Written by AbangNara | October 18th, 2013

Ada sesetengah pihak yang menyalahkan David Teo di dalam kontroversi perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini. Malah alasan yang diberikan oleh pasangan ini untuk berkahwin secara sorok-sorok ialah kerana kontrak MIG yang menghalang artisnya bercinta. Agak pelik juga kerana banyak artis MIG seperti Diana Amir, Farid Kamil dan Intan Ladyana yang secara umumnya diketahui kisah percintaan mereka.

intan ladyanaHari ini menerusi Berita Harian, Intan Ladyana memaklumkan bahawa boss MIG, David Teo ialah seseorang yang sangat memahami. Abang Nara yakin anda pasti tahu yang Intan Ladyana dan Kamal Adli sudah begitu lama bercinta. Kata Intan Ladyana:-

Sewaktu kami mula bercinta, memanglah rasa bimbang dengan reaksi pihak pengurusan. Namun, saya mengambil langkah untuk berterus-terang. Berlaku jujurlah dengan mereka, duduk berbincang elok-elok dan ceritakan situasi sebenar. David adalah seseorang yang sangat memahami.

Apa yang penting bagi mereka, kita kena beritahu supaya tidak timbul perkara berbangkit kemudian hari. Iyalah, perkara seperti ini bukannya boleh dibuat main-main kerana turut membabitkan pihak ketiga seperti produk yang melantik kita sebagai duta. Tak mahulah nanti perancangan yang sudah diatur musnah kerana sikap kita

inta ladyana

Intan Ladyana juga sempat memberikan nasihat kepada mana-mana artis yang menandatangan kontrak dengan mana-mana syarikat. Menurut Intan, kontrak perlu dibaca dengan sedalamnya sebelum ditandatangani. Kata Intan:-

Apa yang berlaku sebenarnya atas sebab salah faham terhadap kontrak yang ditandatangani. Mereka tidak faham kontrak yang menghalang artis daripada bercinta itu sebenarnya mempunyai pengertian yang lebih daripada itu.

Ia bukannya sekadar melarang mereka bercinta. Pihak pengurusan berbuat demikian kerana mahu menjaga reputasi artis itu sendiri. Mereka tidak mahu nama artis tercalar disebabkan terlalu banyak kisah cinta dipaparkan. Contohnya, jika berlaku cinta lokasi.

Sebagai artis yang pernah melalui situasi sedemikian, nasihat saya kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan.

Ada betulnya juga kata-kata Intan Ladyana ini. Kalau tak faham, kenalah tanya. Tak tanya dan buat keputusan sendiri memang akan menyukarkan semua pihak. Sekurang-kurangnya kalau tahu status anda yang sedang hangat bercinta, pihak pengurusan boleh buat apa yang patut untuk membantu daripada segi persiapan perkahwinan dan sebagainya. Apa pula kata anda?

P.S: Pening tak tahu nak pilih vitamin apa sebagai supplemen? Jangan risau. LIKE sahaja Facebook Doktor Vitamin Anda untuk mendapat maklumbalas yang jitu, tepat dan padat. Segala persoalan anda akan dijawab oleh mereka yang pakar. Confirm anda dah tak perlu risau dan takut untuk ambil vitamin yang dicadangkan oleh Doktor Vitamin Anda.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

71 responses to David Teo Adalah Seseorang Yang Sangat Memahami – Intan Ladyana

  1. David Teoh sangat memahami

    0

    0
    • mia says:

      intan n kamal gak yg comey. rilek je x over mcm cik ta pong~

      0

      0
    • tyrabank says:

      bercinta lama- lama macam ni tak elok juga. cepat la nikah intan woi…hang pun bukannya muda lagi nak bercinta-cinta sangat. kan elok kalau percepatkan perkahwinan daripada berkepit sana sini tanpa ikatan yang sah.

      0

      0
    • keledek panas says:

      Ni lah..jenis salah sendiri pastu tunding jari dekat orang lain.nak nampak orang lain buruk dan diri tu betol. Dah salah nikah diam2 hingga ada anak hingga timbul fitnah..mengaku je lah anda berdua tu salah. ibarat sanggup lemaskan orang lain asal diri tu selamat. Hingga sanggup keluar statement nak saman la sebab kata benda tu gossip. aduhai. fikir logik la..takkan si david nak kau cerai kalau kau dah kawen. abih tak terminate kontrak. tak dapat jadi artis MIG, cuba produksi lain plak.tapi pelik jugak asal lisa, farid lepas nikah?

