Written by AbangNara | April 5th, 2010

#Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru. Tapi pastikan anda baca yang nie dulu ek

Hai apa khabar semua ? Lama betul Kak Nara tak interframe kat sini. Tiba-tiba terasa nak bercerita tentang kecantikan muka pulak hari ini. Semua orang terutamanya wanita tentunya mahukan wajah yang berseri-seri, tak berjerawat, licin dan paling penting putih. Contohnya macam kulit muka Dato’ Siti kita nie. Cun kan kulit dia?

body shop tm
Macam-macam cara Kak Nara dah buat untuk mendapatkan kulit muka yang sempurna. Antaranya:-
body shop tm
Habis satu muka Kak Nara sental ngan berus cuci tandas nie. Bukannya apa ada terbaca petua yang cara nie boleh hilangkan sel-sel kulit mati kat muka. Sampai lenguh tangan Kak Nara menyental.

Tapi penyentalan nie gagal jugak. Terus Kak Nara cuba cara seterusnya:-
body shop tm

Memang kerja gila untuk cuci muka dengan Clorox. Tapi kalau baju boleh jadi putih berseri bila dicuci dengan Clorox, kenapa bukan muka Kak Nara? Sayangnya Kak Nara baru letak sikit Clorox kat muka terus terasa pedih. Cancel terus niat di hati nak menggunakan menatang alah nie sebagai pencuci muka.

Tiba-tiba di suatu petang suami tersayang membawa pulang sesuatu yang sangat menarik untuk Kak Nara gunakan. Mungkin si suami kesian tengok tiap-tiap pagi Kak Nara menyental muka dengan berus.

body shop tm

Inilah dia jawapan bagi segala permasalahan Kak Nara untuk mendapatkan kulit muka yang putih, licin dan berseri-seri.  The Body Shop Moisture White ™  Shisho Collection dirumus khas untuk mendapatkan kulit yang sempurna. Meh Kak Nara tunjukkan cara penggunaanya yang betul:-

body shop tm

First-first Kak Nara guna produk The Body Shop Moisture White ™  Shiso Cleasing Powder yang ada tulis nombor 1 tue. Best pakai sebab banyak buih. Tujuan dia tak lain tak bukan untuk membuang sel-sel kulit mati kat muka. Siap ada aloe vera untuk menimbulkan seri kat muka Kak Nara. Secara mudahnya, produk nie macam pencuci muka tapi dalam bentuk serbuk (tengok gambar kat bawah). Memang menarik!!!

body shop tm

Lepas dah cuci muka dengan Cleansing Powder tue, Kak Nara terus applykan The Body Shop Moisture White ™  Shiso Moisturing Essence II. Panjang betul nama dia. Yang nie Kak Nara gunakan untuk mendapatkan kulit muka yang lembut, licin dan bagi tona warna kulit tue sekata. Memang banyak kelebihan dia sesuai dengan namanya yang panjang gitu.

body shop tm

Kak Nara paling suka produk nombor 3 tue yang diberi nama The Body Shop Moisture White ™  Shiso Whitening Serum. Inilah yang bakal memputihkan lagi kulit Kak Nara. Tapi korang kena guna yang nombor 1 dengan nombor 2 sebelum boleh applykan benda nie kat muka korang. Serum-serum dalam produk nie akan meresap ke dalam kulit Kak Nara dan membuatkan warna kulit muka Kak Nara putih dan berseri dari dalam. Mantap kan?

body shop tm

Dan produk yang terakhir sekali adalah The Body Shop Moisture White ™  Shiso Whitening Moisture Milk. Fungsi dia adalah untuk melembapkan kulit muka. So nanti bila Kak Nara jumpa client-client insurans tak adalah muka Kak Nara kering semacam jer. Nampak segar dan ceria gitu!!!

body shop tm

Sebenarnya banyak lagi produk-produk lain untuk set  The Body Shop Moisture White Shiso nie macam gambar kat atas tue. Tapi buat masa nie Kak Nara gunakan 4 jer dulu untuk tengok keberkesanan dia. Dah dekat seminggu Kak Nara pakai dan memang boleh rasa perbezaannya. Kulit muka Kak Nara memang terasa lebih lembut dan bintik-bintik hitam pun dah kurang. Yang penting suami Kak Nara suka dengan kecunnan muka Kak Nara yang makin bertambah-tambah dari hari ke hari.

body shop tm

Ada berita baik untuk anda yang terasa berminat untuk mencuba produk terbaru dari The Body Shop nie. Anda semua boleh dapatkan diskaun RM10 untuk produk yang Kak Nara baru ceritakan nie di mana-mana kedai The Body Shop. Caranya senang ajer. Korang cuma perlu screen shot banner iklan The Body Shop di BeautifulNara ataupun kat blog-blog lain dengan banner The Body Shop nie. Nanti time nak beli tunjukkan kat cashier. Contoh banner iklan macam kat bawah nie.

body shop tm

Sekarang Kak Nara tak perlu lagi Adobe Photoshop untuk putihkan lagi warna kulit muka Kak Nara. Kak Nara Cuma perlukan  The Body Shop Moisture White ™ Shiso.

body shop tm

Anda pulak bagaimana?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 responses to Dapatkan Wajah Yang Sempurna Dengan Set The Body Shop ® Moisture White ™ Shiso

  1. liny says:

    kak nara, harga brape?

