Didie Alias Sebak Baca Luahan Anak Sulungnya Nur Dhaniyah

Hiburan

Didie Alias Sebak Baca Luahan  Anak Sulungnya Nur Dhaniyah

Beberapa hari lepas berlangsungnya majlis perkahwinan puteri sulung kepada aktres Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah.  Sebagai seorang ibu yang membesarkan anak-anak dalam keadaan susah satu hari dulu selepas bercerai nyata bukan satu perkara yang mudah untuk melepaskan anak itu pergi.

Advertisement

Malah, Dhaniyah juga ada meluahkan perasaan beliau kepada Didie menerusi akaun Instagram yang cukup membuat air mata sesiapa sahaja menitis.

This one for you mummy. To be honest kakak type caption ni sambil meleleh leleh air hingus air mata.  Sebak rasanya nk type ni..
Tulang belakang kakak dr umur kakak 0 tahun sampai lah 22 tahun. Kakak tak pernah jauh dari mamy, org selalu cakap kakak PA mamy sbb asyik berkepit pergi mana mana. Sampai adik adik pun cakap anak manja sbb tak pernah duduk asrama asyik dkt rumah je. Sekolah dkt dgn rmh, sampai lah dah college pun dekat dgn rmh tak boleh duduk jauh.

Kalau kakak demam, mamy jelah yg akan melayan kakak hantar pergi klinik. Haha demam sikit je pdhl (ni pun adik adik sakit hati je). Kalau shopping pun, “asyik kakak je dpt barang” kata suara org jealous dkt rumah. Punya lah malas nk pergi saloon, mamy jugak yg potong kan rambut. Sampai lah hari sebelum nk nikah, mamy pun cakap “aik nk kahwin dah pun asyik mi mi mi je”

Mamy dah berkerja keras nk besarkan kakak dgn adik adik sorang sorang sampai kita kena tidur dalam satu bilik 6 beranak. Tapi sikit pun kiteorg tak merungut. Sampai tahap skrg org selalu ingat mamy dah senang.. mamy senang pun, senang utk anak anak. 
Mamy tak pernah nk tanya kakak psl kerja sekolah ke, homework ke, belajar ke.. mamy tak pernah paksa. Tapi kakak buat semua tu tanpa paksaan sbb nk balas balik budi mamy sampai lah skrg baru kakak terasa pandai sikit. Boleh lah kakak bagi segulung diploma & sijil sijil kecemerlangan akademik.

Kakak mmg taknak orang lain yg jadi wedding planner kakak sbb kakak percaya mamy boleh buat sorg sorg. Dr dulu lagi mamy dah bergerak solo. Nasib baik ada aunty enot banyak tolong teman mamy sana sini utk make sure mamy tak buat keje sorg sorg smp demam satu hari terbaring je. Thank you mamy, thank you :’))))) Alhamdulillah.. Habis dah tanggungjawab mamy dkt kakak. Skrg kakak kena taat dkt iman pulak mcm mana kakak taat dkt mamy selama ni.

Thank you mamy, majlis nikah & sanding semua berjalan dgn lancar. Kakak happy sgt bila mamy happy. Kakak pun sedih bila mamy sedih. (Yg lain lain kakak sambung nnti, dah panjang sgt kalau nk type hihi)

Malam td baru terasa jauh sgt dgn mamy, kesian iman kena pujuk anak mamy ni. 
Nnti kakak hadiahkan mamy cucu eh? he he he

Membaca luahan anaknya itu, Didie juga memberitahu beliau merasa sebak serta timbul perasaan yang agak sayu dan sedikit janggal kerana ini kali pertama beliau berjauhan dengan anak perempuannya itu.

Tidak dinafikan berat hati saya untuk melepaskan anak sulung saya itu. Ini pun kakak (Dhaniyah) tidak berhenti menghantar mesej kepada saya, menitis juga air mata bila baca luahan dia kepada saya.

Kakak memang cukup rapat dengan saya kerana dia tidak pernah tinggal di asrama dan sebagainya. Jadi permulaan ini agak sukar buat kami. Tidak sangka pula dia menangis malam semalam kerana rindukan saya sejak masing-masing tidak tinggal serumah lagi.

Agak sukar untuk sesiapa pun melihat anak mereka yang kecil dahulu kini sudah meningkat dewasa dan melangkah ke alam perkahwinan. Apa yang bermain di fikiran mereka, apakah bakal suami mampu untuk menjaga anaknya sebaik beliau. Perasaan sebak dan sayu akan menyelubungi hati.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...