      0

      0
    • mak mentua says:

      agaknyer di sebb kan kontrak la intan ni x kawen2 ngn kamal kot …dh lama bcinta tapi xder penghujung…umur pun dah meningkat

      0

      0
      • ooo says:

        lau dorang tak kwin jangan slh kn kontrak..artis lain pon sign kontrak gak bley jer kwin..dia tak kwin sbb belum jodoh dia lagi..bcinta pon lau seru tak dtg..x kwin jugak..p tanya kamal nape tak kwin2 lagi..

        0

        0
      • hahaaa says:

        kawin bila dh sedia…. di war2 kan cara baik utk istihar diri sudah kawin
        takat kawin awal sbb ter peknen… tunang dgn org lain ngandung anak org lain….pastu bangga ade anak gitu…
        biar laa intan nii… asalkan kawin dpt anak cara yg diredhai & sah…

        0

        0
    • saliha says:

      setau aku, korang dulu masa mula2 brcinta dulu pun duk main tarik tali, samada nk ngaku atau tak ngaku.. and by the way, skrg dh ngaku bercinta kan, bila nk kahwin? mestipun Islam ni mengesyorkan agar perkahwinan dihebahkan, namun bg pendapat aku, biarlah sah walaupun sembunyi jgn hebah tapi tak kahwin2 dan berkepit sana sini..

      0

      0
      • levid teohhhxx says:

        Itu intan sama kamal wa suka maa…
        Itu wawa sama aeril wa suka sama wawa sj maaa..
        Aeril wa taeak suka maaaa…
        Lu apa tau time wawa kasi tau wa dia kawan sama aeril…wa tarak kasi meh…
        Lu ada tau apa wa cakap sama mereka.. lu tak tau kan. Lu diam2 sudah…

        0

        0
    • Olga says:

      AMBOI TAJUK X BOLEH BLAH,”DAVID TEO ADALAH SESEORANG YANG SANGAT MEMAHAMI”INGTKAN INTAN LADYANA BERCINTA DENGAN DAVID TEO,NYARIS NAK KENA SERANGAN JANTUNG KALAU BACA TAJUK N XBACA ARTIKEL TU WAKAKAKAKA

      0

      0
  2. gegirl says:

    yo la tu

    0

    0
    • Godek says:

      Tu dia,,,artis sendu nak jgk jd headline…nyampah i…ari tu ada pulak jmpe mnah ni breakfast ngan c tam suhaimi tu erk,kemain sombong pulak

      0

      0
  3. heloo says:

    aah..rmai ja artis MIG yg mngaku bercinta,,wawa dgn aeril sja gna nm david teoh kengkonon xbg bercinta..

    0

    0
    • safi rania says:

      memang. meluat aku siap kata darurat la apa la. kalau dah “terlepas” tu tanggung la sendiri. uppppzzzz…

      0

      0
  4. Anonymous says:

    Haha aku first

    Bagus intan you pakai kepala otak. Tuhan kadi otak gunakan.
    Jangan dah buat silap salah kan orang lain. Dah kecoh satu dunia.
    Sabah, sarawak, Brrunei dan juga Singapura.

    Ni namanya Beauty with Brains. Harapkan cantek macam Wawa and Aeril
    Main gasak aja. Kan tanggong sendiri

    0

    0
    • aku says:

      sokong anon 3:13pm!

      aku bukan peminat wawa dan aeril dan aku bukan lh penonton tegar filem2 MIG. semua masalah bukan ke boleh di settle kan bila duduk berbincang?bukan selepas amik keputusan ada masalah baru nak salahkan org lain. kita kan masing2 ada hak?kenapa perlu takut pd undang2 MIG sedangkan artis2 yg bawah MIG rata2 nya semua boleh je bercinta dan ada pun yg dah berkahwin?

      ~sigh~

      0

      0
      • wellsaid says:

        well said.
        ni yang david nak elak.
        tengok cara wawa handle perkara ni dah nampak yang kurang matang kan.
        bukan takleh bincang. tolongla jgn nak side sangat k. menipu is menipu.

        0

        0
  5. umai says:

    Sokong intan sangat2… wat ape nak sorok2 benda boleh bawak bincang… kan3…

    0

    0
  6. mia says:

    intan n kamal gak yg comey. rilek je.

