Written by serenity | January 1st, 2012

Malam semalam, gosip hangat yang berlegar di Internet ialah Dato’ Siti Nurhaliza dikatakan memberitahu pada penonton-penonton televisyen Singapura selepas persembahan tahun baru di negara itu yang dia telah mengandung. Ramai yang mengucapkan tahniah dan ramai juga yang berspekulasi yang ianya hanya khabar angin. Tetapi perkara yang tidak dapat disangkal tentang kemudahan masa kini, laman sosial membolehkan peminat berkomunikasi secara langsung dengan selebriti kegemaran mereka dan bertanya sendiri tetang kesahihan sesuatu berita itu. Dato’ Siti Nurhaliza telah menafikan yang dia telah mengandung melalui Twitternya beberapa jam lepas:-

Kami kira ini hanya salah faham sesetengah pihak berkenaan kenyataan Dato’ Siti. Dia khabarnya hanya berkata dia berharap untuk menjadi seorang ibu pada tahun 2012. Tapi tak kisahlah, kami berharap hajat Dato’ Siti yang melangsungkan perkahwinan dengan suami, Datuk Seri Khalid pada tahun 2006 untuk menjadi seorang ibu pada tahun 2012 akan menjadi kenyataan. Doakan yang terbaik saja.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Dato’ Siti Nurhaliza Nafi Mengandung

  1. wow says:

    wahhhh.. semua x sabar nak tgk baby ct ngn dato k. semoga menjadi kenyataan.. kerja keras lagik yer thn ni ;)

    0

    0
  2. cili pedas says:

    siti!!!

    0

    0
  3. anna says:

    lerr..ingatkan betul…huhuhu

    0

    0
  4. amirnawawi says:

    Ingatkan betul2 mengandung.

    0

    0
  5. Sunset says:

    Belum rezeki Allah nak bagi walau dia kaya x hengat.

    0

    0
  6. layankan aje la says:

    xpe la tok tie, insya Allah ade rezeki nt.. taubat la ats kesalahan2 yg dh dibuat.. tkut bnde2 cm2 yg menyekat rezeki.. huhu.. sekadar bri peringatan, n peringatan utk dri sndr juge.. peace~

    0

    0
  7. YY says:

    18 hours ago? waktu tu x countdown lagi… tapi org kata Siti umum ms countdown. pape pun, doa terbaik untuk Siti ;)

    0

    0
  8. Queen.Of.Goldfish says:

    erm…………………dis isu again…

    bored~~~~

    sorry fanz dato ct…sila dislike…..

    0

    0
  9. eryna says:

    HAJAH dato siti nurhalizah ;)

    0

    0
  10. bdak kecewa says:

    kecewa,,,,,,,,,mmmm tp xpela,,,blm da rzki ye kak ct,,,pe2 un ku doakan agar taun ni kt sama2 dpat mnimang cahaya mata ya kak ct,,,AMIN,,,

    0

    0
  11. wanida says:

    kalau buat IVR insyaAllah berhasil..duit byk apa lagi..

    0

    0
    • haiya says:

      kwn aku wat ivf iud apa semua tak jadi gak. bukan sikit duit abis.. blom rezeki la.. sure siti dah try semua tuh..

      0

      0
  12. she says:

    she cant reply what was ask and cant even speak well, i was at the show last night , such a shame thanx to shaik haikal for covering her. She totally not ready for the international event.

    0

    0
    • boboy says:

      ye betul tu!!!lagu inggeris tu jadi mcm lagu melayu sebab dia lengguk sangat mcm dia nyanyi lagu melayu!sedihnya sapa ke yg punya idea buat wardrobe ct tu..tengok penonton pun cam boring je..tak ada participation!tak manis dah begelar hajah terlompat lompat kat pentas..terlalu nak monopolise semua genre!just my2 cents.. hos tu tanya apa azam dia ..dia kata i want to have a baby next year!hehe..

      0

      0
    • Parvita Suri says:

      SHE…
      English ko pn terabor!!! kalo aku dah malu tahap gaban dah! haha

      (she cant reply what was ask ?????)
      Belajar lg yea! TQ

      0

      0
  13. Ombak Tsunami says:

    dtk k tu dah tua kot dan mgkn tak mampu lagi bagi anak..lagipun dia dah anak ..siti rugilah tak ada zuriat sndri nak wariskan harta yg bertimbun tu..dgr2 lah sikit nasihat peminat mgkn ada berkahnya..mana tahu kan..sbb kalau ramai yg mendoakan insya Allah makbul..begitu juga kalau ramai yg mendoakan perkara tak baik boleh dimakbulkan juga..doa yg mustajab…

    0

    0
  14. arm says:

    aku tgk rancangan tu, Dato Ct jadi artis jemputan utk countdown 2012 di spore..
    gurmit singh selaku pengacara ada tanga apa azam 2012 dato ct. dia jwb la dia harap dpt berjaya dlm bisnes, dan harap dapat jadi ibu. tu je..mungkin orang dengar tu tak faham dato ct ckp ingggeris kot

    0

    0
  15. mama says:

    cpt2la ngandung tok iti oii..umur datuk k pun dh lanjut tuuu..takut x smpt..kui kui

    0

    0
  16. bujang says:

    semoga Dato CT akan dikurniakan cahaya mata …..
    kekadang cian jugakkkk…..sabarlah mungkin ujian Allah, rezeki pasti ada nanti.
    mungkin dgn. kehadiran cahayamata akan merubah kehidupannya……sama2lah kita doakan.

    0

    0
  17. she says:

    pravita and min, do some homework before u comment, u guys at the event?

    0

    0
  18. she says:

    pravita
    Obviously she made everyone confused especially the malaysia media with her improper answer. Check it out before disagree with MY COMMENT

    0

    0
  19. win says:

    dah tu tak payah lah kuar statement macam tu….jika betul pun semua peminat sure happy dengan news tu….. kalau tak pun blum ada rezeki redha dengan ketentuanya….

    0

    0
  20. hehehe says:

    pd aku mslah nie terjadi coz siti tak mahir berbahasa inggeris…senang citer la kalo siti tak nak improvekan b.i dia apa kata dia ambik seorg penterjemah b.i…kalo dia bt show mn2 yg perlukan dia ckp dlm b.i biar penterjemah dia yg terjemahkan….tak de la nak memalukan diri sendiri…pd pdgan aku lar

    0

    0
  21. Reena says:

    Kata blajar english dgn Dato’ Mahadzir Lokman..ke blajar separuh jln jek sbb bz..dk tu takkanlah tak leh ajar bini dia..i bet anak2 tiri ct pun leh speaking kan so apa masalahnye..environment dia pun bukanlah melayu abis kan..wat malu kena bahan jer..

    0

    0