Sejak Yatt Hamzah mengumumkan beliau bakal bernikah pada 27 Februari ini, pelbagai kritikan yang di lemparkan kepada beliau. Ada yang mendakwa mungkin ini adalah sebab utama Yatt bercerai dan perkara itu tidak dinafikan oleh bekas suaminya Abdul Mutalib Shukor.
Walaubagaimanapun, Yatt membidas kembali kenyataan Abdul Mutalib dan menafikan sekerasnya bahawa bakal suaminya itu adalah punca mereka bercerai.
Jelas Yatt, beliau dan bakal suami Mohammad Zulfadli mula berkenalan ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria pada tahun lepas. Namun, hubungan mereka lebih serius dan rapat selepas Yatt bercerai.
Dia bukan orang ketiga yang dikatakan menjadi punca saya dan bekas suami berpisah. Tak baik menuduh tanpa usul periksa kerana dia tiada kena mengena dengan permasalahan rumah tangga saya sebelum ini.
Ketika itu saya masih isteri orang dan kami hanya kawan dalam satu misi. Selepas berpisah dengan bekas suami barulah kami rapat, jadi tak adil sekiranya dia dilabel orang ketiga.
Ditanya mengenai perbezaan usia antaranya dan Zulfadli, Yatt berkata itu tidak menjadi masalah kerana bakal suaminya itu matang dan berfikiran jauh.
Bagi saya usia hanyalah angka. Walaupun muda 10 tahun daripada saya, dia sangat matang. Lihat cara dia dibesarkan, saya yakin dia mampu menjaga saya dan anak dengan baik.
Mungkin ramai yang tidak dapat menerima hakikat bahawa jodoh Yatt tiba awal selepas beberapa bulan bercerai, tetapi semua itu adalah ketentuan takdir. Doakan sahaja perkahwinan Yatt kali ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.