    0

    0
  7. aku laa says:

    tak perlu kata apa apa pun, lagipun wawa n aeril pun dah selamat nikah dan punya anak.. biarlah mereka hidup bahagia, tak perlu lagi bangkitkan isu ni.. kasihan pada si anak.. anw, saya doakan intan dan kamal cpt2 kawen, suka jugak tgok kalian berdua.. :)

    0

    0
    • Anonymous says:

      Masalah nya dia orang memang da selamat pun nikah. Yang
      nak hadapi sekarang si DT. Zed Zaidi nak rombak semua dia punya
      Contract kan menyusahkan orang lain tu. Dengan Zed Zaidi
      Kau jgn buat main2 dia nak nyusahkan orangkan boleh aja anytime.
      Tengok aja Aaron punya kes. Abeh contract dia mesti nak go
      Through abeh yang nak buat amendmentkan staff DT.

      Wawa dan Aeril dah tinggal pelok anak. Yang terbabit tu nak di
      fikirkan jugak. Pakai otaklah “aku la”….kau ingat orang tak
      Ada kerja eh nak tukar2 contrar.

      0

      0
    • damai says:

      Problem nya si Aeril g tanya pendapat Seniman minta tlg about the kontrak. skg sape yg nak panjangkan cerita. why cant they go to DT and apologise first and asked the sequences. DT blm pun ckp apa2 nak sue ker tidak. Nampak sgt mrk tak baca dan faham erti kata kontrak. So ini tunjukkan mrk masih berharap dapat job dar MIG kan, why still nak tunjukkan yg DT yg salah. To both Wawa & Aeril, tlg jadi matang sikit, why should you go Seniman instead of MIG. knp b4 kahwin tak minta pendapat Seniman dulu. tak fahamlah dis 2 people.

      0

      0
  8. Anonymous says:

    Intan ni pakai kepala hotak. Beauty with brain namanya.

    Mcm Wawa n Aeril cantek dan hansem tak fikir main lagau aja. Dah silap
    sedap aja tudoh DT. Jangan sekolah tak brape tinggi malas nak atay tak tau
    Baca, main sign aja.

    Good Intan keep it up and all the best to you both.

    0

    0
    • bobo says:

      harap intan pakai otaknya yg berkualiti tu untuk memikirkan soal agama jgk, tau tak kapel tu haram.jgnlah bcinta lama2 ye intan..ke bos yg memahami tu tak kasi kawen??korang dh mampu kot..cakap kat bos awak yg memahami sgt tu yg korang kira dah wajib kawen dah..lama sgt dah kot korang kapel…umo mkin tua.takkan tak ready2 lg kot…pike ye intan.gunakan otak beauty with brain awak tu untuk pike…kapel lama2 pun blh mnimbulkan fitnah tau

      0

      0
      • minah jambu merah biru says:

        bukan soal kawin ke tk kasi kawinnnnnnnnnnn ! masalah Nye kenape wawa ngan laki dia ni sanggop berbohong ??????? bukan kerana pasal dorang kawin ke pe ! komen mcm kiwak ! dh memang islam suroh si laki bini ni berbohong ke ?????????? ape yg fitnah Nye ????????? kalau pandai jaga prangai tkde ape yg orang nk fitnah kn pahammmmmm !!! macm ladyana ngan mateair dia mana ada bekepit sana bekepit sini ! dorang tkde masa nk buat gitu semuaaaaaa…n dorang tk berbohong …kenape dorang boleh bermateair??????? ok2 ajeeeeeee bos pon tk marah asal kn focus pada kerja n lakonan huh ! si wawa ngan laki dia aje yg banyak songgel kecoh satu Malaysia konon dorang la yg betol si david teo yg salah !! nikah dua kali huh tk penah di buat orang ! ada ke orang nikah dua kali? olga ada ke? bang nara ada ke? helo gulahati ada ke? bang nara kasi mtermtics semua senang2 kasi la yg parah2 sikit huh !

