Written by AbangNara | November 27th, 2014

Berita penceraian talak tiga yang dialami oleh Siti Saerah pada hari ulangtahun keempat perkahwinannya memang mengejutkan banyak pihak. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa adik kepada Datuk Siti Nurhaliza ini. Iyerlah, 4 tahun berkahwin dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata, pastinya Siti Saerah sendiri tidak menyangka perkahwinannya berakhir dengan pengakhiran yang begitu sedih sekali.

siti saerah

Apa pun Abang Nara gembira melihat bekas suami Siti Saerah yang turut sama bergilir-gilir menjaga anak mereka selepas penceraian. Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan suami isteri, tanggungjawab sebagai seorang ayah wajib dilaksanakan. Siti Saerah juga enggan menyalahkan sesiapa atas penceraiannya ini. Kata Saerah:-

Bagi saya penceraian yang berlaku tidak pun berpunca dari masalah yang besar cuma ini adalah ketentuan dari Tuhan. Setiap orang tidak mahu perkara sebegini terjadi, tetapi apabila sudah terjadi saya hanya pikir positif sahaja. Dari segi masalah, masing-masing mempunyai kesilapan dan kekurangan namun saya tidak mahu menuding jari serta menyalahkan sesiapa. Kerana saya tidak mahu perkara ini menjadi isu

siti saerah

Semoga Siti Saerah tabah menghadapi ujian ini. Teruskan bersikap positif. Yang penting kena tabah demi anak-anak. Insya Allah akan ada sinar yang lebih terang di masa hadapan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Media Hiburan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Diceraikan Talak Tiga, Siti Saerah Enggan Tuding Jari Salahkan Sesiapa

  1. […] Apa pun Abang Nara gembira melihat bekas suami Siti Saerah yang turut sama bergilir-gilir menjaga anak mereka selepas penceraian. Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan suami isteri, tanggungjawab sebagai seorang ayah wajib dilaksanakan. Siti Saerah juga enggan …read more […]

    0

    0
    • Anonymous says:

      elok becerai dari bela biawak hidup.. bagus saerah, bkn ko xleh tampung hidup sendiri, mmg dari dulu ko yg bekerja nampaknye..

      0

      0
      • minah jambu idop umno ! merah biru says:

        kebanyakan Nye jantan2 mlysia ni malas nk bekeja harap biniiiii aje yg cari hasil untok makan minom …laki kt rumah besar kan bodekkkkkkk aje ! buat anak pandai pulak kasi makan anak bini tk tau ! bagos saerah laki u ceraikn u ngan talak tiga jadi u tk payah la nk tengok muka dia yg macm ikan tongkol tu ok….u jaga anak u keja berdikari sendiri ..tunjokan ngan semua orang yg tkde laki pon u boleh idop n makan ! kalau ada laki lagiiiiiii menyusah kan !! lov u saerahhhhhhh !

        0

        0
        • Tak Tipu says:

          sorry, saerah tak cantik. gedembol jempol.. boleh tak korang cakap yg benar. laki mana yg nk stim?

          0

          0
      • pretty says:

        aku kenal suami and family mereka..plus i know the truth story..mulut tu jgn mcm puaka sgt taw??? org yg biase bunyi pampampum sana sini ni sbb nk cover salah die jer..klu xtahu cerita sbnar dipersilakan tido.. :)

        0

        0
        • Cerai ni benda halal yang paling dibenci tuhan..tapi kalau dah takde jodoh nak buat mcmane kan..

          0

          0
        • watever lah ... says:

          Mmglah tak nak bukak criter .. nanti jd berbalas2 serangan roket , bom atom , nuklear smua kluar. Takut rahsia kluarga TokTi smua kluar. Bukan baik tapi survival. Klu lelaki yg salah 100 % mmg teruk kena dngn fmly saerah. Habis smua citer buruk llaki tu kluar. Ini namanya Terpaksa Diam sbb nak selamatkn Rahsia Lbh Besar tak terkeluar. Bak kata Tok Ti … BIARLAH RAHSIA. DEAR PRETTY SILA BG HINT. Saerah tak yah salahkn takdir. Salah kecik tp kena smpi 3. Maknanya nak kata ex laki mmg jantan tak gunalah. Wei org lain bkn tak tau criter u. Plzlah.

          0

          0
  2. nok gebuzzz says:

    benda dah berlaku x boleh nak buat ape lagi…tak de jodoh nak buat mcm mana,.jaga anak2 tu sebaik mungkin kerana ianya amanah dari Allah,Inn sya allah..Allah akan tolong kita

    0

    0
  3. Aida says:

    Inilah yang dikatakan Akal Fikiran di kuasai oleh Syaitan…bila timbul Masaalah kecil…tindakan sang suami Ibarat dah tak ingat lagi Keujudan Allah dan Undang Undang Islam..dan Talak itu sendiri..Mentang mentang kuasa Talak di Tangan Sang Suami…Islam tu adalah Agama yang Indah dan teratur..jatuhlah Talak satu satu..kena ingat awak tu ada Zuriat Pengikat Kasih Sayang…jgn lah zalim sangat pada Sang Isteri..

