Demi Hanez Suraya, Istana Budaya Sediakan Polis

Hiburan

Demi Hanez Suraya, Istana Budaya Sediakan Polis

Nampak gayanya Hanez Suraya tetap akan terlibat dalam teater Projek Kahwin yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 6 hingga 14 Jun depan. Walaupun ada ugutan dan ancaman untuk membaling telur kepada pelakon ini, pihak Istana Budaya mengambil keputusan untuk mengekalkan Hanez. Menariknya selain daripada kawalan lebih ketat, pegawai polis berpakaian biasa akan turut disediakan sepanjang pementasan teater tersebut. hanez suraya Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata kepada Mstar Online:-

Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan jika perlu selepas ada ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan

hanez suraya Bagaimanapun Hanez Suraya hanya akan terlibat untuk 4 hari terakhir sementara untuk 6 hari yang terawal, wataknya akan dibawa oleh Kilafairy. Terang penerbit teater Projek Kahwin, Shawn Amer:-

Hanez menyatakan hasrat untuk menarik diri selepas kontroversi tersebut, namun bila perbincangan dilakukan kami bersetuju untuk kekalkan dia dan menambah pelakon baru iaitu Kilafairy. Kita melihat ini sebagai kelainan apabila satu watak dilakonkan oleh dua pelakon berbeza, secara tidak langsung sebagai strategi promosi teater ini.

Advertisement

hanez suraya
Rasanya bulan Jun kelak kontroversi yang melanda Hanez sudah pun reda. Ancaman baling telur itu mungkin dikeluarkan ketika hati masih mengelegak kepanasan dengan apa yang telah dilakukan oleh Hanez. Sekarang ini pun nampak gaya orang sudah mula lupa dengan apa yang telah terjadi. Bulan Jun nanti pasti 100% dah tak ingat. Abang Nara yakin tak akan ada insiden baling telur berlaku di Istana Budaya kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...