        0

        0
  9. mimi says:

    eleyh intan dah kene bayar dgn david teo suruh puji die melambung…semalam i stalker ig david..kemain lagi dia upload gmbr konon2 tgh bincng preparation perkahwinan diana amir…nampk beno propa di situ…dan2 skrng konon2 kau mcm take care sgt kebajikan retis2 kau nak kawin ni..david2..cina ‘bukuit’ betoiii…

    0

    0
  10. missroro says:

    Berita Harian?? Revenge from Zubir la ni. Kalau ikutkan pasangan yg mendirikan masjid lebih dihormati berbanding pasangan yg hanya bercinta tanpa ada ikatan ni. Tp, salah mereka juga, perkahwinan patutnya dihebahkan untuk elak fitnah. Reporter pon dh dh la tu. Depa dh ada anak dh, dok tak puas hati apa lg? Awat, semua frust ngn Wawa ka. Hhahaha

    0

    0
  11. orang_penting says:

    Lepas issue si wawa-aeril nih, artis2 lain bawah coy DT yg untung…..sbb DT akan buktikan yg dia jaga kebajikan artis2 dia sgt2….hehehehe..manyak untung wooooo….(note: dlm kehidupan, udah2 le menuding jari kat org kalau ada apa2 issue….lain kali, sebelum buat apa2, kena bertindak penuh matang….matang tak semestinya letak kat umor masing2…..letak pada akal sebenornya…..kadang2 yg tua pun mcm tak berakal…yg budak2 jauh lebih berakal…..kalau ikut hati mati…ikut akal, kekal..insyaAllah) ;)

    0

    0
  12. SAYAZIE says:

    Komen aku senang je..sebelum sign kontrak tu baca la betul2..Kalau da x boleh nak ikut apa kontrak tu kata jangan la sign..tula masa nak jadi artis semua pun “boleh”..bila da langgar kontrak mula la kata kontrak mengarut bagai..manusia2..

    0

    0
  13. Zaasss says:

    dah name nye pon budak-2 lagi. so memang kena laa ngan wawa tu haa. baca kontrak pon tak berapa nk paham maksud tersurat and tersirat. haihhh payahhh~

    0

    0
  14. David Teo Pelat says:

    Konon tak nak bagi artis bercinta…tapi artis MIG la yang banyak masuk paper sebab gossip dengan kontroversi

    0

    0
  15. Lembu Ladyana says:

    Konon…ayat Intan Ladyana ni sama macam ayat David Teo dengan Zubir…kena paham contract…cuba tanya dia pasal kontrak dia…mau terkebil2 macam lembu tertelan durian…

    0

    0
  16. i love u stupid says:

    wei korang,lepas kena tipu dgn Wawa n Suhairil Sunari tu korang minat lg x dgn diorang??

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      lov u ladyana….u jugakkk yg best paham tentang kontrek. tk macm wawa ngan laki dia ! ada hati nk berlakon tentang kontrek habok pon tk tau ! last last dia ngan laki dia hentam Bos dia si david teo…dorang dua ekor laki bini ni pembawa masalah !!

      0

      0
  17. kamal cool says:

    minat sngt dgn abg kamal…cool jer orgnye kan…=)

    0

    0
  18. Anonymous says:

    y dia ni bila plk nk kawinnya..asyik bercinta j…to kamal..jgn ikut perangai mcm fizz fairuz ye…tpi aku respect la kt dia…wlpn bercinta tpi jarang tengok dia org ni berkepit…x mcm retis y lain tu..asyik berkepit j…lagi2 cik ta…

    0

    0
    • bobo says:

      sebab hormat kontrak la dorang tak bkepit..nampak tak pmainan dia

      0

      0
      • minah jambu merah biru says:

        memang betol tu ! berkepit bila2 boleh tol tk…kontrek yg dh sign tu mesti mau paham…kalau dh paham ape isi kontrek tu baru lah signnnn tol tk …si wawa ni dia sign kontrek tapi dia sengaja eksen tk paham ape yg ada di dlm kontrek tu ! n dia boleh cakap yg dia ngan laki dia nk jumpa david teo konon nk bincang podah !! tk malu ke ! dh tudoh Bos tk kasi kawin pastu nk jumpa nk bincang konon huh !! mengarot ! maseh nk makan gaji ngan david teo ke ??????? helo mr david teo ! u jangan layan lah ngan laki bini dua ekor ni ! mari kite sama sama cakap readyyyyyyyyyyyyy boooooooooooooooooooo bo layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn !!

