David Teo Bakal Filemkan Misteri Villa Nabila

Hiburan

David Teo Bakal Filemkan Misteri Villa Nabila

Nama Villa Nabila memang popular sehari dua kebelakangan ini. Khabar angin kononnya 30 orang masuk ke dalam Villa Nabila tetapi hanya 7 yang berjaya keluar ternyata menaikkan lagi keseraman. Malah villa yang terletak di Johor Bahru ini turut disenaraikan sebagai salah sebuah tempat paling berhantu di dalam Expedia pasti membuatkan bulu roma naik jika anda singgah ke situ.

villa nabilaSusulan popularati yang dijana baru-baru ini, David Teo, boss besar Metrowealth berkata bahawa pihaknya bercadang untuk memfilemkan mengenai villa misteri ini. Kejayaan filem Highland Tower yang mengutip lebih daripada RM3 juta meyakinkan lagi David Teo untuk mengulangi kejayaan yang serupa menerusi filem Villa Nabila. Kata David Teo:-

Advertisement

Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.

Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.

david teo

Bagi Abang Nara, David Teo memang bijak orangnya. Inilah cara orang berniaga berfikir. Mana yang boleh datangkan keuntungan, perlu digunakan secepat mungkin. Lagipun mana tahu melalui filem Villa Nabila kelak, segala misteri mengenai tempat itu akan terbongkar. Diharap para pelakon dan pengarah jangan lupa baca ayat pendinding. Takut-takut nanti masuk Villa Nabila tak jumpa jalan keluar pulak. Hehehe. Info asal Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...