tak payah nak report ke polis. bukan dapat apa pun. muehehe

    0

    0
  8. Pembaca says:

    ‘menglibatkan’?

    0

    0
  9. anon says:

    Kenapa duk menuduh pelawak yg belum kawin je, entah2 pelawak gatal miang yg ade bini empat tu, dj jugak. Sape tau kan…

    0

    0
  10. anonym says:

    eeeeeeeeuuuuuuuuuwwwwwwwwww

    0

    0