        0

        0
  19. uuu says:

    dlm kontrak mmg la dia org cakap peraturan2..supaya tak la artis dorang terlebih bercinta dari berlakon..peraturan tu penting sebab apa ?? sebab tak mau artis tu berfoya2 sana sini..kerja la kat mana2 pon semua ada peraturan kan..dia buat bizns..artis tu lak produk dia..kena la jaga nama company..tapi lau artis tu nak bercinta jugak..kena bincang la..jaga perangai..jaga apa yang patut di jaga..dia ambik org muda berkrja suruh cari duit bina kerjaya..bukan suh buat perangai..orang biasa pon lau bebas sikit mula la terbabas..ini kan pulak dunia artis..

    0

    0
  20. menyampah says:

    alahai..memahamila sgt ye..yg ko tu pun x kawen2 kenapa??
    brape lama nk bercintanya….

    0

    0
  21. Anonymous says:

    lantak laa nk duk cintan lame2…. dia ni tau jaga perangai jaga diri…
    kalo kawin sbb bunting kn tunang org…. per jadah nyer…

    0

    0
    • siti says:

      iye iye je kan ko kata dia orang tu bunting la..apa la..kalau tak betul, dah fitnah nama nya oii…

      0

      0
      • mak siti says:

        alaa kalo x peknen ade ke g pejabat agama tu… kene cerai dgn aeril mase tu pun xleh tuntut ape xdak org tau

        0

        0
  22. Neelopaaa's says:

    retis-retis baru nak up mmg camni..
    tengok neelofa.. relax je bagtau media pasal relation dgn hans..

    thumbs up neelofa..!

    0

    0
  23. huk alohh says:

    david tunjukkan contract yg tak ada terma “dilarang bercinta”..now intan cakap “clause dilarang bercinta tu bermaksud lebih dari itu”..maknanya intan sebagai resident artiste pun tahu ttg term yg dikatakan tersebut..so, sekarang ni david teoh cuba menipu ke?

    0

    0
  24. anak abah says:

    Dua2 blum matang.. N x minta second opinion… Hmm..

    0

    0
  25. retis zaman sekarang says:

    aku bukan la nak sokong mane2 pihak.. Tapi bile tengok video pc dorg kat youtube memang fed up gile.. Aeril x abes2 samakan situasi diri dia punya darurat dengan zaman nabi punye darurat.. X boley la cmtu aeril.. Yang buat wartawan marah ni sebab aeril dengan wawa siap gune kalimah Allah bagai.. Benda melibatkan agama.. Sape x marah.. Sampai orang jadik confuse pasal nikah dua kali etc.. Retis ni kan public figure.. Memang patut la dihebahkan.. Tiap kali wartawan explain aeril sibuk dok cakap “dorang ni x paham.. Dorang ni x paham la”.. Awak tu yang x paham sebenarnye aeril.. Tolong buka minda dan dengar pendapat orang lain.. Especially orang yang lebih lama dalam bidang ni..

    Dt pun.. Explain la bebetul.. Bebudak nak jadik retis ni kekadang x paham.. Main sign je.. Explain je la satu2 sampai dorang tertidur pun xpe.. Hahahahahha..!!

    Wartawan pun.. Jangan le hentam2 sangat.. Paham la jugak.. Budak lagi dorang ni.. Jangan la suke2 label kan manusia tu munafik.. Sape kite nak cakap orang cmtu.. Kite pun bukannye baik sangat..

    Wawa pulak.. Belajar dari kesilapan.. Sekarang dah tau kan ape akan jadik bile mulut suke menafikan perkara benar.. Belajar bercakap benar.. Jujur dengan semua orang.. Kesian kat anak.. Sebab sikap awak yang tak nak berterus terang.. Anak awak jadik mangsa.. X pasal2 orang confuse status anak awak.. Kan dah timbul fitnah..

    Bapak wawa pulak.. Pandai2 la pikir.. Kubur kata mari rumah kata pergi.. Malas nak cakap banyak pasal pakcik sorang ni.. Suke2 hati dia je nak serah anak dia kat sape2.. Tunang ngan orang lain kawen dengan orang lain.. Pandai2 la pakcik muhasabah diri.. Pi la tobat banyak2.. Pakcik ketua keluarga.. Takkan x boley bersuara kot..

    Dah2 la tu sembang pasal aeril ngan wawa ni.. Kesian kat anak dorang.. Anak tu x bersalah.. Harap anak tu akan menjadi anak yang soleh.. Amin..

