Che Ta Nafi Bersikap “Queen Control” Terhadap Zain Saidin

Hiburan

Che Ta Nafi Bersikap “Queen Control” Terhadap Zain Saidin

Ish, ish, dan ish sekali lagi. Siapalah yang sanggup menyebarkan cerita kononnya Rozita Che Wan bersikap “queen control” terhadap Zain Saidin. Nampak sangat tak logiknya. Sekali pandang pun tau Che Ta ini seorang yang lemah lembut dan tak suka mengarah orang. Takkanlah Che Ta sanggup nak kongkong Zain yang merupakan bakal suaminya itu.

zain dan che ta

Advertisement

Berkata kepada Mstar Online, Che Ta dengan tegas menafikan perkara tersebut. Malah bakal pengantin baru ini sendiri pelik entah daripada mana timbulnya cerita sebegini. Kata Che Ta:-

Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami. Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja. Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini

zainMungkin ada orang yang cemburu melihat hubungan Che Ta dan Zain Saidin. Iyerlah, Zain kacak orangnya, Che Ta pun cantik menawan. Mesti ada yang geram kerana tidak mendapat salah seorang daripada mereka. Itu yang sanggup menyebarkan gosip murahan sebegini. Semoga ujian sebegini akan mengeratkan lagi hubungan Che Ta dan Zain. Diharap mereka berdua tabah. Biasalah bila nak kahwin memang macam-macam dugaan datang menjelma.

P.S: Tayar Michelin Primacy 3 ST dilancarkan di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...