Written by Bella | February 11th, 2015

Bermula daripada pemuzik jalanan siapa sangka nasib Caliph Buskers akan berubah 360 darjah apabila mereka kini mempunyai peminat sendiri dan telah memberikan impak besar kepada kumpulan muzik OKU.

Terbaru, Caliph Buskers dalam perbincangan untuk menyertai syarikat KRU Studios sebagai artis dibawah naugan mereka. Jelas Azmi sebagai ketua kumpulan Caliph Buskers, mereka tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru.

Insya-Allah setakat ini boleh dikatakan sudah 70 peratus lebih kepada menyertai syarikat KRU. Cuma kami tidak mahu terlalu cepat membuat keputusan dan membuka ruang bertanyakan pendapat. Kalau jadi sertai KRU, ia akan terjadi dalam masa terdekat.

Menyedari mereka kini kian popular, Caliph Buskers hanya ingin berkongsi bakat yang anda dan tidak pernah menyangka mereka akan menjadi popular seperti sekarang.

Kami masuk AJL 29 pun sekadar mahu berkongsi bakat yang ada dan tak sangka pula tiba-tiba kami jadi popular. Ia memang sesuatu yang tak dijangka dan kami menerima semua ini dengan hati terbuka dan seadanya.

Caliph Buskers dianggotai enam orang iaitu Khairul Azmi Saat atau Azmi, Fendy Alun, Mohd Zaki Ismail, Nirwan Zainal Abidin, Nor Nadira Rubiana dan Syahzmeen Abdul Rahman.

Nama mereka mula menjadi bualan ramai dan hangat ketika memberikan persembahan cukup mantap dan penuh jiwa bersama kumpulan Mojo di Anugerah Juara Lagu Ke 29. Mereka berjaya mengungguli trofi Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
Kita tidak boleh mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Bakat yang dimiliki oleh Caliph Buskers seharusnya dibawa ke tengah dan akhirnya kini mereka berpeluang untuk menghiburkan masyarakat dengan bakat yang diberi.

Sumber Berita: BHONLINE

 

18 responses to Caliph Buskers Bakal Sertai KRU

  1. Anonymous says:

    murah rezeki caliph busker,, jgn lepaskan peluang keemasan.. tiga beradik kru sgt low profile

    0

    0
  2. siah says:

    If you want to be treated like semua artis2 naungan KRU yg x kemane, sila join KRU. Tgk pe jadi kat aweera la paling latest pnye kes. Pakailah hotak sikit. Study dulu.

    0

    0
  3. Ros says:

    Jangannnnnnn! KRU tu penipuuuuuu. Satu album jelah, then lingkup, mcm semua artis2 naungan depa. Study lah sikit pakai hotak, tengok dafi, adam, ezlyn, JAC, feminin, elite, aweera, awie=pe jadi? Hancus coz KRU hanyalah grup yg pentingkan diri sendiri, bukan company by itself. Siti and anuar zain x kan meletop kalau agree terima cadangan KRU.

    0

    0
  4. momoii says:

    please masuk company lain.. please please.. utk jangka masa panjang better korang manage diri sendiri je.. lagi untung sambil2 tu study2 sikit supaya tak kena tipu dunia yang banyak tipu daya.. korang deserve better sebab korang punya bakat betul2 anugerah Allah.

    0

    0
  5. Ringgo says:

    Abang Nara, kalau dah 360darjah, tak lah berubah sangat, balik tempat asal. Tapi kalau 180darjah, ok jgklah.

    0

    0
  6. eimza says:

    KRU bkn penipu..cuma saranan…ikat kontrak jgn terlalu lama…..kes aweera tu rasanya masalah aweera sendiri…..minta puji….hahahaha

    0

    0
  7. Anonymous says:

    ingatkan company kru bagus.. hmm

    0

    0
  8. joyahsport says:

    Bukan ke 360darjah tu satu pusingan? Maksud balik ke tempat asal. Baik kata 180darjah dak? Nara main sedap tulih ey

    0

    0
  9. Pak Yat says:

    Ok je kalo masuk KRU, cuma pikir macam mana retis baru depa yg len? Hazury, Fitri Hakim, #tag, Ziabella, Qasri nak popular takat 1 single x cukup, PR KRU kuatkan sikit la promo TV radio..baru leh ajak Caliph Buskers plak…

    0

    0
  10. Azwan Ali Nafi Dirinya Seorang Dari 10 Escort Girl says:

    rezeki ada di mana2x…hmm

    0

    0
  11. Anon says:

    Wehh..diorg mestilah terhutang budi kat Edry..memang patot2 lah join KRUMusic.. retis2 lain bawah naungan KRU tu tak tercompare lah dengan Caliph Buskers yg talented tahap dewa ni.. tapi harap2 diorg pon diberi peluang untuk corakkan musik & album mereka sendiri… x sanggop lak dengor lagu2 Caliph Buskers ni bunyi kumpulan Forteen lak!!!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Caliph Buskers terkenal bukan kerana Mojo atau KRU tapi kerana bakat yang mereka ada sendiri. Mojo hanya memberi mereka ruang dan peluang untuk menyanyi malam tu. Kalau mereka tidak bagus, mestila tak dapat persembahan terbaik. Dari itu hargai bakat yang ada. Bila dah join syarikat rakaman. Pendapatan mereka akan berkurangan kerana syarikat akan mengambil sebahagian dari nya. Itu tak boleh ini tak boleh. Semua kena ikut telunjuk syarikat rakaman. Fikir la baik2 , nanti menyesal. Ini la jadinya bila terhutang budi.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Habis la Caliph Buskers. Tak lama la bertahan dalam industri ni jawabnya jika terikat dengan syarikat rakaman. Macam2 problem yang akan timbul nanti. Ada je yang tak kena. Sayang…kenapa tak bergerak sendiri. Lagi dihormati.

    0

    0
  14. semek says:

    Dengan bakat yang dorang ada..without KRU pun leh maju ke hadapan. KRU tu manipulasi lebey.

    0

    0
  15. anon says:

    Suka hati dia orglah nak masuk kru ke tak, lagipun kru yg ketengah & popularkan dia org.

    0

    0