  2. pinkanMambo says:

    sabun cuci aper ni

  3. shazha says:

    aah la kak nara..bape harga die ni?citer la harga die skali…

  4. princessbutterfly says:

    berapa harganya ye…..
    bgs ke benda ni..

  5. Zaza Muhammad says:

    tol.. produk bodyshop mmg best. aku penah guna foundation dia, beli kat london heehhe murah.
    wase2 nk try aaa produk2 di atas, mana tahu kot2 menjadi. bese aaa bab2 harga tuh, minyak wangi dia yg 50ml pun dah naik rege, tp mase blaja lu, sebotol leh tahan 1 semester..jimat. smlm pegi watson nk beli pembersih muke, g silau Simply Siti punye brg, PEHHH!!!!! x padan ngan local produk, mahal leeeee… kensel last2 aku beli yg biasa aku guna, wpun import tp better lahhhh

  6. naf says:

    saya telah DIPAKSARELA menjadi model dgn byran dapat set bodyshop percuma tajaan BangNara.

    rasanya utk 4 set ni dlm Rm400 la korang…

  7. abangnara says:

    1.Moisture Moisture White™ Shiso Cleansing Powder RM 75White™ Shiso Cleansing Powder RM 75

    2. Moisture White™ Shiso Moisturising Essence II RM85

    3. Moisture White™ Shiso Whitening Serum RM109

    4. Mositure White™ Shiso Whitening Moisture Milk RM95

    Harga memang agak mahal tapi rasanya berbaloi-baloi. Muka Kak Nara kat umah tue makin putih nampaknya.

    • pinkanMambo says:

      kan dah cakap harga mahal… dapat tahan berapa bulan bang nara

      • Zaza Muhammad says:

        tahan berbulan2 aaaa. seme jenis produk kecantikan xyah beli sbulan skali, skali beli tu mmg leh tahan berbulan2… percayalaaahhhhhh (ala2 Siti gtu heheh)

    • naf says:

      aceh, ye ke.
      uhuhuhu~~~

      tapi serius, mmg best aa set ni.

      guna pon takde aa byk, rasanya boleh tahan dlm 6bulan gak lah…

      • Zaza Muhammad says:

        heheheh xpe2.. bodyshop punye outlet leh byr ngan credit card so leh byr ‘ansur2’ min payment hehehe….dgn syarat jgn le ngengade nk beli brg len selagi lum abis byr utang tuh..

      • jue says:

        ecececehh, adik puji muka akak dia putih :D aku lak tumpang kembang bagi pihak kak nara..hahahaha~

    • shaz says:

      produk body shop ni boleh menghilangkan black pore tak.. ada sapa2 yang boleh recommend kan produk yg berkesan tak?..

      • WanitaeMall says:

        Blackpore pun leh hilangkan.
        Saya consultant body shop di Terengganu, tapi
        kalau nak request produk2 ni untuk dipos, saya boleh uruskan.
        Lagipu, ada offer beli 3 barang, satu barang dapat separuh harga.
        Gune voucher ni, then dapat separuh harga, banyak leh jimat. Contact ar saya kat kedai saya kalau nak ye. ;)

  8. Zaza Muhammad says:

    well… reasonable price sbb (yg aku bese survey price)
    01. serum SKII – 2 ratus lebey
    02. moisturiser Clinique, kawan aku beli 2 3 tahun lepas dah 90 lebey, la ni kompem dah sratus lebey
    03. aku beli 4 type produk kecantikan CNI pun lebey kurang tu gak harga dia
    so kire ok aa harga tu. hah!! klu nk murah beli kat KLIA, bonded area…leh less sket :D

  9. lolcats says:

    heheh…kalau pasal nih tak mau komen

  10. ROHAIFI AZRI says:

    SILA LAYARI MY BLOG UNTUK INFO MENGENAI BUDAK BIADAB YANG MENGHINA ARWAH DIN BERAMBOI DI FB ARWAH… http://cakklepi.blogspot.com/2010/04/mengapa-budak-budak-sekarang-kurang.html

    DAN SATU SITE TELAH DICIPTA AWAL PAGI TADI. SAMBUTAN TERHADAP SITE TERSEBUT MMG AMAT MENGEJUTKAN, DALAM MASA 10JAM, BERJAYA MENGUMPULKAN HAMPIR 10,000 FANZ. LAYARI… http://www.facebook.com/group.php?gid=108038249229889&ref=ts

  11. seri says:

    utk nk putih je ke?kalu utk berjerawat ada cdngan?

