Dah macam satu ikutan ataupun trend apabila setiap anak pasangan selebriti yang baru berkahwin, pasti mereka akan membuka satu akaun Instagram buat anak mereka. Antara yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai adalah Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana.
Terbaru, aktres Diana Danielle telah membuka akaun Instagram buat anaknya Nur Aurora yang lahir pada 19 November lepas.
Baru sahaja dibuka dan ada beberapa foto yang sudah dimuat naik, Nur Aurora kini mempunya lebih daripada 8,000 pengikut dan angka itu semakin meningkat.
Sebenarnya tidak salah untuk membuat akaun dimana selebriti boleh berkongsi foto anak mereka dengan peminat tetapi janganlah nanti timbul gosip atau kurang senang apabila ada pihak yang terlalu obses dengan anak mereka. Apa pula pendapat anda?