Bengang dengan laporan tidak telus sebuah akhbar tempatan yang mendakwa beliau berbelanja ribuan ringgit sehari untuk membeli tudung mewah, penerbit Datuk Ziela Jalil tampil memberi penjelasan menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut Datuk Ziela, beliau ke butik jenama terkenal tersebut hanya sebagai satu terapi kerana suka melihat benda yang cantik tetapi bukanlah untuk berbelanja setiap hari.
Pada satu ketika hampir setiap hari ke Bawal Exclusive pasal pergi sana seperti terapi sebab saya suka tengok benda cantik dan pemilik tudung itu sangat baik, bukan setiap hari pergi dan beli. Bila tanya pasal berbelanja beribu, saya kata itu hak masing-masing, kalau dah mampu beli sahaja. Pemilik Bawal Exclusive selalu saya dengan tudung-tudung dia yang berharga beribu, bukan saya beli. Saya kata ada semua warna yang plain berharga RM30 atau RM40 sahaja.
Datuk Ziela juga kesal dengan laporan akhbar tersebut yang tidak sensitif sedangkan mereka tahu beliau menghadapi masalah dengan pihak LHDN. Laporan tersebut menambahkan lagi masalah Datuk Ziela.