Written by Bella | November 24th, 2015

Chef selebriti yang mula terkenal selepas menyertai program Masterchef Malaysia musim pertama Nik Michael Imran telah selamat bergelar suami kepada Siti Nadiah, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Mines, Seri Kembangan pada jam 9 malam semalam.

Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga serta saudara kedua-dua belah pihak serta rakan artis sahaja. Pihak media tidak dijemput kerana Nik mahu mengadakan satu majlis intim dan sederhana. Antara rakan artis yang hadir adalah Yasmin Hani dan Sazzy Falak.

Memang saya tak jemput media kerana majlis yang diadakan malam tadi bersifat intim, peribadi dan sangat kecil. Teman Chef saya pun ada yang tak dapat diundang. Saya ada juga menjemput rakan media tetapi atas kapasiti kawan dan bukannya bekerja. Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami.

Berbicara tentang isterinya, Nik memberitahu beliau sudah mengenali Nadiah sejak tahun 2005 lagi dan wanita tersebut merupakan cinta pertama beliau sewaktu di sekolah menengah dahulu.

Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama. Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya.

Tahniah kami ucapkan buat Nik Michael Imran dan pasangan. Semoga rumah tangga anda kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Berita Harian

20 responses to Chef Nik Michael Imran Sah Bergelar Suami Kepada Siti Nadiah

  1. Cilipadi says:

    Taraf mcm u, antara org kenal dgn tak, kalau u tak jemput media utk buat liputan pun no hal bro. U takyah rasa bersalah sgt la k. All the best!

    0

    0
    • CiliApi says:

      Dah kutuk …. All the best!
      Ikhlas….atau nak cover line aje….

      0

      0
      • Cilipadi says:

        Aiyo cakap mcm tu pun masuk kategori kutuk eh. Hmm.

        0

        0
      • Anonymous says:

        Meh aku nak kutuk, chef poyo, food kat restoran dia ni tak sedap langsung, berlagak je lebih. Patut nara pun tak payah la nak masukkan cerita dia ni menyemak je.

        0

        0
        • Pekerja Gomen says:

          Eh… sori Chef… bab ni aku setuju.
          Aku pernah pi kau punya restaurant yg dekat Solaris tu…
          Actually Solaris tu ada baaaaaaaanyak variety of restaurants yg terkenal dan sedap2… tp sbb nak try restoran ko, gigih gak aku google dan search for your restaurant.

          Service tak cepat, presentation of food biasa dan taste of food sangat sangat biasa and not match with the price. Then aku compare 3-4 restoran di Solaris yang pernah kami pergi.. your restaurant out of that league man…

          0

          0
  2. Giler...mour!! says:

    Thumbs Up….
    This is wat u say “Privacy”
    Walaupun celebrity… Sederhana…
    Tak mcm yg baru adakan majlis kat luar negara
    Yg langsung bukan celebrity…
    Cuma tumpang nama..
    Mak ……..
    Media Coverup… wow dahsyat…. !!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Privacy amende kat insta pun ada tunjuk gambar. Insta pun bukannya dia privatekan. Cakap je la bajet limited. Lol.

      0

      0
      • joe li says:

        budget limited??? lol la sangat. pi google sat siapa / latar belakang pengantin pompuan tuh? jangan ler jadi macam tin kosong. bising2 pandai tapi habuk pun takdak. malu la wei!!!

        0

        0
  3. anonym says:

    self claim chef…entah apa2,sama la mcm dato f….. tu chef yang ulung cuma satu,one..dato chef wan tengok dlm tv msk apa pun nampk sedap serius..show dia pun best tak de sapa boleh tanding !

    0

    0
  4. mika says:

    Serius frust…
    But anyway,tahniah nik michael..

    0

    0
  5. mrs pip says:

    congrats …. chef atau self claim chef or whatever la, aku suka rancangan afc cooking for love … resepi kari kapitan tu sempoi, mmg sesuai untuk aku yang ndak pandai masak, so once dpt resepi senang mcm tu, aku suka :) …

    bagus la kawin ala kadar :) …

    0

    0
  6. cek mek molek says:

    korang ni kan… artis show off sgt pun korang kutuk…artis yg buat mjlis kecik2 pun korang ktutukkk.. tak semua event artis perlu media pun..lagi2 artis sendu.. aku sokong majlis mcmni.. takyah nak grant2 siap media bagaiii… low profile sudah!

    0

    0
    • Shhh says:

      btul aku tak paham dgn org kita ni..semua nya tak kena..kalo bt mcm Che Ta dikatakan menunjuk..dia da hak samada nk privacy ke atau tak..at least dia bgtahu dia dah kawin..tk da lah dia syp2 kawin..cuma wartawan tak tahu..dia tunjuk dalam insta tu kira ok apa..tk perlu nak show off sgt..kalo dia da duit sekalipun…takan nak bazir kan duit nak bt grand..simpan duit tu utk masa dpn anak2…aku pun suka yg simple dan sederhana mcm ni..cukuplah famili dan rakan terdekat tahu kita dh kawin..

      0

      0
  7. peah says:

    Mmg la cinta pandang pertama…dah pompuan tu anak owner Sapura..bapak kaya giler kot..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    congrats…he one of my fabret chef

    0

    0
  9. melati says:

    Tahniah…walaupun saya tk kenal…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    dia ni dulu dengan paddy rahman tu kan

    0

    0