Written by AbangNara | May 13th, 2011

datin orkid abdullah meninggal dunia

Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari Jumaat.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Nur Shafinaz Mokhtar,31, menerusi akaun Twitter miliknya, jenazah akan dimandikan di hospital tersebut dan dibawa ke Masjis As Sobirin, AU1, Keramat, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.

Jenalzah Allahyarham dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat AU1 selepas solat Asar.

“Doakan dia (Orchid) dirahmati Allah dan ditempatkan dengan golongan orang yang beriman,” katanya pada Twitter tersebut.

Penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sejak tiga tahun lalu.

Beliau telah dibawa ke hospital tersebut pada pukul 3 pagi, Khamis.

Setelah tiba di hospital, Allahyarham yang pada mulanya ditempatkan di wad biasa dipindahkan pula ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.

Selain Shafinaz, Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak yang lain iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, dan Mohd. Noor Shafri Mokhtar,35.

Suami Allahyarham Datuk Mokhtar Omar,70, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital yang sama kerana komplikasi kesihatan yang serius.

Difahamkan, ibu saudara Shafinaz yang rapat dengan keluarganya, Rogayah Yaakob, 59, juga ditempatkan di hospital sama sejak Jumaat lalu kerana penyakit asma.Sumber Mstar.

P.S: Boleh baca blog IbnuKhusairy untuk info mengenai sakit Datin Orkid Abdullah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Datin Orchid Abdullah Meninggal Dunia, Al-Fatihah

  1. anje says:

    sudah hilang penawar rindu … al fatihah …

    0

    0
  2. zara says:

    Diringankan seksa kubur bagi sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat…

    0

    0
  3. Jabun says:

    al-fatihah

    0

    0
  4. Lipstick Hijau says:

    takziah kpd keluarga datin……

    Kalau sy mati nt harap2 kena pada hari jumaat…

    0

    0
  5. al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

    0

    0
  6. Takziah buat keluarga Datin & Al-Fatihah buat beliau. Moga di tempatkan dgn org2 yg beriman. Amin

    0

    0
  7. mohd says:

    Masjis As Sobirin, AU5, Keramat,

    0

    0
  8. mamaloveyou says:

    al-fatihah, moga rohnya ditempatkan di dlm golongan org2 yang beriman….

    0

    0
  9. gayah moden says:

    al fatihah.,semoga rohnya dicucuri rahmat dan di letakkan dalam golongan yg beriman…(meninggal ari jumaaat.,amin)

    0

    0
  10. AbangNara says:

    al fatihah

    0

    0
  11. yanie hakim says:

    al-fatihah..smga roh arwah ditmptkn diklngan org2 yg beriman,amin..

    0

    0
  12. Rozie Othman says:

    As salam semua, bg pihak keluarga allahyarhamah Datin Orchid Abdullah ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas doa2 dan ucapan yg diberikan hanya Allah swt saja yang dpt membalas kebaikan anda semua… alhamdulilah Allah pmudahkan segala urusan…

    ralat, sptutnya Masjid Al-Ansar, AU2 Keramat.

    0

    0
  13. mamamia says:

    alfatihah

    0

    0
  14. cikhuhu says:

    Al-Fatihah smg dicucuri rahmat

    0

    0
  15. This website online is known as a stroll-via for all the information you wanted about this and didnít know who to ask. Glimpse here, and also youíll undoubtedly discover it.

    0

    0