    0

    0
    • Mummy77 says:

      Betul sokong 100% tentang isu ini kerana bagaimana jika ditakdirkan si suami ingin kembali… dan ketika itu bekas isteri belum berkahwin, bagaimana??
      Siapa yang ingin jadi cina buta? Bagaimana jika ia berkahwin tetapi bahagia bersama teman baru yang menjaga dan memberikan kasih sayang lebih dari diri sendiri…?? fikir2lah wahai sang suami… allah maha kaya.. dia maha mengatur dan maha mengetahui… wallahhualam..

      0

      0
  4. tecit says:

    Bagus siti saerah. Mengaku kesalahan sendiri. Setiap perceraian yg berlaku xkan atas sebab sorang saje. Mesti dua2 ade buat silap. Bukan macam si Rittohhh tu! Balik2 nak menyalahkan aidil. Macam die xpenah buat silap! Macam die tu ummat paling malanggg dalam dunia. Ummat paling muliaaaaa dalam duniaa.. puihhhhhh

    0

    0
    • dia says:

      mmg dah tertulis jodoh diorang setakat tuu jew….
      tak baik nak banding2 kan kes nee ngan kes satu lg
      setiap org kes dia tak sama, kita tak tau untung nasib kita camne lak.
      cuba lee doakan yg baik2 tuk mereka2 nee & doakan juga agar kita & ahli keluarga kita tidak di berikan ujian seperti ini…. dosa mengata org tuu ALLAH tak ampunkan, melainkan tuan badan tuu sendiri yg mengampunkan… berat tuu.
      **saya bkn setazah yaa

      0

      0
  5. nurin says:

    nampak kematangan dalam diri Saerah
    semoga kebahagiaan akan menyusuli hidup mu
    tabah lah dengan setiap dugaan yang ditakdirkan

    0

    0
  6. suka suki says:

    suka lah tgk ex husband dia..kendo’

    0

    0
  7. nad says:

    emm comel ank2 dia especially umairah..bijak budak tu..even da cerai harap si bapak x abai tanggungjawab pada ank2..saerah tabah la..da trtulis takdir awk cmni..tabah la..pasti ada hikmah :)

    0

    0
  8. sabojelah says:

    suami dia ni rasanya jenis laki yg extremist
    alang2 kawin biar setiap tahun bini aku beranak
    alang2 bercerai biar talak 3 terus

    0

    0
  9. aihh says:

    kalau tak serasi dalam perkahwinan,, rasanya talak 1 atau 2 sudah memadai… talak 3 terlalu ekstrem kerana anda mempunyai anak… jika anda ingin kembali mcm mana?..

    jgn main2 dengan perkataan talak ni… perkataan itu sahaja boleh menimbulkan gerun…

    0

    0
  10. Melati says:

    Jantan tk guna…masa Kakak dia Femes ko sanjung..walaupun Siti Saerah ni cam getah pemadam….ni kakak dia nk pupus ko Talak 3 kat dia….tapi saya paham..selama 4 tahun ko tidor disebelah tikus mondok…sebab kakak dia femes ..jadi jantan ni pun tumpang lah..bila Siti dh nk pupus mungkin selama 4 tahun ko tahan untuk muntah akhir nya termuntah gak…Motif ..memang tk padan Jantan ni gan Siti Saerah…ibarat David Bechkam kawin gan Tikus mondok…

    0

    0
    • mummy77 says:

      astafirullahhhaallazimmm apa nak jadi dgn awk ini melatik… ko mempersendakan kuasa allah.. cantik sangatkah dikau??? sempurna sangatkah dikau??? atau mungkin kau lebih hina dari yang disangka??? bertaubatlah dan janganlah menghina orang lain sedangkan diri sendiri lebih hina dari itu… atau mungkin kau tak senang melihat kebahagiaan orang lain kerana kau sendiri tidak bahagia… insaflah…

      0

      0
    • xde insurans mulut says:

      Kurang ajar sgt la mulot nko ni melati.meh cni nko face to face dpn public aku nk tgk camana muka nko,body nko,budi pekerti nko..sesedap molot umpamakan org spt tikus mondok la hape la..tup2 bila tgk diri nko yg sebenar…yangggg hadoooo!!!

      #cakap mcm good2 jer.cermin diri dulu la woii…tak layak nko nama bunga melati.bunga tu trlalu suci utk org mulot jamban cam nko.sila tukar nickname k.

