Caliph Busker Beri Penerangan Tentang Kenaikan Harga Bayaran Persembahan

Hiburan

Caliph Busker Beri Penerangan Tentang Kenaikan Harga Bayaran Persembahan

Amboi. Macam penerangan GST la pulak. Kesian pula Abang Nara kat Caliph Buskers ini. Biasalah selepas popular, harga mestilah dinaikkan sedikit bersesuaian dengan ‘demand’ yang semakin meningkat. Ini semua konsep ‘demand and supply’. Lagipun diorang bukannya naikkan 5,6 ribu, sekadar RM1,000 sahaja. Sebelum popular Caliph Busker kenakan bayaran RM1,000, selepas AJL29 bayaran yang dikenakan ialah RM2,000. Tak adalah naik sampai tahap tinggi melangit.

harga bayaran caliph buskers

Advertisement

Tertekan dengan dakwaan Caliph Buskers semakin ‘demand’, salah seorang ahli kumpulan ini iaitu Zaki telah tampil memberikan penjelasan panjang lebar. Semua benda diceritakan olehnya termasuklah bab kos. Malah Zaki turut menafikan yang KRU terlibat dalam penentuan harga Caliph Busker. Menurut Zaki, kalau KRU yang tetapkan, harga mereka pasti akan melonjak sekitar RM8,000. Lagi terduduk nak bayar. Terang Zaki:-

Saya sangat terkejut dengan kenyataan yang mengatakan kami demand. Ya, saya mengakui memang kami meletakkan bayaran sedikit tinggi berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka perlu fikir mengenai kos pengangkutan dan peralatan yang kami gunakan semasa melakukan persembahan.

Jika sebelum ini kami hanya menggunakan teksi untuk bergerak melakukan persembahan, namun kini kami terpaksa menyewa van untuk mengangkut peralatan kami dan semua yang terlibat.

Sudah tentu kami hendak melakukan persembahan yang baik memandangkan kami kini sudah dikenali secara komersial. Jadi, semua kos itu diambil kira dalam memastikan mutu persembahan kami.

Jika dahulu kami mengenakan bayaran sekitar RM1,000 untuk melakukan persembahan di rumah kenduri kahwin, namun kini kami mengenakan bayaran sekitar RM2,000 untuk melakukan persembahan. Bayaran tersebut sudah diambil kira dari segala aspek termasuk caj pengangkutan, peralatan dan sebagainya. Lagipun, kami perlu menjaga taraf kami sebagai penghibur profesional dan hal ini sudah dinasihati oleh beberapa pihak yang sudah lama berada di dalam lapangan seni.

Jika mereka (KRU) mempengaruhi kami dan kami sememangnya artis di bawah naungan mereka, sudah tentu mereka mengenakan bayaran yang lebih tinggi, barangkali sekitar RM8,000 bagi satu persembahan.

Saya tegaskan di sini, mereka (KRU) tidak langsung berpengaruh dalam isu pembayaran. Hal ini kerana, kami lebih gemar untuk menguruskan sendiri urusan pembayaran tersebut.

harga bayaran caliph buskers

Pada pendapat Abang Nara, kenaikan harga Caliph Buskers memang bersesuaian dan tidaklah melampau. Biasalah harga naik. Sedangkan harga milo ais sekarang ini pun dah mencecah RM3. Inikan pula harga persembahan artis-artis kita. Lagipun Caliph Busker hanya mengambil 2 undangan setiap hari. Masa tengah popular inilah nak cari rezeki lebih sikit. Tak gitu? Kesian kat diorang. Dahlah OKU, kena tuduh macam-macam pulak. Diharap bersabar ye. Sumber Kosmo.

P.S: Toyota Camry Hybrid bakal dilancarkan di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...