Datuk Siti Nurhaliza Dikritik Kerana Menyanyi Di Smule

Hiburan

Datuk Siti Nurhaliza Dikritik Kerana Menyanyi Di Smule

Smule merupakan aplikasi karaoke yang cukup popular sekarang, malah ada yang terus ditawarkan menjadi penyanyi rakaman seperti Khai Bahar yang bakatnya dicungkil menerusi aplikasi berkenaan.

Datuk Siti Nurhaliza juga tidak terlepas untuk mencuba aplikasi Smule dan memuat naik video beliau menyanyikan lagu Lelaki oleh Yuna.

Advertisement

Namun, ada pihak yang menganggap Siti Nurhaliza menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang penyanyi terkenal dan disegani.

Walaubagaimanapun,  Siti Nurhaliza menjelaskan beliau cuma ingin mencuba aplikasi baru itu yang membuatkan beliau lebih dekat dengan peminat.

Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.

Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.

Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif.

Tidak dinafikan, memang best dengar Siti Nurhaliza cover lagu Yuna dengan cara beliau sendiri. Apa salahnya untuk beliau pun sekali sekala melepaskan tekanan dengan menyanyi di Smule? Hidup ini hanya sekali, janganlah setiap masa kena serius je..

Sumber Berita : BH PLUS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...