Written by Bella | June 18th, 2017

Gara-gara menerima laporan daripada orang ramai yang mendakwa Datuk Aliff Syukri melakukan penderaan terhadap kucing peliharaannya, Dodi, rumah Datuk Aliff Syukri telah diserbu oleh Jabatan Perhilitan dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Menurut jurucakap penguat kuasa veterinan, mereka mengambil masa kira-kira satu jam untuk melakukan pemeriksaan fizikal dan tempat peliharaan Dodi. Walaubagaimanapun, mereka mendapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucing beliau.

Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya. Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut.

Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya. Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik.

Dalam pada itu, Datuk Aliff meluahkan rasa terkilan dengan laporan palsu yang dibuat terhadap dirinya dan mengakui terkejut degan serbuan yang dilakukan. Namun, pada masa yang sama beliau merasa syukur kerana akhirnya beliau dibuktikan tidak bersalah atas segala dakwaan yang mengatakan beliau mendera Dodi.

Sumber Berita : Sinar Harian

11 responses to Didakwa Dera Dodi : Rumah Datuk Aliff Syukri Diserbu Jabatan Perhilitan

  1. Adudu says:

    Dodi tu liar. Tak jinak. Thats why kena kurung. Bukan didera pun.

    5

    3
    • Anonymous says:

      Kalau dah tau liar, kembalikan dia ke tempat yg asal. Org bela, kau pun sibuk nak bela tapi tak tau macam mana nak bela. Dodi tu makhluk Tuhan jugak, cuba kau kena kurung dalam jamban, happy tak? Ini bukan pasal didera tapi pasal keselesaan.

      13

      2
  2. Anonymous says:

    DALAM BULAN YG MULIA INI..TK SANGKA MASIH RAMAI MANUSIA YG BERSIFAT DENGKI MENUDUH TANPA BUKTI..

    3

    5
  3. Timah says:

    Manusia ni mmg x lari dari sifat dengki dan iri hati. Cubalah bersangka baik. Bukan kena duit pun.

    4

    2
  4. Dodi al fayed says:

    Takde keje btl lah org2 ni..tp kan..dia kan dah post video si dodi tu dlm media sosial.haruslah semua dah tgk trmasuk staff2 pejabat prlindungan haiwan tu.lps tu pusat haiwan plk acah2 kata ada org report.walhal tgk dari media sosial.ye takkk?aku masih brsgka baik trhadap oeminat.kikiki

    3

    1
  5. Anonymous says:

    Tenguk gaya DA tu. I think he is not the type who would dera binatang la. Cuma Dodi tu tak jinak. Kna kurung la.

    9

    0
  6. Anonymous says:

    Yang buat laporan ni 10 hari terakhir Ramadan ni kita banyakkan beribadah. Jangan buat cerita bukan bukan ya. Salam Kemaafan

    4

    0
  7. Nachos says:

    Kalau takut dgn kucing liar jgn la bela yg tu. Bela la kucing jinak. Kucing liar mmg nature dia mcm tu kan. Nak bebas. Ak kesian kat kucing tu.

    8

    0
  8. nyah says:

    padan muka dato nyah ketagih perhatian,so jijik perangai

    1

    2
  9. Jojoba says:

    Alas, money can’t fix stupid.

    1

    0
  10. anon 7 says:

    Aku rase dodi mmg tak didera secara fizikal tapi mesti mental die rasa didera..kesian die mesti stress kena kurung je walhal kucing hutan lagi la bersifat nak bebas kalau nak banding dengan kucing biase…DA ni kalau nak bela siapkan la satu bilik khas yg sesuai untuk kucing..ada tempat panjat suma..nak lagi best decorate cikit ala2 hutan…kata duit berjutaaaaaaaaaaaa…

    3

    0

Leave a Comment

Optional