Dato’ Aliff Syukri Mahu Tinggalkan Imej Gedik

Hiburan

Dato’ Aliff Syukri Mahu Tinggalkan Imej Gedik

Dengar sahaja tagline Terlajak Laris, pasti semua tahu siapakah pemilik suara tersebut bukan? Namun, Dato’ Aliff Syukri ingin meninggalkan imej “gedik” tersebut seperti yang dikritik oleh orang ramai dan mahu tampil lebih macho dan serius sesuai dengan dunia koprat serta umurnya.

Advertisement

Dari segi perniagaan, saya tidak lagi mahu tampil dengan gimik seperti dahulu kerana umur yang hampir mencecah 30-an. Sebaliknya, saya mahu tampil dengan gaya macho dan berpakaian korporat.

Mungkin pada awalnya beliau merasa seronok, tetapi  Aliff mengakui beliau sudah mula merasa malu dengan imej tersebut dan tidak mahu kelihatan seperti kanak-kanak apatah lagi beliau juga sudah beristeri dan mempunyai anak.

Sebenarnya di sebalik aksi seperti itu, saya sering memikirkan untuk melancarkan strategi baru di pasaran. Saya mahu nama produk saya menjadi gah di liga perniagaan. Saya tidak mahu hanya nampak seperti tin kosong, banyak cakap tetapi tidak laku.

Meskipun Dato’ Aliff Syukri kelihatan agak gedik dalam iklannya tetapi tidak bermaksud beliau begitu. Mungkin dengan perubahan terbaru beliau nanti akan ada hikmah disebaliknya. Siapa tahu selepas ini produk beliau lebih meletup.

Sumber Berita : malaysiakini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...