    • Zaza Muhammad says:

      bab2 jerawat ni berkaitan ngan mslh dalaman misalnye badan bertoksik ke hormon xstabil ke mslh pencernaan ke etc… klu ade mslh ni pakai le produk mahal camne skalipun kulit tetap berjerawat. so better g consult ngan pakar lu baru try apa2 produk. bile mslh dalaman dah ok, ble le beli produk2 yg sesuai sbb muke berjerawat gane2 pun kena gak dirawat sblm berparut…

  12. yemma says:

    ade trial pack tak?

  13. BlackBerry00 says:

    aku black
    blh try test cuba produk ni, ek..???

  14. BumbleBee says:

    kak nara ni comel laa… dimple dua2 belah pipi…. cute~

  15. hantupensil says:

    terer kak nara gune photoshop..heheh

  16. SEO says:

    Thank You for the posting

  17. lolipop says:

    ..pet-sibuk2 tanya..macam nk beli…

  18. rzf says:

    gmbr yg photoshop tu lawak aaa..

  19. adikyusrykru says:

    hahaha…gna klorox…..muka confirm putih ………hahhaa

  20. < diden says:

    hela…. hela lak dah… hello….

  21. vote says:

    xnampak putih pun tp kulit muka mmg cantik. yg penting kulit cantik bukannya putih.

  22. Miss_hujaN says:

    Woii..Mahal gileww ..leh wat bayar payment umah sbln lahh..Tp klau pakai kt face ..Ea blh jdik cerah..ape salah nye berabes duit..Huhuhu..Pape pun ku tetap maintain ngan sendayu tinggi ..Hehehe ..
    P/s: tak tahan negok pic sis nara..Siap ngan botol clorox tohh..Papepun ..Sis nara mang sweat sgt2 ..Hik3x

  23. sizuka says:

    hi zaza, sy br nk cuba product clarins yg br ni, yg jue aziz jd spokeperson dia tu, mcm ok je…tp xtau ar harga clarin or bodyshop ni mana yg lebih mahal…

  24. Lalu says:

    banyak nye benda2 camni,..sampai x tahu mane yg terbaik

  25. Izan says:

    Wahai saudara dan saudari,

    Tahukah anda minyak wangi Bodyshop halal ke tidak? Kita ni kena bijak tahu apa yg di dalam barang kita guna, walaupun murah tapi jangan kita terjebat akibat guna barang yg tidak halal!!!

    Dahlah i guna barang penjagaan Bodyshop, dari syampu hingga pencuci muka, lebih baik guna Safi ke Simply Siti, at least confirm halal dan kita menyokong barangan bumiputra daripada barangan UK yg berkualiti rendah (buat di UK tapi harga murah lepas penukaran matawang…fikirlah kualiti….sama je cam kereta….kereta murah…kualitinya kan ada hal….).

    Sokong barangan tempatan dan jgn terpedaya!!!

  26. “Citizen Kane” is any finest show available. It is actually among work of art with is certainly nevertheless is usually presently! genuinely is without a doubt along with innovation will be filmmakers are desperate to perform becasue it is free up. Orson Welles, called a new “Boy Genius” truly testifies his plus points an important. He is remarkable like negligence Charles Promote Kane…in power-hungry leader. It also options outstanding performances typically the Mercury Live theatre gamers. Even if “Kane” is made 58 yrs ago, it’s still simply because superb mainly because it was the very first day.

  27. Brillant travail vraiment. Ce article comme les autres de votre site c’est vraiment passionnant et utile. =)

  28. Vi ringrazio per il vostro prodotto. Ho letto l’articolo con piacere!

  29. The Internet is like alcohol in some sense. It accentuates what you would do anyway. If you want to be a loner, you can be more alone. If you want to connect, it makes it easier to connect.

  30. I’m astounded by people who want to ‘know’ the universe when it’s hard enough to find your way around Chinatown.

  31. Decpurple says:

    Erm,mahal kah ni produk?d mna mau beli ni?remaja ble guna jg kah?

  32. Learning total post and nice internet site by the way, it for particular got my attention. take a look at this about colon cleansing. It’ll assist losethose adore handles and lose some weight.

  33. Alegro says:

    That is the right weblog for anyone who desires to find out about this topic. You notice a lot its nearly exhausting to argue with you (not that I actually would needÖHaHa). You positively put a brand new spin on a subject thats been written about for years. Great stuff, simply nice!