Semalam, anak kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 2. Majlis sambutan hari lahir Aaisyah berlangsung dengan cukup meriah sekali di The-Ritz Carlton, Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun, menurut Che Ta, beliau sebenarnya merencana untuk meraikan ulang tahun ke 2 Aaisyah di London.
Namun, hasratnya itu tidak kesampaian apabila beliau menghadapi masalah cukai tertunggak dan ia menyebabkan perjalanannya ke luar negara disekat buat sementara waktu. Che Ta juga memberitahu beliau sudah pun membuat tempahan lokasi dan persiapan untuk hari istimewa anaknya itu di London.
Menurut Che Ta, beliau perlu membayar jumlah tunggakan yang besar sekiranya ingin ke luar negara.
Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu besar nilainya. Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekali gus.
Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan. Begitupun, buat masa ini, hendak membayar separuh daripada jumlah itu pun belum mampu saya lakukan lagi.
Sudah menjadi kebiasaann buat keluarga Che Ta menyambut hari lahir anak-anaknya di luar negara. Sebelum ini, Che Tai meraikan hari lahir anak sulungya, Ammar Effendy di Santorini, Greece.
Jelas Che Ta, apa yang beliau lakukan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi ingin membahagiakan anak-anaknya.
Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis hari jadi Aaisyah Dhia Rana dengan membaca entri ini sepenuhnya.