Written by Bella | November 6th, 2016

Diana Danielle dan Farid Kamil sering dianggap sebagai pasangan selebriti paling romantis dan cukup bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang cukup comel.

Namun, kehadiran Diana bersama seorang peguam di Mahkamah Rendah Syariah sekitar minggu lepas mencetuskan tanda tanya ramai mengenai status rumah tangga mereka.

Menerusi ruangan Hip di akhbar Berita Harian, Diana akui mempunyai masalah rumah tangga dan sedang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina.

Saya terlalu mengikut emosi dan perasaan marah ketika membuat keputusan itu. Rumah tangga mana yang tidak bergelora? Saya akui perkahwinan kami dilanda badai, tetapi masih boleh diselamatkan. Selama ini saya terlalu banyak memendam rasa dan apabila tidak lagi tertanggung, ia meletus.

Tindakan saya itu bagaimanapun, tidak tepat kerana tidak terlebih dahulu berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka tanpa menyedari, saya juga pernah melukakan hati suami. Tidak dinafikan, Farid terkejut dengan tindakan saya.

Tambah Diana, beliau juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap beliau dan menyerahkan segala hal anak-anak kepada Diana.

Biasalah lelaki, tanggungjawab terhadap anak-anak kadangkala dilepaskan sepenuhnya ke bahu isteri. Saya tidak fikir, suami juga bekerja keras menyara keluarga.. Tidak adil untuk saya letakkan 100 peratus kesalahan di atas bahunya. Apabila jadi begini, saya sedar ini yang dikatakan dugaan berumah tangga.

Diana walaubagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila semuanya sudah selesai selepas beliau dan Farid masing-masing duduk berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing.

Hakikatnya, Diana dan Farid cukup menyayangi antara satu sama lain dan perkahwinan mereka.

Saya tahu Farid sayangkan saya dan rumah tangga kami. Begitu juga saya. Jika ditakdirkan kami berpisah, saya tidak fikir saya akan berkahwin lain. Saya juga “cinta mati” kepada Farid. Saya harap jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri. Harap Diana dan Farid bersabar dalam setiap dugaan didalam rumah tangga dan tidak mudah mengalah. Ingatlah kembali saat indah semasa anda bercinta dan cuba untuk menyelesaikan setiap perkara dalam keadaan tenang. Sebenarnya, dugaan-dugaan dalam rumah tangga bukan sekadar menguji kesetiaan dan kasih sayang, tetapi ia mungkin juga dapat menambahkan lagi rasa cinta apabila dapat mengenali pasangan dengan lebih baik. Apa-apa pun, kami mendoakan rumah tangga Diana dan Farid dapat kekal sehingga  jannah.

Sumber Berita : Berita Harian

28 responses to Diana Danielle Akui Rumah Tangga Bermasalah Hampir Bercerai Dengan Farid Kamil

  1. macammacam says:

    pulak dah…………harap2 semuanya ok la ye =)

    1

    0
    • mak jemah tepi tingkap says:

      okay noted. biasa lah dek, dlm keadaan ekonomoney slow dugaan byk.

      kesetiaan wanita diuji bila suami takdak duit, kesetian lelaki diuji bila dia brrduit.

      kalo fek nk tahu mmasak dan jaga anak mmg keja wanita di alam timur ni walaupun gaji kau lbeh byk dari suami kamu.. jantan boleh balik keja dan pigi krja aje meskipun gaji ciput.

      jika nk brcerai pun pikirin dulu sbb tnggungjwb ini bleh dikongsi. depends pada suami juga la dek. yg penting dlm rumhtgnna ni takpayah la nk ego2…
      cek doakan rumhtngga kamu aman2 saja. btw jgn lupa perbaiki hubungan dgn Allah swt dan dgn org tua kamu dekk.. rahmat Allah dtg dgn doa ibubapa kita…

      14

      0
      • Lembu Gemok says:

        biasa la tu lumrah rumahtangga…mmg wanita akan selalu mintak cerai pada lelaki…even tak jawab panggilan tepon pon, salah gaduh nak mintak cerai…hanya lelaki2 yang berjiwa kental, sayangkan family saja tidak akan melayan permintaan itu sbb lelaki akan tau apa kesannya di masa hadapan..wanita mudah utk membuat keputusan terburu2, sama ada besar tindakannya atau tidak…itu jer..macam kes ni, diana buat tindakan yang besar sampai ke mahkamah bagai..sepatutnya hal rumahtangga settle betol2 kat rumah dulu unless kalau kes besar macam dera ke, main kayu tiga ke…then ok nak bawak ke mahkamah…ni setakat salah masak kari sbb suh masak tomyam, takyah beria sgt nak cerai laa..fikir laa kesan dia…dah apahal aku explain panjang nak mampos ni????

        2

        0
    • Maya babe says:

      Diana ni muda lagi….. naluri nak enjoy masih ada. Tapi Diana awak dah kahwin….. pemikiran harus matang. Hope dorang kembali baik macam biasa.

      12

      1
    • Marion Counter says:

      Lain kali cari jantan kaya macam aku. Masak basuh tu keje maid. Tugas kita mekap cantik2 jaga body k.

      25

      0
      • Marion Counter says:

        Jantan yang miskin korang jangan kahwin dengan dorang. Nanti hidup susah. Nak mintak beli alat mekap pun kena marah. Kalau kahwin dgn jantan kaya nak mintak RM100 beli alat mekap pun dia bagi…..baru lah hidup kita senang. Kalau jantan kita mintak RM100 nak beli ayat mekap dia dah marah…..kita angkat kaki berambus sebab itu jantan BANGSAT .

