Semalam satu Malaysia dikejutkan dengan gambar seksi Diana Danielle yang hanya mengenakan bra sambil menutup badannya dengan bendera Amerika Syarikat untuk majalah Esquire. Ramai yang terbeliak mata melihat lebih-lebih lagi para jejaka. Yang wanita pula ada yang mencemburui kemulusan dan keputihan kulit Diana Danielle. Namun yang pasti, gambar-gambarnya itu telah menyebabkan ramai yang kecewa kerana status Diana selaku seorang ibu dan isteri.
Dicari untuk mengulas tentang isu ini, Diana Danielle mengambil langkah mengunci mulut dan tidak menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya. Tiada sebarang respons yang diberikan. Usaha untuk mendapatkan maklumbalas daripada Fadzil Zahari yang merupakan pengurus Diana Danielle juga berakhir dengan kehampaan. Begitu juga dengan suaminya, Farid Kamil. Namun Diana Danielle sempat memuatnaik satu gambar di akaun Instagram yang berkemungkinan besar adalah jawapan kepada segala kritikan yang diterimanya.
Apabila dialihbahasa, kata-kata di atas membawa maksud ‘Kebebasan adalah menjadi diri sendiri tanpa keizinan sesiapa‘. Hmmmm. Dalam bab ini bukanlah kebebasan yang dicari. Walaupun Diana Danielle adalah salah seorang selebriti kegemaran Abang Nara, kontroversinya kali ini memang mencemarkan nama baiknya, lebih-lebih selaku seorang isteri dan ibu. Lagi beberapa gambar Diana Danielle di majalah Esquire untuk tatapan anda (NSFW) dengan membaca artikel ini sepenuhnya.