Selepas Datuk Chef Wan mengkritik set nasi lemak yang dihidangkan dalam penerbangan Malaysia Airline System, giliran Chef Zam pula mengkritik makanan MAS.
Melalui Instagram beliau, Chef Zam menyatakan kekesalan beliau terhadap hidangan MAS yang disifatkan ‘memalukan’ memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’ namun pengalaman pertama mereka menjamah makanan Malaysia tidak mencerminkan apa yang sepatutnya.
Gambar ini diberi kapsyen:
There is something terminally wrong with MAS food onboard. It is such a huge embarrassment not only to domestic passengers but most importantly to our foreign guests. How in the world can you promote this country as a food haven when their very first encounter with our so-called ‘cuisine’ is this ridiculousness?? It really embarassingly undermines the government’s effort i.e. MATRADE, Tourism Malaysia and the likes spending hundreds of millions of tax payers’ hard-earned money every year trying to paint a glorious picture of our cuisine to the world. Some people up there MUST go NOW!!  @Malaysia_airlines @Malaysiaairlines
Makanan ini dikatakan dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Ia sepatutnya hidangan nasi putih dengan asam pedas ikan tetapi dikhabarkan ikan tidak ada dalam hidangan tersebut .Nasinya juga dikatakan ‘lembik’ dan sayur yang sedih, tanpa hidangan pencuci mulut.
Sebelum ini Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok sebagai ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timun, yang menurut beliau, tidak mewakili nasi lemak sebenar Malaysia dan pilihan lauk yang sebenarnya.
Sekiranya pembaca BeautifulNara mempunyai pengalaman lain yang ingin dikongsikan dengan makanan penerbangan MAS, sila lakukan di ruangan komen.
Nota:Â Untuk pencerahan, dalam entri Chef Zam kritik makanan MAS, bukan beliau yang menggunakan perkataan ‘sial’. Sebaliknya dia memuat naik semula gambar instagram dengan kapsyen yang ditulis oleh orang lain iaitu orang yang dihidangkan makanan tersebut. Chef Zam hanya menulis kapsyen dalam bahasa Inggeris seperti dalam entri di laman BN. Harap maklum. -admin