        16

        2
        • lynn says:

          Please… Jangan acah2 konon ko ni ada pengalaman dengn lelaki kaya. Bila kau cakap kalau kawin lelaki kaya minta 100 beli alat make up tu aku dah gelak. RM 100 is nothing for rich ppl. They don’t even know you can get anything for RM100. They won’t even say they ask for RM100, sebab malu kot. Cheapo tu. Foundation bodoh pun cecah RM400.
          So, please, stop faking it.
          Stop acting like a rich bitch whining bout those who chose real person to be married to.
          Pathetic.

          3

          1
      • eina azman says:

        betul tu marion, cukup bulan kita g melancong, gaji maid dua org jaga ank

        4

        0
  2. kak mah kebabom says:

    Bykkan bersabar diana..dugaan alam rumahtangga mmg mcm tu…tanggungjawab sbg isteri dan ibu jgn diabaikan..dan yg paling penting selalu mohon pertolongan dgn Allah swt…kita berusaha Allah menentukan..sedih kakmah baca luahan diana ni..harap berkekalan

    10

    0
    • Corse 848 says:

      Jawapan yg terbaik..marang dri DD..xde dah org nk spekulasi..xde dah wartawan nk selongkar mcm2..trus direct je jawapan..

      10

      0
  3. Eton says:

    Kahwin diusia muda bnyk cabarannya, jauh lgi perjlnan yg hrus dilalui..mesti ada pasang surutnya, dua2 kna bnyk bersabar dan tolak ansur..semoga jodoh berkekalan selamanya..

    8

    0
  4. Darlina says:

    Dpt kan restu ibu.. Insya Allah rumahtangga bahagia..

    21

    0
  5. Khatija Haron says:

    Kesian..tektik pancing dato kayalah ni..

    2

    7
  6. Anonymous says:

    Tula…dulu syamsul nk.kt ko…ko berlagak sgt… filem syamsul kutipan 17juta woooo….. bhagia je die ngn bini die skrg jgn jeles!!!

    2

    11
  7. Jojo says:

    Hahahaha tu lahhh belajor oberseee kononnya…kan dah kayap without other talent or education….nasib kau lahhh pompuan

    4

    3
  8. . says:

    Alahai..artis.taulah dah kawin.dok belanja cium kat budak wechat.peminat awak semua bebudak.Sampah!

    3

    3
  9. Dhia says:

    Eh dia dgn ibu dia ok lah. tapi mmg zaman skarang kes cerai2 meningkat. dgn byk faktor..ekonomi la masing2 tlg cari duit penat emosi terganggu anak2 nak perhatian..mcm2 dugaan. semoga kita semua tabah mengharungi kehidupan yg sgt mencabar sekarang..inilah realiti bukan mcm dlm drama sweet2 jeee

    18

    0
    • Anonymous says:

      tu lah nak. cerita celah kangkang byk sgt kat astro, kat tv3… hala destinasi objektif #relationshipgoal sgt lah..

      untuk remaja yg kepingin banget nikah utk mnghalalkan hubungan tu… dh kawen ni realitinya wajib ada rasa tnggunjawab. bab cinta meleleh tu setel lps bulanmadu je… get to realiti hokeh. dh ada anak ols kongsi cuci tahi anak, gntung kain, gi laundry, etc jgn nk suruh bini je buat keja. ingat sikit bini tu bkn bibik.

      16

      0
  10. Belle says:

    Tulah terkawin org miskin… Ex makin kaya plus makin bahagia gitewww… Never like her action nak mampos

    6

    5
  11. Sapa2x je says:

    Orang sekang kawen muda sebab nak tunjuk kat media sosial je..upload situ sini konon sweet happy bagai..hakikat nya kalo dapat anak muda muda..beranak je tau..anak terbiar orang jaga..kalo tak parent…sesapa je yang boleh di ambik kesempatan untuk menolong..choi..l.o.l..jangan kecam saya..ini experience depan mata saya..

    1

    0
  12. Adush says:

    Orang sekang kawen muda sebab nak tunjuk kat media sosial je..upload situ sini konon sweet happy bagai..hakikat nya kalo dapat anak muda muda..beranak je tau..anak terbiar orang jaga..kalo tak parent…sesapa je yang boleh di ambik kesempatan untuk menolong..choi..l.o.l..jangan kecam saya..ini experience depan mata saya..

    0

    0
  13. sam says:

    tgk pun tau farid take advantage of her…mana lah Diana ni tak bengang. dah lah lepas tangan hal anak…kerja rumah kena buat…biznes nak jaga…farid ni gaya pun macam malas….asik dgn kuda…ntah apa kerja pun x tau.

    9

    3
  14. SSSSS says:

    aku sorang je ke nampak bulu hidung farid ni terkeluar..

    2

    0
  15. Eliiot says:

    Nak bahagia dan hidup berkat, perlu ada restu ibu. Kalau tak cinta ke mati pun ko tak bahagian dik

    1

    1
  16. naz77 says:

    kkdg lelaki de rupa nie xleh pakai pemalas…

    0

    0
  17. Kak JAH HARO says:

    Bagi aku artis ni kena la sedar diri…
    Ada pasang surut ekonomi.
    Time da Job kurang jwb la no $$$,

    So apa yg glamour konon melancong sana sini keliling Dunia masa ko ada hasil je. Bila da mula POKAI terpaksa la pijak bumi nyata..
    Tu la mak pak cakap suruh ambik ijazah blh jgk buat back up. Kalau pasangan da mula POKAI.. Setidak tidak nya terhalang dari CERAI BERAI.

    1

    0