Perasaan tak ada semenjak dua menjak nie kat TV3 ada selingan Nas Ahmad cuba nak menerjah Datuk Siti Nurhaliza. Mungkinkah terjahan yang dilakukan untuk mengconfirmkan kebenaran khabar-khabar angin yang menyatakan Datuk Siti Nurhaliza dah pun mengandung? Tapi sayangnya bro Nas Ahmad kita gagal dalam penerjahannya kali ini.
Kalau betullah Datuk Siti dah mengandung, jutaan tahniah kami ucapkan. Jaga kandungan elok-elok. Kurangkan aktiviti lasak. Makan kena jaga. Dan yang paling penting rehat kena cukup. Lagipun kandungan pertama nie mesti teruja. So kena hati-hati tue lebih sikit.
Apa-apa pun kita tunggu betul ke tak betul khabar angin Datuk Siti Nurhaliza dah berbadan dua nie.