Cerai Melalui SMS Umpama Hina Saya Sebagai Isteri & Wanita – Rita Rudaini

Hiburan

Cerai Melalui SMS Umpama Hina Saya Sebagai Isteri & Wanita – Rita Rudaini

Hati wanita mana yang tidak kecewa dan patah apabila diceraikan oleh si suami. Lebih-lebih lagi jika diceraikan secara SMS dan bukannya bersemuka. Namun semuanya sudah tertulis. Walaupun kecewa Rita Rudaini nampaknya redha dengan takdir yang menimpa dirinya.

rita rudaini

Advertisement

Kata Rita Rudaini menerusi Harian Metro hari ini:-

Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.

Bagaimanapun saya kesal kerana idil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil menceraikan saya melalui SMS ini umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah.

rota

Untuk tatapan pembaca BeautifulNara, berikut adalah SMS cerai yang dihantar oleh Aidil kepada Rita:-

Ni kau nak dgr sendiri kan. Hari ni aku ceraikan kau talak 1. jelas ye.. salam.. saya penat dah nak ikut rentak awak ni. tahap kesabaran sy dah terbatas. nak selesai secara elok awak taknak. nak panjang2kan. Pas tu sebok cari hal dgn sy. skrg dah jelas ye

rita rudaini

SMS daripada Aidil telah pun dibalas oleh Rita dengan “Alhamdulillah.. Saya terima“. Rita Rudaini turut mendoakan agar Aidil bahagia sekiranya bertemu jodoh dengan wanita lain. Kata Rita lagi:-

Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami.

Semoga kedua-duanya akan bahagia dengan kehidupan masing-masing selepas ini. Jangan gaduh-gaduh lagi untuk kepentingan anak-anak hasil perkahwinan anda. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Untuk makluman, kata-kata Rita ini dikeluarkan pada waktu yang sama dengan kata-kata Aidil sebelum ini menerusi Harian Metro.

P.S: Mazda 6 terima 5 bintang untuk Euro NCAP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...