      0

      0
    • melati xsedar diri says:

      ko ni napa?hina owg..dgn dato ct skali ko heret..ko ni mst jnis mnusia yg xcya pda takdir..owg cm ko ni aku rsa klu Allah uji sket ja mau ko trjun bangunan an..otak ko mst kat kpla ltut..sebelum hina owg cermin diri dulu

      0

      0
    • Anonymous says:

      maafkan la melati, dia belum dprt sodomi dari bopren gay dia ni.. tu yg meroyan mcm ni…

      0

      0
    • kau ni knp says:

      kau ni buta ya kata ex husband saerah tu handsome…. ?????????????? setakat tu aje ke test handsome kau melati???????

      0

      0
  11. petom says:

    jangan salahkan takdir di atas kesalahan sendiri…yg buruk tu awak…yang indah itu allah…tlg teliti setiap kata2 anda especially bila nak bercakap as public figure.

    0

    0
  12. Vee says:

    Suka komen dan nasihat kali ni. Xde nak salah nak maki .
    Semoga kite semakin matang. Yg suka komen merapu tu elok jgn komen.

    0

    0
  13. nina says:

    suka tgk cara saerah jawab pertanyaan wartawan.menjawab dgn tidak mengaibkan sesiapa even exhusband yg dah ceraikan die smpi talak 3 dan mengaku mungkin ada salah die sendiri.
    semoga allah jaga anda dan keluarga

    0

    0
    • mummy77 says:

      orang yang matang tidak akan mengaibkan sesiapa dalam kehidupan lalu.. biar sesuatu yang terjadi itu antara dia dan allah… kehidupan lalu biarpun pahit atau manis, ia adalah rahsia dalam kehidupan berumahtangga.. bukan untuk dijaja.. menjaga maruah dan malu adalah tanda orang yang Berjaya… insyallahh semua itu adalah dugaan pada setiap manusia…

      0

      0
      • mummy80 says:

        korang percaya tak kepada syaitan n iblis…korang percaya tak dgn dajjal?
        c melati ni lah salah sorang konco2nya…sengaja post yg bukan2 semata2 nak tengok korang marah pastu komen

        abaikan je dia ni..

        0

        0
  14. hj amir says:

    dear saerah,

    haji dah lama menduda, sejak mak aji pergi….

    0

    0
    • Anonymous says:

      jadi?? bila tuan hj pula nak pergi??

      0

      0
    • atok ... nenek gi mana? says:

      Tuan aji …. ari tu yuna skrang saerah lak ? Tak hadap dorang nak kat tuan haji … pegilah cari pompuan yg bersesuaian dngn tahap pak aji … adodoiiiiiii ….. nanti ada artis single pun dia nak gak lg … TUAN HAJI PEGI CARI AUNTY AMALINA BARULAH SESUAIIIII …BW BALIK AMALINA KE PANGKAL JALAN … ASYIK KLUARKN KENYATAAN SESAT DIA LG MENYESATKN ….. BW DIA PEGI TUNAIKAN HAJI …. Ini nak yg muda2 jer …..

      0

      0
  15. uis says:

    xkn smp talak 3 . ini satu pnhinaan bagi seorang wanita ..

    0

    0
    • hn says:

      lelaki tu sebenarnya menghina dirinya sendiri bila dia kasi 3 terus.. itu menunjukkan kematangan lelaki tu tahap mana…xde sbb wanita perlu malu…

      0

      0
  16. Anon says:

    e’eh muka ex hsbn Saerah ni mcm muka Farhan ex si Abby la..pangai pun serupa mcm budak2, nak talak trus 3, tak pkir pnjang..apatah lg dh ada anak..hukum talak dibuat smpai 3 kali tu bersebab, bukan utk diguna sekali gus mcm ni.

    0

    0
  17. melati says:

    Apa plak saya hina ..memang kenyatan…lah Bodo..Siti ni sebelom dia kawin pun dia perasan cantik…itu jer…

    0

    0
    • Anonymous says:

      doakan yg baik2 shj untuk dia. semoga tabah dan berjumpa dgn yg lebih baik lagi .insyallah……

      0

      0
  18. Slash says:

    Memang lar setiap kali cerai dlm dunia rtis nie..bnyk salah kat pihak laki. TAPI kalau dah cerai sampai talak tiga..takkan semua nak ckp laki tue bodoh sngat sampai mcm tue. Ada sebab kenapa dlm undang-undang Islam ada cerai talak 3. Takkan kita sebagai PEMERHATI nak cakap yg setiap lelaki yg jatuhkan talak 3 tue bodoh?? Dont judge when we are only outsiders :)

    0

    0
    • serene says:

      Mmg betol……you never know what goes on behind closed doors. Takleh nak masuk belah sape2 pun. Kita cume org luar.

      0

      0
  19. anon says:

    Muka anak perempuan dia bulat mcm muka dia…..cutelah jugak..

    0

    0
  20. sayang fyda says:

    Saya doakan yg baik2 sahaja Saerah…
    semoga bertemu jodoh yg lagi baik dan dapat membimbing ke jalan Allah..
    In shaa Allah..

    0

    0