Chef Wan Cuba Bergurau Mengenai Penemuan Serpihan MH370

Hiburan

Chef Wan Cuba Bergurau Mengenai Penemuan Serpihan MH370

Menurut laporan berita terkini, sebahagian daripada serpihan kapal terbang yang dikatakan daripada MH370 (masih tidak dipastikan sehingga artikel ini ditulis) telah pun ditemui di Perth, Australia. Di kala kesemua pihak berdebar-debar menanti keputusan siasatan, Chef Wan menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi satu gambar “gurauan” yang tidak kena pada tempatnya mengenai serpihan tersebut.

chef wan cuba bergurau

Advertisement

Gambar di atas dikongsikan dengan caption:-

2 object di Perth dan satu ni i ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang Mas. Tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah Cik Kiah di pantai Morib yang telah usang rupanya. Adoi.. frustnya

chef wan
Gambar ini telah pun dipadamkan oleh Chef Wan susulan kecaman yang diterima daripada pengikut akaun Instagramnya. Memang agak tidak sesuai untuk Chef Wan membuat kelakar di kala semua pihak masih ternanti-nanti berita gembira penemuan MH370. Semoga ia menjadi iktibar buat kita semua. Apa kata anda? Info asal Astro Awani.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...