Written by AbangNara | December 11th, 2013

Masihkah anda ingat mengenai artikel “Peluang Luangkan Masa Selama 5 Hari Bersama Maya Karin” yang pernah Abang Nara kongsikan satu ketika dahulu? Peluang keemasan ini adalah bersempena pertandingan PETRONAS Fuelled By Fans, Powered By PRIMAX. Selain Maya Karin, selebriti-selebriti lain yang terlibat ialah Shaheizy Sam, DJ Yoon, pelakon Hong Kong Him Law dan bintang Taiwan Biii.

petronas primax

Akhirnya setelah menunggu sekian lama, 5 orang pemenang pertandingan ini telah pun diumumkan. Sedih juga diri ini kerana tidak terpilih sebagai pemenang. Dah tak ada rezeki namanya. Setiap pemenang-pemenang ini akan digandingkan dengan salah seorang daripada 5 selebriti di atas. Mereka akan bersaing di dalam cabaran yang akan bermula 11 Disember sehingga 15 Disember ini dengan hadiah bernilai RM100,000 untuk dibawa pulang sekiranya berjaya menjadi juara.

Setiap pasukan akan diberikan sebuah kereta dan kit survival untuk cabaran selama 5 hari ini. Salah satu benda yang ada di dalam kit survival tersebuah ialah kad Mesra PETRONAS. Kad ini sudah pun dimasukkan nilai “point” tertentu. Dengan hanya menggunakan kad Mesra ini, setiap pasukan perlu mengisi minyak, membeli makanan dan barangan lain.
petronas primaxPemenang akan ditentukan oleh pasukan mana yang mampu pergi paling jauh dan jumlah “point” kad Mesra yang ada pada mereka di akhir cabaran. Apa yang paling penting pada pendapat Abang Nara ialah sokongan para peminat di www.like2savefor.my adalah sangat penting. Para peminat adalah penentu menang atau kalah setiap pasukan. Lebih banyak peminat yang membantu, lebih cerah peluang untuk memenangi perlumbaan ini.

Jika nilai “point” kad Mesra itu habis digunakan sebelum tiba ke destinasi terakhir, pasukan itu masih belum gagal. Jangan risau, kerana setiap pasukan boleh mendapatkan “extra point” dengan meminta bantuan orang ramai di www.like2savefor.my. Di sinilah gunanya kuasa tarikan para selebriti yang berada di dalam setiap pasukan. Pujuk rayu mereka amat penting untuk mendapatkan “extra point” yang diperlukan untuk pergi lebih jauh dalam cabaran ini.
petronas primax
Abang Nara berdoa agar pasukan Maya Karin akan memenangi perlumbaan ini. Bukan senang tetapi pujuk rayu Maya Karin pasti akan mencairkan hati para peminatnya untuk membantu mendapat “extra point” kad Mesra. Sejauh manakah perjalanan yang mampu diharungi oleh kesemua pasukan yang bertarung di dalam PETRONAS Fuelled By Fans, Powered By PRIMAX ini? Jangan lupa layari www.like2savefor.my untuk mengikuti perkembangan terkini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Cabaran 5 Hari Bersama 5 Selebriti PETRONAS Kini Bermula!!!

  1. minah jambu merah biru says:

    Boooooooooooooooooooooooooooooooooooooo !!

    0

    0
  2. minah jambu merah biru says:

    mana2 pegi orang2 ni semua? tk komen ke ? korang2 semua pegi kt majlis cik ta ke? kalau gitu bagos la kite sama2 meraikn n ramai2 kn di majlis cik ta…sayang jugak korang kt cik ta eh….

    0

    0
  3. Anonymous says:

    3 org cina dpt masuk…apa2 praduan mesti cina yg dpt..

    0

    0
  4. guest says:

    abg nara masuk? tak yah la….kasi peluang kat org lain

    0

    0
  5. […] Cabaran 5 Hari Bersama 5 Selebriti PETRONAS Kini Bermula!!! (4) […]

    0

    0
  6. […] Cabaran 5 Hari Bersama 5 Selebriti PETRONAS Kini Bermula!!! (5) […]

    0

    0