Minggu lepas, ramai juga yang tertipu dengan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama DSV- Dato’ Seri Vida yang menawarkan beg tangan mewah Louis Vuitton secara percuma bagi sesiapa sahaja yang share post berkenaan.
Kasihan dengan mereka yang sudah tertipu, Dato’ Seri Vida telah bermurah hati untuk menghadiahkan bukan sahaja beg tangan LV secara percuma tetapi beberapa lagi beg tangan lain kepada mereka yang bertuah.
Pengumuman itu dilakukan menerusi akaun Instagram miliknya.
Meskipun ramai yang menyampah dan meluat dengan aksi Dato’ Seri Vida dengan tagline Qu Puteh beliau, namun kebaikan hati manusia itu memang tidak boleh di ukur. Kami mendoakan agar Dato’ Seri Vida akan lebih murah rezeki selepas ini.