    0

    0
  26. Anonymous says:

    DT ni mcm melepaskan anjing tersepit, si wawa n aril..DT dh tlg jdkan artis, bg berlakon, kemudahan smua lps tu salahkn DT blk…blh geng dgn si serap muslim la dua org ni…dh kwin mati2 nk nafikan…siap suruh tunjukkan bukti…dh ada bukti, tuding jari kt org lain pulak…tlg la bg diorg ni pelakon wanita n lelaki terbaik tahun ni…

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      huhu kasi dorang dua ekor laki bini ni wawa ngan laki dia pelakon pembohong besar yg paling paling popular di dlm donia yg fana ni huhu..bwekk !!

      0

      0
  27. CHE TA PAKAI BRA PALING BESAR says:

    aku bukan minat sangat smua cerita MIG.
    tp apa kata intan tu betul lah. tu lah masalah dia orang muda nak bercinta. kebudak2an tak matang. tengok cara dah tahu gentle x gentle si airiel ni. wawa ni pun satu, dah tunang tu buat lah cara dah tunang. sibuk g layan airiel tu pasai pa??! pastu nangis2 minta tolong bekas tunang tu jgn heboh. kalau aku aku sepakkan aja pmpuan jalang ni,

    0

    0
  28. […] secara sorok sorok ialah kerana kontrak MIG yang menghalang artisnya bercinta Agak pelik juga Read More This entry was posted in Entertainment and tagged Adalah, David, Intan, Ladyana, Memahami, […]

    0

    0
  29. adek ipar angelina jolie says:

    haish…korang…korang….memula aku baca sorang-sorang punye komen….geram jugak….tapi lame2 serius nk tergelak….dah-dah la pasal si wawa ngan airel tu…dieorg da bagi statement.. lagipon tu masalah dieorang , biarkn dieorang setel sdiri. kalo x suke dieorang as role model.. dah fullstop . senang cite. kite doakan jela yang baek2..x rugi pon.
    korg marah macam due orang tu da efek ekonomi negara je… korg sedar tak yang minyak dah naik dan itu adalah perkara yang lagi penting untuk difikirkan bersama….. xoxo

    0

    0
    • miss x says:

      Mmg x bagi efek kpd ekonomi negara, tapi boleh mrosakkan akhlak n sosial genarasi kita nanti terutma bagi org melayu n muslim…so think it deeply, kalo mereka bdua ni dminati oleh sesetengah org, takut nanti apa tindakan mereka ni nanti diikuti oleh anak2 muda..selamat ummah, selamatkan anak cucu kita..biarkah kisah mereka berdua ni jadi tauladan kita

      0

      0
      • Anonymous says:

        Ape u merepek ni??? Diorng ade bt jenayah ke?? Mcmna dgn remaja berkeliaran d club2 mlm, berkepit sana sini, mengandung, buang anak??? Teladan dr aeril n wawa ke?

        0

        0
        • miss x says:

          Ko pikir masalah sosial tu stakat buang anak?bunuh?tingkah laku dan adab seseoang pun dikira sbg aspek sosial tau..kalo mbohong 1msia ttg status pkahwinan, kahwin sorok tanpa dketahui olh tunang tu pun dkira sbhgn daripada adab dan akhlak…aku rasa ko mest laa suka kalo org kita bkelakuan begini..aku tak kisah kalo mereka kawin, tapi biarlah cara trhormat…

          0

          0
  30. miss x says:

    Mantap laaa intan….ur brilliant tought get my full respect..skrg ni terfikir, agak2nya si wawa n aeril tu kawin nak sorok dari mr david ke sorok dr x-tunang wawa????? My instict diorg kawin sorok coz xnak xtunang tu tau…huhu

    0

    0
  31. Anonymous says:

    Shut up u Intan! Jgn nk menyebok jg tepi kain org, die da sah menikah pn yg ko bila lg nk halalkn yg haram! Bekepit betahun tahun tukar2 jantan..puihhhhh..dislike le bnyk2 ade ku kesah

    0

    0
  32. tunangku lari says:

    anak wawa n ariel nanti boleh geng ngan anak DD & FK.

    0

    0
  33. […] David Teo Adalah Seseorang Yang Sangat Memahami – Intan Ladyana (69) […]

    0

    0
  34. […] David Teo Adalah Seseorang Yang Sangat Memahami – Intan Ladyana (70) […]

    0

    0