Buruk Kena Kutuk, Cantik Kena Fitnah – Jihan

Hiburan

Buruk Kena Kutuk, Cantik Kena Fitnah – Jihan

Ya memang susah menjadi seorang wanita. Lebih-lebih lagi sekiranya anda berkecimpung dalam industri hiburan. Kalau muka tak cantik, memang sukar mendapat tawaran kerja. Tapi kalau muka ada perubahan sedikit, mulalah keluar desas-desus buat pembedahan, cucuk botox dan sebagainya. Itulah yang sedang dialami oleh Jihan Muse yang popular menerusi rancangan Raja Lawak.

jihan muse muka

Advertisement

Abang Nara akui memang nampak ada perubahan di wajah Jihan berbanding dulu. Namun itu satu perkara biasa. Takkanlah dah 4,5 tahun muka nak sama je kan? Mestilah dah pandai ‘make up’ sikit, dah tau nak guna pencuci muka apa, pergi buat ‘facial’ dan sebagainya. Itu yang muka Jihan nampak semakin cantik dan berseri-seri sekarang ini sehinggakan ada yang membuat fitnah Jihan membuat pembedahan. Kekecewaan Jihan jelas terserlah menerusi salah satu ‘tweet’ yang ditulisnya.
jihan muse muka

Berkata menerusi Berita Harian hari ini, Jihan Muse bersumpah yang wajah adalah asli 100%. Tiada teknologi moden yang digunakan. Kata Jihan:-

Saya berani bersumpah yang saya tidak mengubah wajah semata-mata kerana mahu kelihatan cantik. Pada saya, mendapatkan rawatan dengan menggunakan teknologi moden semata-mata kerana mahu cantik adalah membazir dan berdosa.

Apa yang dilihat adalah asli. Mungkin perubahan itu disebabkan teknik solekan. Kalau nak tahu, saya tidak pernah berbelanja untuk cantik. Saya guna pencuci muka murah sahaja. Harganya dalam RM20.

Dulu ketika masih remaja saya tidak gemar sangat nak bersolek kerana waktu itu saya sangat lasak. Apabila semakin dewasa saya mula terasa mahu menjaga penampilan. Bukanlah kerana mahu cantik, tetapi untuk kelihatan kemas.

Tidak mahulah nanti apabila kita keluar rumah, orang akan tengok dengan perasaan pelik kerana apa yang dilihat di gambar tidak seperti berada di depan mata. Takut juga gambar kita kelihatan tak elok apabila ada peminat mahu bergambar.

jihan muse muka

Abang Nara tengok pun wajah Jihan memang nampak asli. Tak adalah tiba-tiba menggelembung nampak macam kena suntik. Biasalah orang kan berubah kepada yang lebih baik. Daripada kurang cantik, mesti nak tampak menawan. Takkanlah nak berubah kepada kebaikan pun tak boleh kan? Apa pun, Jihan sekarang nie memang semakin popular. Semoga makin murah rezeki hendaknya.

jihan muse muka

Lagi beberapa gambar Jihan Muse dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

jihan muse muka
jihan muse muka
jihan muse muka
jihan muse muka
jihan muse muka
jihan muse muka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...