Diana Amir Rahsiakan Pertunangan Mengikut Syariat Islam

Hiburan

Diana Amir Rahsiakan Pertunangan Mengikut Syariat Islam

Ramai yang agak terkejut apabila berita pertunangan Diana Amir dan Mohd Habib Bullah A. Rahman tersebar baru-baru ini. Namun Diana Amir berkata yang dia sekadar mengikuti syariat Islam yang tidak mengalakkan majlis pertunangan dihebohkan kepada umum.
diana amir
Untuk makluman, majlis pertunangan Diana dan Habib telah diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Diana Amir berkata kepada wartawan Mstar Online:-

Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih. Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah. Sebenarnya tada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia (Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

diana amir tunang

Seperti yang diberitahu sebelum ini, tunangan Diana Amir yang dikenali dengan nama Sir Habib merupakan petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah. Buat masa ini, tiada tarikh yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka berdua. Diana Amir berkata mereka berdua mahu mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam terlebih dahulu sambil mengukuhkan kewangan masing-masing.

Demi menghormati keselesaan dia dan keluarga, saya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai majlis itu atau hubungan kami. Cukuplah mana yang sudah tahu, saya tidak menafikannya tapi tidak perlu saya hendak bercerita panjang lebar mengenai perkara ini. Pada peringkat ini, kami mahu lebih mengenali antara satu sama lain. Belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, biarlah kami kukuhkan kewangan dahulu

Advertisement

Apa pun Abang Nara ucapkanlah tahniah kepada Diana Amir dan Sir Habib atas pertunangan ini. Pada peringkat ini, kami mahu lebih mengenali antara satu sama lain. Belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, biarlah kami kukuhkan kewangan dahulu, Daripada apa yang Abang Nara baca di Twitter, banyak juga penuntut-penuntut wanita di UiTM Merbok yang patah hati mendengar berita ini. Itulah sapa suruh tak ngorat Sir Habib awal-awal. Hehehe.
jubahP.S: Hanya RM69 sahaja untuk jubah cotton yang berkualiti tinggi ini. Sangat sesuai dipakai ketika Hari Raya Haji kelak. Klik di sini untuk membuat tempahan dan pertanyaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...