David Teo Mahu Cari Dalang Disebalik Penyebaran Foto Bogel Atikah Suhaime

Hiburan

David Teo Mahu Cari Dalang Disebalik Penyebaran Foto Bogel Atikah Suhaime

Bersimpati dengan nasib artis di bawah naungan syarikatnya iaitu Atikah Suhaime, David Teo dan pihak Metrowealth International Group (MIG) kini sedang mengumpul bukti serta mencari dalang di sebalik penyebaran foto bogel Atikah dan Idris Khan.

Advertisement

David berpendapat ia adalah satu perbuatan khianat dan berharap individu tidak bertanggungjawab tersebut dikenakan tindakan undang-undang.

Saya bersimpati dengan nasibnya kerana perlu berdepan kembali kontroversi lama. Saya akan memastikan individu yang berhati busuk itu dikenakan tindakan sewajarnya.  Buat masa ini ,saya dan pihak pengurusan MIG sedang mengumpulkan bukti bagi mencari siapa yang menjadi dalang. Isu terbabit sebelum ini pernah dikaitkan dengan Atikah, sekali gus menunjukkan ia seakan dirancang dan disengajakan bagi memusnahkan kerjaya seninya yang sedang meningkat.

Tidak kira di mana saja individu itu berada, sama ada dalam atau di luar negara, dia perlu bertanggungjawab di atas tindakan tidak bermoral yang dilakukannya.

Ditanya adakah kontrak Atikah bersama syarikatnya akan dibatalkan, David menjelaskan pihaknya tidak membuat keputusan secara membabi buta dan akan menyiasat setiap perkara dengan terperinci. Tegas David, pihaknya masih bertimbang rasa.

Perkara ini pernah berlaku sebelum ini. Kami pasti Atikah dianiaya. Setakat ini, kami belum membincangkan isu kontrak, lagi pun dia masih bercuti sempena Raya Haji di Singapura. Benar atau tidak, setiap manusia tidak sempurna.

Susah hendak memberikan komen terhadap isu ini kerana kedua-dua artis yang terlibat juga hanya berdiam diri dan hanya sekadar meluahkan dan memberi kenyataan di media sosial.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...